Thursday, June 3, 2010

Cupcakes Botol Susu - Anne @ Klang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan Jumaat lepas (28.5.2010) oleh sahabatku, Anne @ Bandar Putera, Klang. Kami ni dah berkawan sejak zaman kanak-kanak ribena lagi. Alhamdulillah hubungan tak terputus. Walaupun tinggal agak berjauhan dan masing2 sibuk dengan kehidupan dan rumahtangga sendiri, tapi hubungan persabahatan ini tetap terjalin baik.

220pcs cuppies untuk majlis naik buaian anak kecilnya. Inilah baru nak merasa anak lelaki. Sebelum ni anak2 Anne 2/2 perempuan - Dania & Sabrina. Anne minta lukiskan gambar botol susu untuk semua cuppiesnya. Nak 1 design je sebab nak nampak seragam je...

Thanks, Anne...

No comments: