Friday, April 30, 2010

CC Tunang tema Biru & Pink & Putih, Kek Kukus Lapis Asam Manis & Cream Puff - Asmida @ Putra Perdana



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Khamis - 29/4/2010 daripada Asmida yang tinggal di Putra Perdana. Taman perumahan yang dekat dengan rumah saya. Asmida order 2 set CC bertunang tema biru+putih untuk pihak lelaki dan pink+putih untuk pihaknya sendiri. Di samping itu juga, Asmida tempah 1 ketul kek kukus asam manis dan 20pcs cream puff. Nak buat rasa katanya.



(Gambar2 koleksi lama ni... kalut sampai terlupa nak snap pic. Untuk Asmida punye actually saya gunakan asam yang keping besar tu...)

Ucapan 'Selamat Bertunang' buat Asmida dan pasangannya, Azmi. Moga sampai ke jinjang pelamin hendaknya. Nanti nak kahwin, boleh order door gift pulak dr akak ye... hehee...

Terima kasih.

Wednesday, April 28, 2010

Almond Choc Brownies, Cocktail Fruit Tart & Cream Puff - Ct Khadijah @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan di terima daripada Ct Khadijah @ Shah Alam. Meet point kami di Giant, Shah Alam. Janjinya pukul 6 petang tapi Baby keluar dari sekolah pun pukul 5.45 petang. Hari Sabtu (24/04/2010) merupakan hari persekolahan ganti untuk Hari Raya nanti. Ct Khadijah call, saya minta lewat sikit, 6.30 petang dr janji awalnya pukul 6 petang. Tapi manelah tau, perjalanan kami dari Sekolah Assunta, PJ ke Giant Shah Alam tu elok smooth aje.


Pukul 6.10 petang kami dah sampai di depan Giant, Shah Alam. Call Ct Khadijah, katenya sebab saya kate pukul 6.30 petang tadinya, dia baliklah rumah dulu untuk hantar barang. Yelah... saya pun tak salahkan dia... nak tak nak, kenalah tunggu Ct Khadijah datang. A'way terima kasih kepada Ct Khadijah atas tempahannya. Harap boleh terima tempahan lain daripada Ct Khadijah lagi kemudian hari nanti...


1 loyang 10cm x10cm Almond Choc Brownies
50 pcs Cocktail Fruit Tart
20 pcs Cream Puff (Kastad filling)

Tuesday, April 27, 2010

Birthday Cake - Miza @ Taman Desaria


Salam dan selamat sejahtera...

Nak semua pink! Adoi...! Terpaksa jugak campur2kan warna yang selari & sepadan supaya nampak menyerlah sikit,kan. Sorrylah ye Miza... alhamdulillah Miza takde komplin.

Tapi ade jugak yang saya rasa tak sedap hati. Sebenarnya Miza sponserkan kek ni untuk anak buahnya. Miza minta saiz sebesar kertas A4 tapi saya buatkan besar sikit sebab saya takdelah loyang bersaiz exactly sebesar kertas A4. Tapi masa saya hantarkan kek tu dan kakak Miza tengok, kakak dia kate, kecik sangat. Sure tak cukup untuk tetamu 200 orang. Memanglah tak cukup. Miza sendiri pun tak mention kat saya nakkan kek untuk makan 200 orang! And kakak Miza minta saya bakekan lagi satu kek. Manelah sempat kak oiii...! Mase tu pun dah dekat pukul 1 tengahari. Nak pakai pukul 3 petang... lagipun saya bukannya duduk Desaria lagi... saya duduk Puchong!!!


Monday, April 26, 2010

Choc Indulgent Cake - Farihah @ Bandar Tasik Permaisuri

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Farihah @ Bandar Tasik Permaisuri untuk kejutan buat suami terchenta... Dah order sejak lebih 2 minggu yang lepas. Kebetulan pula tarikh lahir anakandanya, Aliff berusia 4 tahun dengan suaminya cuma selang sehari. Jadinya Farihah tempah 1 biji kek Choc Indulgent untuk sambut 2 orang punye birthday... bagus, bagus, bagus!

Tengoklah anakanda Farihah yang comel tu... ha, tengok anakandanya ye... jangan tengok ayahandanya. Farihah yang punye!

Terima kasih atas tempahannya, Farihah...

Sunday, April 25, 2010

Cheese Tart (Blueberi & Mix) & Choc De Coco Tart - Ita, Majlis Perbandaran Sepang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Jumaat (23/04/2010). Tempahan diterima daripada Ita dan kawannya di Majlis Perbandaran Sepang. Kalau ikutkan tak jauh sangat tempat ni dari rumah saya tapi bila dah melibatkan highway, berpusing2 jadinya.

Terima kasih kepada Ita dan kawannya yang mengorder. Kalau sedap dan kena dengan tekak, bolehlah order lagi ye...

50 pcs Blueberi Cheese Tart
50 pcs Mix (Blueberi & Strawberi) Cheese Tart
50 pcs Choc De Coco Tart


Saturday, April 24, 2010

Cream & Eclairs Puff - Kak Sheila (NShafea)

20 pcs cream puff & 20 pcs eclairs puff

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan kali kedua pada hari Rabu (21-04-2010) daripada Kak Sheila. Kali ini Kak Sheila order on behalf adiknya. Thanks akak...

Wednesday, April 21, 2010

Choc Indulgent Cake wif BEN10 Edible Image - Rafidah @ Puchong Intan


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan kek choc indulgent daripada Kak Rafidah @ Puchong Intan untuk sambutan birthday anak lelakinya, Syidi yang ke 5 tahun. Selamat hari Jadi, Syidi!

Terima kasih kepada Kak Rafidah yang dah banyak kali menempah macam2 daripada saya.


Moga puas hati dengan tempahannya.


Note :
Edible image (pelbagai karektor - barbie, upin ipin, spiderman, barney dll) tanpa edit gambar sendiri saya cume charge RM10.00 saje... seperti edible BEN10 di atas ni, charge untuk edible adalah RM10 saja...

Tuesday, April 20, 2010

Choc De Coco Tart


Salam dan selamat sejahtera...

PRODUK BARU


50pcs - RM38.00
(min order 50pcs - 1 set)

tempahan kurang dari 1 set (50pcs) akan di charge RM1 per pcs


Nyaman masuk tekak kala sejuk-sejuk...


Cube try tengok!!!


Bluebery Cheese Tart & Choc Cheese Tart - Farra @ UKM, Bangi


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan diterima daripada Fara @ UKM, Bangi. Terima kasih dan minta maaf banyak2 kepada Fara dan kawan2nya.

Actually Fara bukan hanya menempah cheese tart di atas ni tapi juga 40pcs eclairs puff dan 60pcs cream puff. Tapi entah di mane silapnya... oven saya meragam. Kejap2 panas, kejap2 senyap. Keadaan tu membuatkan puff saya bantat. Nak naik tapi tertahan-tahan agaknya.

Terasa betul penatnya... dahlah bangun seawal pukul 4 pagi nak buat puff2 tempahan tu... tapi tak kesampaian pula. Bile terpandangkan adunan yg dah berbuat tu, terasa sangat ruginya. Dengan kastadnya lagi yang diadun. Aduiiii!

Tengahhari tadi duk mengadap oven tu... saje la ketuk2 geram kat oven tu... then sesaje la p pasang powernye... erh, elok pulak...! Saya rase macam nak menjerit je kat ceruk dapo tu. Bercampur-baur perasaan ini. Perasaan lega sebab oven ku takde ape2 dan jerit sbb geram dan sakit hati dengan ragam oven saya yang ntah hape2 tu...!

Kepada Fara & kawan2 yang ramai2 menempah tu, saya minta maaf banyak2. Jangan serik2 ye... nnt next time orderlah... :D

Monday, April 19, 2010

CC & Choc Moist Cake - Ayu @ Tmn Desaria



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Ayu @ Taman Desaria. Ayu ni sebenarnya bukan orang lain...tapi anak kedua Kak Ham - akak yang banyak tolong aku jagakan Mierza kalau kena aku nak keluar dan tak dapat nak bawa Mierza bersama.


Tema untuk majlis pertunangan ini ialah hijau dan merah jambu. Keseluruhan deko menggunakan butterkrim saje. Moga Ayu berpuas hati ye... & selamat bertunang....! Moga sampai ke jinjang pelamin... insyaAllah!


Sunday, April 18, 2010

Cheese Tart - Syafiqah Ojek


Salam dan selamat sejahtera...

Antara Puchong dengan Shah Alam tidaklah jauh sangat. Alhamdulillah saya dah semakin tahu selok-belok jalan2 di sini sambil mata memang tak lekang membaca dan mencari signboard tepi2 jalan. Dan actually takde sangkut paut pasal jalan dengan tempahan daripada Syafiqah Ojek pada hari yang sama saya menyiap dan menghantarkan tempahan untuk Nora Mokhtar (rujuk n3 sebelumnya).

Tapi ianya terpaksa juga disangkut pautkan bila dalam perjalanan balik dari Shah Alam setelah menghantar tempahan daripada Nora Mokhtar, saya tersangkut dalam kesesakkan hingga tidak bergerak langsung hampir 2 jam!!! Ianya berdekatan dengan tanah perkuburan seksyen 23, susur masuk ke Putra Heights dan USJ. Mula2 ingatkan ada kemalangan. Tapi bila masa terus berlalu, saya pun naik fed up apa lagi mengenangkan saya ni nak balik cepat. Tempahan daripada Syafika perlu disiapkan dan hendak dibawa bersama semasa menghantar anak2 ke sekolah nanti. Mujur jugalah hari Jumaat, jadinya anak2 masuk sekolah lambat sikit daripada hari-hari biasa.

Pemandu2 lain ada yang keluar dari kereta. Meninjau2 jauh ke hadapan, apa yang terjadi. Driver2 lori pula siap panjat atas lori sebab nak tengok dengan lebih jelas apa yang dah terjadi kat depan sane. Nasib baiklah stok minyak kereta saya ok... klu tak... maulah saya matikan enjin dan berpanas pula kat tengah jalan raya tu. Tapi kesianlah dengan anak2...

At last masa dia orang suruh buat u-turn dan masuk susur tanah perkuburan Islam USJ 23 (tempat arwah mak), barulah bergerak. Melepasi jambatan dan mendekati tol, jalan dah okey. Saya pun tak tahu ape halnye yang membuatkan 'melekat' tadinya. Aku agak2 ade kemalangan kat atas jambatan, atas jalanraya ada kaca pecah dan berterabur.

Ahhh, biarlah. Yang penting saya dapat sampai rumah. Dan walaupun dalam keadaan kelam-kabut, saya dapat juga siapkan tempahan dari 2 minggu lepas lagi oleh Syafika untuk bakal mak mertuanya di Sri Sentosa.

Terima kasih kepada Syafika. Terima kasih juga kepada bfnya yang memberikan penerangan terpeinci macam mana nak ke rumah tu tadi. Agak payah juga mencari sebab blok rumahnya takde nombor. Sebenarnya depan mata aje... huhuhuuuu!!!

Saturday, April 17, 2010

Choc Indulgent Cake, Fresh Fruit Tart, Cocktail Fruit Tart & Choc Chip Muffin - Nora Mokhtar @ SUK, Shah Alam



Salam dan selamat sejahtera...

Hah, inilah yang membuatkan saya mengantuk... tempahan hari Jumaat (16/04/2010) tapi tetap alhamdulillah dan berterima kasih kepada Nora Mokhtar atas tempahannya. Pohon kemaaffan juga kalau deko atas kek tak memenuhi kehendak dan citarasa. Saya betul2 dah kebuntuan. Agaknye sebab mate mengantuk, otak pun jadi beku, heheheee... (alasan!!!)

Nora tempah 2 biji Choc Indulgent Cake, 1 set (36pcs) Fresh Fruit Tarts, 1 set (50pcs) Cocktail Fruit Tart dan 50pcs Choc Chip Muffin. Nora minta saya siap2 packingkan Choc Chip Muffin ni dalam plastik sebab katenya nak letak dalam goodies bag.



Hari Khamis, jenuh mencari strawberi kat Checker, pasaraya Bintang dan My Mydin tapi tak ada. Nak ke Tesco atau Carrefour atau Mydin takut pula nanti tersangkut dengan jem. Lambat pulak nak ambil anak2 balik dari sekolah. Sudahnya terpaksa gunakan stok buah yang ada saja.


Untuk Fresh Fruit tart saya gunakan buah anggur (seedless), limau sunkist dan kiwi. Untuk Cocktail pula, tak perasan pula saya tersilap ambil tin buah cocktail. Dalam tin tu cuma ada sari kelapa dengan nenas je... ish3x dugaan betul. Mujurlah ada tembikai dalam peti ais. Saya ricih2kan dan rendam sekejap dalam jus cocktail tu.

Friday, April 16, 2010

Cream & Eclairs Puff - Kak Sheila (NShafea)


Salam dan selamat sejahtera...

Menaip dalam keadaan mengantuk ni... tapi nak jugak update blog. Sudahlah blog kehidupan harian tu dah 3 hari tak berupdate. Blog yang ni tak naklah mengikut jejak pulak...

Terima tempahan hari Khamis (15/04/2010) daripada cik kak saya yang tersayang tu, Kak Sheila. Terima kasih ye kak... Kak Sheila tempah 20pcs cream puff dan 20pcs eclairs puff. Nak bawa sebagai kudap2 temankan en hb main bowling katenya. Wahhh seronok tu...

Testimoni daripada Kak Sheila melalui sms:
" .......Dua2 sdp x pernah rasa yg selembut ni...bleh odr lg ni.."

Boleh kak... dialu2kan....!

Wednesday, April 14, 2010

Choc Cheese Tart - Lyn @ Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari ni daripada Lyn @ Putra Perdana. Lyn datang ke rumah saya sebelum pergi kerja untuk dibawa ke tempat kerja.

Choc Cheese Tart - 50pcs - RM38

Terima kasih, Lyn.

Monday, April 12, 2010

600pcs Individual Brownies - Kak Jem, Kelana Jaya


Salam...

Tempahan minggu lepas - Jumaat (9/4/2010) daripada Kak Jem @ Kelana Jaya. Ucapan terima kasih kepada Mama Herda @ Penang kerana peluang biz ni sebenarnya datangnya daripada beliau.

600pcs brownies siap dipotong dan diletakkan di dalam gold cavity. Permukaan atasnya disapu dengan choc ganache dan ditaburkan dengan colouring ball. Separuh darinya juga saya taburkan dengan almond nips.

*Gambar sebenar tak sempat nak tangkap gambar. Gambar di atas adalah gambar dalam folder untuk promo.

Tuesday, April 6, 2010

ORDER YG TIDAK KESAMPAIAN - Egg Tart & Cream Puff (Ganache) - Nabila @ UPM Bangi



Salam dan selamat sejahtera...

Kisahnye...

Saya menerima sms daripada seseorang yang menamakan dirinya Nabila. Nak order 25pcs egg tart & 10pcs cream puff. Tak pe... walaupun tak melepasi minimum order, saya terima tempahan tu... setelah saling bersms, kate putus diambil, kami akan jumpe di Shell Sg. Ramal, hari Sabtu pukul 10.30 pagi.

Sebab malam sebelumnya saya sibuk menyiapkan 100pcs cheese tart tempahan mendadak Aisyah & adiknya, saya menyudahkan tempahan ini pukul 3 pagi! Tidor... hampir pukul 8 pagi bangun. Siapkan anak2 dan diri sendiri. Sebabnya cadang2nya tu, lepas saja hantar tempahan tu kami nak terus pulang ke kampung. Nak menjenguk orang tua yang tak sihat...

Saya sampai di Shell Sungai Ramal pukul 10.15 pagi. Saya telefon Nabila. Bunyinya masih di rumah. Takpe, saya yang awal 15 minit dari mase yang dijanjikan. Tapi mase tu Nabila baru tanye saya, Shell Sg Ramal tu kat mane? Hati saya dah tak sedap. Kalau dia tak tahu di mane Shell Sg Ramal, kenapa dari hari pertama berjanji hari tu, tak cakap yg dia tak tahu? Mgkn kite boleh tukar ke tempat lain yg lebih familiar utk dia dan saya sendiri. Dan kalau dah tak tahu tempatnya, kenapalah tak keluar awal?

1 jam menunggu, sambil2 bertelefon dan bersms. Nabila kate dia dah sesat entah kat mane. Saya pun dah berpeluh2 menunggu. Anak2 pun dah naik boring. Lapar, dahaga dan sebagainya. Suami saya ape lagilah... membebel2 kat saya... tensen betul. Saya kate tak apelah... mungkin bukan rezeki saya. Lagipun Nabila tak bayar dengan saya. Sekurangnya saya tak rasa bersalah sbb duit dah ambil tapi barang tak sampai ke tangan tuannya.

Suami saya yang menelefon Nabila dan tanye kepastian, sebenarnya Nabila ketika itu di mane. Saya cuba melarang kerana tak mahu memanjangkan hal itu. Tapi... suami saya memang dah bengang sangat. Saya dah berjaga sampai pukul 3 pagi nak buat tempahan tu... kami menunggu dah 1 jam... dengan panas dan lapar. Tapi yang ditunggu tak muncul2.

Kepada Nabila... maaf kalau bahasa suami saya kasar. Tapi saya sendiri pun kesal dengan sikap ambil lewa Nabila. Kalau dah tak tahu meet point kite tu, kenape tak beritahu awal2? Mungkin kite boleh ubah tempat. Jawapan Nabila di sms tu macam u memang familiar sgt dgn tempat tu. Tapi ruper2nye...

Dan lain kali, kalau dah tahu tak tau tempat tu tapi ade usaha dan cita2 nak ambil tahu, keluarlah awal. Cari dan survey. Ape salahnye awak menunggu asalkan tidak menyakitkan dan menyusahkan orang lain?

Monday, April 5, 2010

Cheese Tart - Aishah Usman & Adik @ Tmn Sri Manja


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Jumaat, malam... Minta petang nak datang ambil pukul 10 malam. Memang menggelabah saya dibuatnya. Tapi alhamdulillah dapat disiapkan tapi minta lewatkan pukul 10.45 mlm since Aisyah kate adiknya tak kisah pukul berape pun. Kami janji nak jumpe di Tesco, Puchong tapi adik Aisyah nak cube cari rumah saya. Katenye kalau dah tahu rumah, nnt senang.

Tapi area rumah saya ni kalau betul2 tak faham area puchong memang susah nak carik. Kesian adik Aishah, berpusing2 dia mencari rumah saya. Dengar nada suara dia pun dah macam orang putus asa. Akhirnya saya suruh adiknya tunggu kat Petronas Meranti Jaya. Saya pergilah ke sini. Next timelah carik rumah saya tu... hehehee....

100 pcs mix blueberi & strawberi cheese tart. Order kali kedua, thanks!