Thursday, December 17, 2009

Kek Lapis Hawflakes & Prune - Kak Tun, Sentul


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Kak Tun yang tinggal di Sentul tetapi bekerja di Petaling Jaya. Kak Tun pernah order kek lapis asam manis 2 biji daripada saya masa lepas hari raya aidil fitri yang lalu. Kemudian menaruh kepercayaan dan rekomenkan kek barbie kepada adiknya, Kak Rafidah baru2 ini. Dan kali ini Tun order kek lapis asam manis - 1 biji dan kek lapis prune - 1 biji.

Terima kasih Kak Tun...

Wednesday, December 16, 2009

Cuppies - Nana, Tmn Medan


Salam dan selamat pagi...

Tempahan daripada Nana yang tinggal di Taman Medan. Kawan kepada Teacher Nini. Terima kasih... Nana nak 10 pcs saje untuk diberikan kepada seseorang katenye. Deco ape2 aje... Jadi inilah yang terhasil...

Tuesday, December 15, 2009

Almond Choc Brownies - Hawa, Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Hawa yang berada di Shah Alam. Tempat pertemuan di hadapan kedai Anakku kat sebelah bangunan Masalam.

Terima kasih Hawa... semoga berpuas hati dengan tempahannya. Kalau sedap, next time bolehlah tempah lagi. Kalau ada yang tak puas hati, harap maaf dan minta halal ya...

Monday, December 14, 2009

Cupcakes - Majlis Perkahwinan

Salam dan selamat sejahtera...

Untuk pertama kalinya, saya menerima tempahan banyak seperti ini. Alhamdulillah dapat dilakukan mengikut waktu yang sepatutnya. Buat sorang2 selain dibantu oleh en. suami serba sedikit dalam bab packing. Terima kasih...

Terima kasih juga kepada .... tak tahu nama penempahnya. Tapi akak ni daripada Segamat, Johor. Menempah untuk majlis perkahwinan sepupunya di Kampung Pandan. Tempahan cupcakes siap packing dan sticker 'terima kasih' ni ditempah sebanyak 550pcs. Buat veriety perisa - coklat, pandan, vanilla, strawberi dan orange.


:: thanks kak Meen sbb gitau kat mane nak dapatkan sticker 'terima kasih' tu ::

Thursday, December 10, 2009

CMC - Kak Ham, Bandar Sunway


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan diterima daripada Kak Ham yang bekerja di Bandar Sunway. Dekat dengan restoran kesukaanku, Restoran Jaring. Tempahan dibuat untuk menyambut hari lahir kakitangan syarikat tempat Kak Ham bekerja bagi bulan November dan December.

Terima kasih atas tempahannya ye Kak Ham... minta maaf kalau ada yang tidak puas dengan keknya tu...

Wednesday, December 9, 2009

Cheese Tart - Milah, Tingkat 1

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 100 pcs cheese tart daripada Milah. Tinggal di tingkat 1, satu blok dengan aku. Milah minta 50pcs perisa blueberi dan 50 pcs lagi perisa strawberi.

Terima kasih Milah...

Monday, December 7, 2009

Puding Roti Marble - Kak Putih


Salam dan selamat sejahtera...

Dalam sibuk2 menguruskan anak sulong yang nak bersunat, sempat lagi melunaskan tempahan yang diterima. Alhamdulillah...

Kali ini tempahan diterima daripada jiran berdekatan rumah - Kak Putih yang tinggal di tingkat 3 dalam blok yang sama dengan saya. Terima kasih kak... Dan kali ini untuk pertama kalinya saya letak adunan puding tu dalam container jernih yang boleh terus dimiliki oleh mereka yang menempah. Sebelum2 ni saya buat dalam loyang. Lepas tu orang yang menempah kena pulangkan loyang tu semula pada saya. Agak menyusahkan juga.
Cik Putih order 2 perisa - Coklat + stoberi dan coklat + orange...

BUKA UNTUK TEMPAHAN

saiz bekas :-

lebar atas : 23 cm
lebar bawah : 20 cm
tinggi : 5 cm

flavour:-

coklat
oren
strawberi
pandan
yam (keladi)
blueberi

* gandingan 2 flavour saja *

~ RM14.00 ~

Saturday, December 5, 2009

Order Daripada Kak Wan, Tmn Melawati



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan ini saya terima sudah sebulan rasanya... Terima kasih kepada Kak Wan yang memberikan kepercayaan kepada saya. Lebih kurang 2 minggu sebelumnya lagi Kak Wan dah lunaskan bayaran penuh tempahannya melalui maybank2u. Jadi saya hanya menghantar apa yang ditempah saja.


Kami (saya dan anak lelaki Kak Wan) berjumpa di bawah jejambat stesen LRT, Bangsar berdekatan dengan Dataran Maybank lebih kurang pukul 8.30 malam - 4/12... Tidak lama menunggu, anak lelakinya pun sampai. Kak Wan menempah 1 biji kek lapis asam manis, 1 biji kek lapis prune dan 1 biji almond choc brownies untuk majlis pertunangan anak perempuannya esok.

Selamat dan bakal menerima menantu ye, kak Wan... :D

Friday, December 4, 2009

Cheese Choc Brownies - Ira, Bangi


Salam dan selamat sejahtera...

1st of all saya nak ucapkan terima kasih kepada mak hayam aka mak yung Faez. Kerana order ini direkomen darinya.

Ira order untuk majlis perkahwinan adik iparnya. Tetapi oleh kerana kesibukkannya dan suami untuk majlis itu dan saya pula tidak familiar langsung dengan area Bangi, brownies itu saya hantarkan kepada Faez di officenya. Ira akan mengambilnya daripada Faez bila ada kelapangan kerana majlis perkahwinan itu akan diadakan di Dengkil, dekat dengan rumah Faezah. Begitulah ceritanya...

Terima kasih Ira...

Thursday, December 3, 2009

Barbie Doll Cake - Kak Rafidah, Sg. Buluh

Salam dan selamat sejahtera...

My first ever barbie cake... alhamdulillah... walaupun baru pertama kali membikinnya, segalanya dipermudahkan olehNYA. Walaupun saya tak de mould barbie tu, tapi kiranya (dipandangan mata saya) menjadi jugalah kembang skirt si barbie tu... pandangan mata anda bagaimana???

Tempahan diterima daripada Kak Rafidah (adik Kak Tun daripada Sentul). Sebelum ini Kak Tun pernah menempah 2 biji kek lapis asam manis daripada saya. Terima kasih kepada kedua2nya. Lebih2 lagi kepada Kak Tun yang memberikan kepercayaan dan merekomenkan hasil kerjatangan saya kepada adiknya walau telah saya akui kepada Kak Tun yang saya tidak pernah menerima mahupun membuat kek barbie sebelum ini. Tapi dalam hati ni melonjak2 nak mencuba dan mengharap Kak Tun akan memberikan kepercayaan dan percubaan itu kepada saya... Terima kasih sekali lagi...

:: NOTA ::

Seronoknya bermain dengan aising dan mencorak. Semalaman menghadapnya. Penat tapi puas hati... Kalau dah minat tu, kan...???