Tuesday, April 6, 2010

ORDER YG TIDAK KESAMPAIAN - Egg Tart & Cream Puff (Ganache) - Nabila @ UPM Bangi



Salam dan selamat sejahtera...

Kisahnye...

Saya menerima sms daripada seseorang yang menamakan dirinya Nabila. Nak order 25pcs egg tart & 10pcs cream puff. Tak pe... walaupun tak melepasi minimum order, saya terima tempahan tu... setelah saling bersms, kate putus diambil, kami akan jumpe di Shell Sg. Ramal, hari Sabtu pukul 10.30 pagi.

Sebab malam sebelumnya saya sibuk menyiapkan 100pcs cheese tart tempahan mendadak Aisyah & adiknya, saya menyudahkan tempahan ini pukul 3 pagi! Tidor... hampir pukul 8 pagi bangun. Siapkan anak2 dan diri sendiri. Sebabnya cadang2nya tu, lepas saja hantar tempahan tu kami nak terus pulang ke kampung. Nak menjenguk orang tua yang tak sihat...

Saya sampai di Shell Sungai Ramal pukul 10.15 pagi. Saya telefon Nabila. Bunyinya masih di rumah. Takpe, saya yang awal 15 minit dari mase yang dijanjikan. Tapi mase tu Nabila baru tanye saya, Shell Sg Ramal tu kat mane? Hati saya dah tak sedap. Kalau dia tak tahu di mane Shell Sg Ramal, kenapa dari hari pertama berjanji hari tu, tak cakap yg dia tak tahu? Mgkn kite boleh tukar ke tempat lain yg lebih familiar utk dia dan saya sendiri. Dan kalau dah tak tahu tempatnya, kenapalah tak keluar awal?

1 jam menunggu, sambil2 bertelefon dan bersms. Nabila kate dia dah sesat entah kat mane. Saya pun dah berpeluh2 menunggu. Anak2 pun dah naik boring. Lapar, dahaga dan sebagainya. Suami saya ape lagilah... membebel2 kat saya... tensen betul. Saya kate tak apelah... mungkin bukan rezeki saya. Lagipun Nabila tak bayar dengan saya. Sekurangnya saya tak rasa bersalah sbb duit dah ambil tapi barang tak sampai ke tangan tuannya.

Suami saya yang menelefon Nabila dan tanye kepastian, sebenarnya Nabila ketika itu di mane. Saya cuba melarang kerana tak mahu memanjangkan hal itu. Tapi... suami saya memang dah bengang sangat. Saya dah berjaga sampai pukul 3 pagi nak buat tempahan tu... kami menunggu dah 1 jam... dengan panas dan lapar. Tapi yang ditunggu tak muncul2.

Kepada Nabila... maaf kalau bahasa suami saya kasar. Tapi saya sendiri pun kesal dengan sikap ambil lewa Nabila. Kalau dah tak tahu meet point kite tu, kenape tak beritahu awal2? Mungkin kite boleh ubah tempat. Jawapan Nabila di sms tu macam u memang familiar sgt dgn tempat tu. Tapi ruper2nye...

Dan lain kali, kalau dah tahu tak tau tempat tu tapi ade usaha dan cita2 nak ambil tahu, keluarlah awal. Cari dan survey. Ape salahnye awak menunggu asalkan tidak menyakitkan dan menyusahkan orang lain?

5 comments:

cerita siti said...

Salam Fiza,

saya setuju ngan awak. mmg kekadang tak paham setengah orang amik mudah je kan masa kita.

apa2 pun, saya harap ia jadi teladan pada kita semua. jangan suka amik mudah dlm ape pun, lebih2 lagi hal2 tunggu menunggu ni.

rasa suami awak pun tak slah kot, kalau suami saya, pun die akan buat bende yg sama.

Fiza Nordin said...

siti,
terima kasih komennye...salam kenal juga untuk siti... :D

Adnazthie said...

Salam Fiza,
sedihnyer, takpelah. Insyaallah, kita akan lebih berhati-2 lepas ni. Saya pun kalau orang yg mmg x dikenali akan ambil deposit dulu. Takut ditipu.

maklang azie said...

salam fiza...

begitulah adat berbiznes..ianya satu pengalaman yg bernilai pada diri kita juga...tu sebab segala order mklang tak buat delivery..sesapa nak order silalah ambik di rumah aje...kalo tak tau, mklang mintak emel add. dia dan akan maklang forward map bagaimana nak pegi ke umah mklang.

sama jugaklah ngan kelas yg maklang anjurkan...kalau dah tahu diri tu tak tau tempat, tlg dtg lebih awal utk cari jalan dan maklang tak akan tunggu sampai 1/2 jam...sori byk2..boleh balik aje kalo dah lewat tu...biarlah org nak kata apa, maklang tak kisah...kita tak rugi apa2pun dan tak ambik duit dia sesen pun....sendiri mau ingatlah, masa tu amat penting bagi mklang...mklang tak suka org yg tak tepati masa...itulah pengalaman dan byk lagi risiko yg kita kena tanggung bila dah terlibat ngan biznes.

Mummy Amelynn said...

Salam Fiza , jalan2 sini terpandang cter u nih.. kesian kat u, mcm ni lah adat org yg meniaga online mcm kita ni. I pun pernah terkena , smpi berhari2 i simpan order tu , nasib baik cookies. I sanggup tolak order org lain sbbkan order yg ni . Nasib baik takde masalah nk jual cookies ni sbb permintaan mmg sentiasa ada.

Apapun , semoga kita semua lebih berhati2. Utk pelanggan2 yg macam Nabila tu , fikirlah kesusahan org lain , bukan senang nk menghasilkan cheesetart ngan puff tu , time consuming jugak .

Gud luck to u Fieza.