Wednesday, March 31, 2010

Choc Indulgent Cake - Pipah @ Shah Alam

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Ahad (28/03/2010) daripada Pipah @ Shah Alam. Choc Indulgent Cake untuk sambutan birthday anakandanya - Busyra. Happy birthday cayang Busyra!

Thanks Pipah... akak ni bukannye bz bebeno pun... boleh je ko nak order last minit. Jangan riso yek... & tolonglah jangan serik order lagik!

Eclairs Puff & Blueberi Cheese Tart - Zila @ Muzium Negara


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Sabtu - 27/03/2010 juga. Tempahan daripada Zila @ Muzium Negara. Zila order 50pcs blueberi cheese tart dan 20pcs eclairs puff. Ada lebihan 3 pcs cream puff, saya titipkan untuk Zila merasa... kalau ok, next time boleh order ye...

Thanks Zila... tiap2 minggu order cheese tart daripada saya... Alhamdulillah!

Tuesday, March 30, 2010

3D Cake (Sport Car) & Cheese Tart @ Aisyah @ Kota Damansara



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan Sabtu (27/03/2010) - malam. Aisyah @ Kota Damansara menempah kek kereta untuk anak sulongnya yang menjangkau usia 4 tahun... saya begitu teruja untuk menyiapkan kek ini... moga Aisyah pun puas hati dengan hasilnya. Dan moga anak Aisyah - Thaqif, seronok dapat kek besdaynya.

Actually Aisyah ni bukan orang lain. Beliau merupakan kawan saya semasa di zaman persekolahan dulu. Alhamdulillah dipertemukan semula di fb setelah masing2 membawa haluan sendiri setelah habis zaman persekolahan.


Seiring dengannya juga Aisyah menempah 60 pcs cheese tart yang sudah selalu menggiurkan tekaknya setiap kali ke album fb saya... thanks Aisyah...

Kami bertemu di Tesco, Puchong.

Cream Puff - Zura @ Bandar Baru Bangi


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Sabtu - 27/03/2010 daripada Zura @ Bandar Baru Bangi. Jumpa di Stesen Shell, Sungai Ramal pukul 8 pagi. Zura menempah 50 pcs cream puff.

Thanks Zura... juga saya titipkan 3 pcs cheese tart dan 2 pcs eclairs puff untuk sample Zura merasa. Kalau terasa nak order, next time bolehlah ye...

Thursday, March 25, 2010

Choc Indulgent Cake & Carrot Walnut Cake - Nani @ Johnson & Johnson's, PJ



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Nani @ Johnson & Johnson's, Petaling Jaya hari Rabu (24.103.10). Kilang tempatnya bekerja menyambut ulang tahun2 staff untuk 3 bulan - January, February dan March.

Terima kasih Nani... Jangan serik2 untuk order lagi ye...

Blueberi Cheese Tart & Choc Cheese Tart - Zila @ Muzium Negara


Salam dan selamat sejahtera...

Order ulangan daripada Zila @ Muzium Negara lagi. Terima kasih banyak-banyak Zila...

Tempahan hari Ahad - 20.03.2010

Wednesday, March 24, 2010

Cheese Tart - Izan, Klang


Salam dan selamat sejahtera...

Order kali kedua daripada Izan pada hari Sabtu (19.03/2010). Pertama kali Izan order cheese tart ni untuk di jadikan hantaran bagi majlis pertunangannya. Kali ini Izan order untuk makan2 dan dibawa ke pesta belon panas di Putrajaya, dengar ceritenya...

Terima kasih Izan...

Monday, March 22, 2010

Brownies


~ NEW PRODUCT ~

Brownies with simple deko terisi dalam bekas (gold cavity case) seperti dalam gambar.

Sangat sesuai untuk :

> buah tangan bagi majlis perkahwinan/pertunangan/kenduri-kendara
> disisipkan dalam goodies (birthday party)
dsb...


Harga yang ditawarkan :-

minimum order - 25 pcs @ RM1.40
25 pcs - 500 pcs @ RM1.20
501 pcs dan seterusnya @ RM1.00


Deko cadangan lain :
> edible image (i.e : barbie, upin ipin, spiderman dll)

Tuesday, March 16, 2010

Choc Brownies - Zueda @ Tmn Desaria

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Sabtu, 13hb jugak ni... sebelum p balik kampung & hantar kek Barbie & Choc Moist kat Reen@ Bukit Beruntung, singgah Taman Desaria dulu hantar brownies tempahan ni.

Zueda tempah untuk meraikan birthday mak mertuanya. Alahai... baiknye menantu...!

Thanks Zue...

Monday, March 15, 2010

Choc Moist Cake - Reen, Bukit Beruntung

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Sabtu (13.03.2010) daripada Reen on behalf mak ciknya. Sekali dengan kek barbie semalam. Mula-mula nak kek bentuk bintang tapi manelah saya ade loyang bentuk bintang. Nak bege2 jadi bentuk bintang takut pulak nak volunteerkan diri kat Reen, Takut tensen sendiri nanti... heheheee almaklum kite ni pun bukannye expert sangat...


Terima kasih kerana sudi menempah daripada saya... moga puas hati dan lebih kurang saya minta halal.

Sunday, March 14, 2010

Barbie Doll Cake - Reen, Bukit Beruntung




Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 13/3/2010- Sabtu, daripada Mak Hayam Reen @ Bukit Beruntung on be half mak ciknya yang juga tinggal berdekatan dengan kawasan rumah Reen di Bukit Beruntung tu... Thanks banyak2... moga berpuas hati dengan hasilnya.

Memang permintaannya hendak gandingan warna hitam dan putih. Itu pun tak berapa nampak hitam. Macam kelabu saje... Dan saya pula memandai tambahkan warna oren. Bukan ape... sebagai penaik seri. Semoga mak cik Reen tak marah le ye...


Saturday, March 13, 2010

Cheese Tart - Lyn, Cyberjaya


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan semalam (12.03.2010-Jumaat) daripada Lyn yang tinggal di Putra Perdana tapi bekerja di Cyberjaya. Selalu kalau nak ke tempat kerjanya, memang dia akan melalui jalan besar dekat rumah saya ni...

Masa Lyn sampai, betul2 loyang saya baru keluar dari oven. Aduiii kalutlah kalau buat kerja, orang tengah menunggu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Minta maaf banyak2 pada Lyn sebab terpaksa menunggu dengan keadaan rumah yang wallah tu... heheheee jangan serik ye...

Begitu juga lepas Lyn, order daripada seseorang yang tidak berkesempatan saya nak bertanyakan namenya. Dari petang kelmarin (Khamis), beliau menghubungi saya melalui telefon. Kata nak order tart secepat mungkin. Saya kata kalau esoknya, bolehlah. Kebetulan shell tart pun ade lebih 50pcs. Bolehlah...

Kami berjanji nak jumpe di Petronas tepi LDP. Lebih 1/2 jam juga menunggu. Kasihan dia tersangkut jem di Kinrara daripada Bukit Jalil. Dah dapat tartnye terkocoh2 pula nak balik ke Shah Alam. Alahai, harap2 lepas ni tak seriklah nak order lagi...

Tak sampai beberapa minit melepaskan tart ke tangannya, dapat sms daripada pengorder tu, "sedap kak, tq"... alhamdulillah...

Friday, March 12, 2010

Cupcakes Bertunang & Makan2 - Rosdan @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada kawan lama di zaman sekolah menengah. Thanks Rosdan dan isterinya. Tempahan untuk meraikan majlis pertunangan adik isterinya Balkis & Sidek.


1 set untuk makan-makan


Selamat bertunang...

Thursday, March 11, 2010

CC Makan2 - Anne @ Bandar Putera, Klang

Salam...

Tempahan daripada seorang sahabat. Pemberian ikhlas daripada sahabatnya pula... Bukan nak publisiti tapi kalau nak ambil duit rase macam tak sedap hati. Kerana dia terlalu banyak membantu saya dan selalu tidak berkira dengan saya.

Dialah sahabat saya - Anne. Sudah berumahtangga dengan seorang lelaki yang begitu menyayanginya. Dikurniakan 2 orang cahayamata perempuan (Dania & Sabrina) dan sekarang ini sedang menunggu dan menghitung hari menanti kelahiran anak lelakinya, InsyaAllah... moga dipermudahkan segalanya...


Setiap 1 cuppies ni saya designkan berlainan atas permintaan Anne.

Percubaan buat 'boothies'

botol susu...

Ais krim...

Clown

Love & Small Swirl Flowers

Rainbow

Rose

Blueberi Cheese Cake - Cikgu Azlina, Sekolah Jalan 10, PJ


Salam & selamat sejahtera... Tempahan Jumaat (5/2/2010), minggu lepas. Sebelum hantar anak2 ke sekolah, hantar dulu kek ni pada Cikgu Azlina. Mujurlah sekolah Cikgu Azlina dekat je dengan sekolah Baby. Bolehlah terus lajak je... Terima kasih atas tempahan. Minta maaf, sebab memang nampak sangat kekurangan pada hiasan kek tu... masa terlalu suntuk...

Wednesday, March 10, 2010

Blueberi Cheese Tart & Choc Cheese Tart - Zila @ Muzium Negara


Salam dan selamat sejahtera...

Repeat order daripada Zila @ Muzium Negara, Kuala Lumpur. Hari Sabtu & Ahad (6 & 7/3/2010). Thanks...

Zila order choc cheese tart, 50pcs & blueberi cheese tart, 50pcs.

Monday, March 8, 2010

Choc Chip Muffin & Cheese Tart - Irma @ Sandakan, Sabah

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Khamis minggu lepas daripada Mak Hayam Irma @ Sandakan, Sabah. Terbang naik belon, cheese tart & muffin coklat saya. Thanks Irma kerana begitu confident tidak akan hancur tart tu... muffin tu, boleh tahan lagi...

Usaha...
abaikan anakanda tu... hiks!

Alhamdulillah petang Jumaat Irma sms saya... katenye dah merasa air tangan saya. Tart tu memang ada tertonggeng2 & penyek2 sikit tapi tidaklah sampai hancur. Kategori masih boleh dimakan...

20pcs choc chip muffin
25pcs blueberi cheese tart
&
25pcs blueberi cheese tart untuk kakak Irma @ Subang Bistari

Thanks....

Saturday, March 6, 2010

Cheese Tart - Milah @ Taman Desaria


Salam dan selamat sejahtera...

Milah adalah jiran lama saya semasa tinggal di Blok N, Tmn Desaria. Beliau tempahkan cheese tart ini untuk sepupu suaminya yang sebenarnya tinggal di Sri Kembangan saja. Dekat sangat dengan rumah saya ni... tapi sepupu suaminya ni tak dapat nak ambil sendiri di rumah saya sebab mase kerja yang tidak menentu.

50pcs cheese tart... seperti biasa 25pcs filling strawberi dan 25pcs filling blueberi...

Semoga berpuas hati & terima kasih atas tempahan.

Friday, March 5, 2010

Choc Chip Muffin - Cg Noriah @ Tadika KEMAS Taman Desaria


Salam dan selamat sejahtera...

30 pcs Choc Chip Muffin tempahan daripada Cikgu Noriah sempena mesyuarat agung sekolah tadika Kemas. Dan sekali lagi saya membuat demo. Kali ini di sekolah KEMAS Cikgu Noriah pula.

Terima kasih Cikgu Noriah... sebab bagi saya peluang berkongsi resipi & tips dengan ibu2 pelajar2 sekolah tadika itu.

Thursday, March 4, 2010

Choc Indulgent Cake - Rosmawati @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...

Choc Indulgent Cake tempahan daripada sedare, Rosmawati. Thanks... tempahan kek untuk anak saudaranya, Nabila.

Wednesday, March 3, 2010

Cheese Tarts & Fresh Fruit Tart - Zila @ Muzium Negara

Gambar diambil dari tempahan Kak Ngah Ayu beberapa minggu lepas. Gambar untuk tempahan Zila terlupa nak snap. Kalut....

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Sabtu (27/02/2010) juga. Tempahan di terima melalui sms daripada Zila @ Muzium Negara pada hari Khamis.

Zila tempah 2 set Fresh Fruit Tart, 50pcs blueberi cheese tart dan 50pcs strawberi cheese tart untuk makan-makan di jualan Puspanita di Muzium Negara. Masa hantar tempahan tu saya sempatlah bertanya dengan Zila. Katenya ada jualan pinggan mangkuk lame & deko Inggeris yang sedang popular sekarang ni. So, pada yang tahu dan suke nak tengok2 cuci2 mate atau berhajat nak dapatkan, bolehlah ke Muzium Negara hujung2 minggu ni ye. Sambil2 boleh gak melawat Muzium Negara yang sudah pastinya menjadi satu tempat yang jarang2 kite pergi untuk berjalan-jalan.

Tuesday, March 2, 2010

Choc Chip Muffin - Cg Farizah @ Tadika KEMAS Mentari Court


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan dari Cikgu Farizah @ Tadika KEMAS, Mentari Court Bandar Sunway. Actually pada hari Sabtu (27/02/2010) yang lepas, saya dijemput oleh Cikgu Farizah melalui Cikgu Noriah untuk mengadakan demo membuat choc chip muffin ini kepada ibu2 kanak2 tadika KEMAS itu. Buat demo 1 adunan saja. Jadi sebelumnya Cigu Farizah tempah 60 pcs choc chip muffin itu.

Monday, March 1, 2010

3D Cake (Bola atas rumput) & Choc Indulgent - Rosmaniza @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...


2 biji kek tempahan dari kawan lama sejak zaman sekolah dulu - Rosmaniza (Ijah). Ijah tempah kek 3D bola atas rumput untuk anak buahnya, Rayyan yang menjangkau usia 1 tahun. Choc Indulgent pulak untuk ayahnya yang menyambut ulangtahun ke 58 tahun (kalau tak silap).


Terima kasih Ijah...