Wednesday, June 30, 2010

Kek Kukus Lapis Asam Manis, Almond Choc Brownies & Eclairs Puff - Kak Tun & Friends @ PJ


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan penutup June'10 daripada Kak Tun & friends.

Saya rangkumkanlah tempahan daripada Kak Tun dan rakan2 seopisnye ni ye... kalau nak buat n3 satu persatu, tak teringat saya nama penempahnya tu. Sebab masa bercakap di telefon kelmarin pun, cakap sekali harung je. Saya take note ape yang nak ditempah & yg nak ditulis atas brownies aje. Yang nyatanya, setiap tempahan tu untuk 1 makanan dan eclairs puff tu untuk Kak Tun.

Terima kasih kepada akak2 semua. Semoga puas hati dan silalah tempah lagi.


Kek Bola Atas Rumput - Wawa @ Wangsa Maju


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan penghujung bulan June. Tapi ini bukan yang terakhir sebab lepas ni ada 1 lagi n3. Tunggu!!!!

Wawa @ Wangsa Maju menempah kek 3D ni dan meet point kami di Tesco, Puchong hampir2 pukul 11 malam. Mujurlah anak2 saya belum tidur. Kalau tak payah gak tu nak bergerak. Tapi area rumah saya hujan masa tu, berlari2lah kami dalam hujan menuju ke kereta. Yang peliknya bila sampai di Puchong Perdana, tak hujan pulak. Haishhhh... Tapi bagus juga sebab senanglah nak berurusan dengan Wawa.

Terima kasih kepada Wawa. Moga puas hati dan berbaloilah datang jauh2 untuk ambil kek tempahannya tu ye...

Steam Buttercream - Mrs M @ PP


Salam dan selamat sejahtera...

Atas permintaan tuan empunya diri, nama dan lokasi pengoder terpaksa dirahsiakan. Hehehee... Tempahan Mrs M pada hari Rabu (30.6.2010). Actually Mrs M minta saya buatkan kek butterkrim biasa saja. Tapi saya yang memandai2 ni. Harap2 tuan punya tak marahkan saya. Harap2lah...

Saya nak cuba buat kaedah steam ni. Kalau saje2 buat kek dan p buat ni memang sah2 tak laku kat dalam rumah ni. Masing2 dah tak heran. Apatah lagilah saya ni... heheheee tapi sememeh je tu kat permukaannya. I'Allah dan saya percaya, lebih praktis saya akan dapat juga hasilkan permukaan yang cantik dan mulus macam orang lain punya. Saya Boleh!!! Hahahaaa pembangkit semangat!

Kek span coklat.

Kek Buah2an Bakar - Kak Hani @ Bandar Bukit Puchong 2


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada jiran sebelah2an taman... heheheee agak jauh juga sebelahannye tu hakikatnya. Thanks atas tempahannya kak.

Kak Hanie ni kerjanya di Perak. Tempahkan kek buah2an ni untuk emaknya. Tapi semasa saya menghantarkan kek ni ke rumahnya, beliau dalam perjalanan pulang dari Perak. Tak sampai lagi...

Choc Moist Cake - Ros @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan mendadak daripada Ros @ Shah Alam pada hari Isnin (28.6.2010). Call menjelang tengahari, nak keknya lewat petang. Saya terima tempahan Ros kerana saya fikir2kan saya memang free. Tak apalah terkejar2 sikit.

Hampir pukul 7 malam, kawan Ros datang terus ke rumah saya untuk mengambil kek tempahannya. Kawan Ros ni tinggal di Puchong Intan, makanya dia tahulah agaknye ceruk rantau sekitar Puchong ni. Sebabnya tetiba saja dia call kate dah sampai ada depan pintu rumah saya. Hehehee...

Terima kasih kepada Ros yang sudi menempah. Segala kekurangan, saya minta maaf dan halalkan.

Cream Puff - Syara Izad @ Tesco, Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 2 set (70pcs) cream puff dengan permintaan bekas berasingan - 30pcs, 20pcs & 20pcs oleh Syara Izad dan filing kastad/coklat samarata di setiap bekas. Pertemuan kami di Tesco, Puchong pada Isnin - 28.6.2010 pukul 11pg.

Alkisahnya saya terlupa nak save no hp Syara Izad dalam hp saya. Menggelabah juga dibuatnya. Tunggu 5 minit & dapat idea hubungi suami saya. Minta dia masuk dalam email saya dan cari pengirim email bernama 'Syara Izad'. While saya bercakap dengan suami melalui hp, saya nampak sebuah kereta MyVi berhenti di belakang kereta saya. Hati saya terus berdetik mengatakan, kemungkinan besar, itulah orang yang saya tunggu. Saya terus matikan talian dan keluar dari kereta. Sah, memang betul... alhamdulillah...

Kalau tak silap, Syara tinggal di Cheras. Oleh itu beliau memanglah tak berapa familiar dengan area Puchong. Tu yang lambat sikit beliau sampai. Lambat sikit aje pun... Dan beliau pun ada cuba menghubungi saya sebaik sampai di depan Tesco tapi talian tidak dapat dihubungi. Mane nak dapat talian kalau saya sedang bercakap dengan suami saya, kan... heheheee...

Syara Izad ni ada blog jualan juga. Nak tengok apa yang dijual online oleh beliau, anda boleh KLIK SINI.

Brownies Gold Case - Aen @ Bandar Baru Bangi


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Ahad (27.6.2010) oleh Aen dari Bandar Baru Bangi. Aen tempah 160pcs untuk goodies dan buah tangan bagi kenduri Akikah cahayamatanya yang satu2nya.

Terima kasih atas tempahannya, Aen. Moga puas hati dan silelah order lagi.

Almond Choc Brownies & Puding Roti - Linda @ Sentul


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Sabtu (26.6.2010) oleh Linda @ Sentul. Beliau bekerja di NSTP, Bangsar. Tempat pertemuan untuk menyerahkan tempahannya di LRT, Bangsar.

Terima kasih Linda :D

Tuesday, June 29, 2010

Blueberi Cheese Tat, Choc Cheese Tat & Cocktail Tat - Hanis @ Sri Kembangan


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Sabtu (26.10.2010) oleh Hanis @ Sri Kembangan. Hanis tempah untuk dibawa ke rumah emak mertuanya di Kampung Pasir Baru. Baiknya menantu... Kami jumpa di depan Sekolah Assunta, PJ. Kebiasaannya hari Sabtu pagi, saya akan berada di area Petaling Jaya kerana anak2 ada aktiviti/kelas di sekolah masing2.

Terima kasih atas tempahannya, Hanis. Moga puas hati dan silalah order lagi.

Apam Blossom & Mix Cheese Tart - Lisa @ Klang



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan petang hari Sabtu (26.10.2010) oleh gadis cantik molek berambut lurus - Lisa @ Klang. Kami berjumpa di Giant, Shah Alam. Lisa tempah untuk makan-makan majlis pertunangan abangnya.

Terima kasih Lisa. Minta halal ye...

Choc Oreo - Khairun @ Batu Caves


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan (Jumaat - 25.6.2010) diterima daripada Khairun @ Batu Caves. Beliau merupakan kawan kepada Zila yang sudah berkali-kali menempah daripada saya. Sama-sama bekerja di Muzium Negara.

Khairun menempah 60pcs homemade Choc Oreo untuk goodies bagi majlis akikah anaknya di Johor. Moga puas hati dan terima kasih.


Monday, June 28, 2010

Coklat...................... BUKA UNTUK TEMPAHAN

Salam dan selamat sejahtera...

PEMBUKAAN TEMPAHAN COKLAT

coklat conventure / compound pilihan anda

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI SAYA.......

FIZA - 017-3113 226 @ email sofie2_za@yahoo.com

Jom layan picas & penerangan ringkas mengenai coklat yang disediakan...

.::. Coklat Paraline .::.

Pelbagai bentuk (love, rose, 4 segi berlorek dll bentuk) dengan inti (kekacang - badam/walnut/hazelnut, kismis, perisa strawberi, blueberi, oren, mint, yam dll...) yang pelbagai juga. Warna/plain pilihan.

Terpulang kepada selera dan tekak anda :D

.::. Coklat Oreo .::.

.::. Coklat Oreo - Edible image .::.

Edible image dengan pelbagai karektor kartun. Gambar edible image anda sendiri juga boleh diguna pakai.

caj tambahan untuk tempahan edible image

.::. Coklat Oreo .::.

Cadangan pembungkusan dan hiasan

.::. 1 Big Piece .::.

Terbuka untuk tempahan sebarang majlis. Diisi dalam bekas ekslusif dan menarik.


.::. Coklat Box .::.

Aneka bentuk (Love, 4 segi dll...)
Terdapat dalam 4 saiz (S, M, L & XL) dengan harga & isian coklat paraline (pilihan inti pelbagai).

Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah, cenderahati, buah tangan pengantin dan lain-lain terpulang kepada keperluan anda. Order saja dari saya... :D

Saturday, June 26, 2010

Almond Choc Brownies - Khaty @ Tmn Medan


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Selasa (22.6.2010) daripada Khaty @ Tmn Medan. Tempahan yang sudah berulang kali daripada beliau. Terima kasih banyak2...

Friday, June 25, 2010

Mix Cheese Tart & 1 set Cream Puff - Kak Ila - Bandar Bukit Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada orang dekat rumah - Kak Ila. Tak dekat sangatlah... hehehee... terima kasih ye kak... mendapat tahu pasal order2 ni daripada besanku cayang - Aizah Kaman. Thanks juga pada besanku itu. Dek kerana n3 tempahannya di blog, maka Kak Ila terus membuat tempahan. Sesungguhnya ini kali pertama Kak Ila buat tempahan on9, katanya. Moga lepas ni adalah yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Insya Allah...

Thursday, June 24, 2010

Mix Cheese Tart, 1 set Cream Puff & 1 set Eclairs Puff - Ajura @ Klang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Isnin - 21.6.2010 juga oleh Kak Ajura @ Klang. Pick up point kami di Tesco, Puchong oleh suaminya. Terima kasih dan maaf kerana menunggu sementara saya sampai.

Wednesday, June 23, 2010

Mix Cheese Tart - Haiza @ NSTP, Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Isnin - 21.6.2010 oleh Haiza @ NSTP, Bangsar. Beliau bekerja di sana. Mendapat tahu pasal cheese tart ini semasa saya menghantarkan tempahan daripada Zila @ Muzium Negara.

Terima kasih atas tempahan. Moga puas hati dan lepas ni order yang lain pula ye...

Saturday, June 19, 2010

Blueberi Cheese Tart - Zila @ Muzium Negara


Salam dan selamat sejahtera...

100pcs blueberi cheese tart order daripada Zila @ Muzium Negara. Oleh kerana yang mengordernye juga dari rakan2 office, Zila minta saya asing2kan 25pcs per box.

Di Muzium Negara sekarang sedang diadakan Pameran Keranda. Kalau sesape yang suka dan berminat nak tengok, bolehlah ke sana. Cuti2 sekolah ni, meriah sungguh tengok Muzium Negara tu... ramai betul pengunjungnya.

Friday, June 18, 2010

Mix Cheese Tart & 2 sets Cream Puff - Aizah Kaman @ Rawang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan - Sabtu (12.6.2010) daripada besan saya, Aizah Kaman. Thanks besan...

Aizah tempah 1 set (50pcs) mix cheese tart dan 2 sets (35 pcs - 1 set). Aizah ni memang hantu cheese tart katenye... selalu beli cheese tart kat King's Confectionery... alahai risau gak saya... maklumlah, tart saya taklah setanding tart yang di King's tu... huhuhuuuu...

Tapi alhamdulillah daripada sms yang saya terima daripada Aizah setelah tart itu sampai ke tangannya, dia kate sedap. Suami Aizah - Abang Kaman yang datang ambil tart tu di Stesen Petronas dekat Taman Selayang sementelah Abang Kaman bekerja dekat2 situ. Sekaligus saya hantarkan tempahan untuk Eda (n3 sebelumnya).

Cuma saya tersilap baca sms daripada Aizah. Beliau minta filling untuk cream puff tu di mixkan dengan choc ganache tapi saya letak semua fillin kastad. Alahai, sowy ye besan...

Anyway terima kasih atas tempahannya ye...

Thursday, June 17, 2010

Choc Indulgent Cake - Eda @ Selayang


Salam dan selamat sejahtera....

Tempahan hari Sabtu - 12.6.2010 daripada Eda @ Selayang. Eda ni salah seorang geng mak hayam kami yang sebelum ini pernah menetap di Australia mengikut suaminya menyambung pelajaran di sana. Mempunyai anak perempuan yang comel, Aina. Bukan main aktif dia berlari-larian tadi. Berkejar2 saya dalam rumah Eda sebab nak cium dia. Heheheee...

Eda menempah kek Choc Indulgent untuk makan2 sempena meraikan majlis perkahwinan abangnya.

Sejambangan bunga ros pelbagai warna daripada Eda untuk pasangan pengantin.

Wednesday, June 16, 2010

Brownies Gold Case - Zurena @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...

600pcs brownies in gold case tempahan daripada Zurena yang mempunyai butik perkahwinan sendiri di Taman Medan. Zurena yang merupakan teman zaman persekolahan saya dulu. Zurena buat tempahan ni on be half pengantin yang nak diandamkanlah kiranya. Siapa2 tu... saya tak taulah... tapi katanya di Taman Tun.

Anyway thanks ye Ena... harap lepas ni kira boleh terus bekerjasama.



Tuesday, June 15, 2010

Carrot Walnut Cake - Kak Jue @ Bangi


Salam dan selamat sejahtera...

Terima kasih atas tempahan (Khamis - 10.6.2010). Daripada Kak Jue untuk sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun. Alhamdulillah, semoga ikatan perkahwinan bersama suami tercinta kekal hingga ke hujung nyawa, amin!

Malam Sabtu saya terima sms daripada Kak Jue mengatakan kek itu sedap tapi beliau agak tidak berpuas hati kerana dalam adunan ada diletakkan buah2an campuran. Owh, sememangnya dalam resipi yang saya ikut selama ini diletakkan buah2an campuran tu. Minta maaf ye Kak Jue.

Kak Jue memang ada tulis di sms nya mengatakan dia mahukan kek carrot walnut yang macam di Secret Recipe. Tapi, hehehee... saya sendiri pun tak pernah makan kek carrot walnut yang kat Secret Recipe tu... kata Kak Jue dalam sms nya, kek carrot walnut kat Secret Recipe tu takde buah2an campuran tu. Huhuhuuuu...

Tapi saya akuilah silap saya... sepatutnya tak tau tu bertanya, kan... Harap ini jadi pengajaran kat saya di kemudian hari.

Kepada Kak Jue, seandainya membaca n3 ini, saya minta maaf banyak2 dan harap Kak jue tak serik order daripada saya lagi...

Monday, June 14, 2010

Puding Roti Marble - Kak Sakinag @ Puchong Permai


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada pembantu salun Kak Rafidah yang dah berulang2 kali mengorder macam2 daripada saya - Kak Sakinah @ Puchong Permai. Terima kasih akak... nak bawak balik kampung sebagai tuan tangan katenye...

Moga selamat pergi dan selamat kembali ye...

Thursday, June 10, 2010

Almond Choc Brownies - Kak Rafidah @ Puchong Indah




Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah... yang menempah almond choc brownies in gold case ini pun penempah berulang. Terima kasih atas tempahannya ye, Kak Rafidah. Kak Rafidah tempah brownies ni untuk kenduri adiknya yang baru pulang bercuti daripada Sabah. Brownies ni nak berjalan jauh sampai ke Johor ni... moga selamat pergi dan kembali.

Tempahan hari Jumaat - 4.6.2010 sebanyak 150pcs. Di samping itu juga Kak Rafidah tempah 1 loyang Choc Almond Brownies, 50pcs blueberi cheese tart & 50pcs choc cheese tart. Gambar order sampingan tu terlupa nak tangkap gambar pulak...

Wednesday, June 9, 2010

Blueberi Cheese Tart - Lyn @ Putra Perdana

... gambar fail ...

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Jumaat - 4.6.2010 daripada Lyn @ Putra Perdana. Dah berkali2 Lyn tempah tart daripada saya, terima kasih Lyn.

Tapi ada sesuatu yang berlaku pada tempahan tat kali terakhir Lyn sebelum ini. Kata Lyn, filling yang stoberi melekat di pelapik plastik. Bila plastik tu ditarik membuatkan tat tu jadi tak cantik. Saya hairan juga dan terima teguran itu. Saya pun beleklah fillinf stoberi saya.

Ya rabbi... punyelah saya tak perasan... rupernya yang saya gunakan tu bukan filling untuk tat tapi jem stoberi. Aduh!!! Tepuk dahi saya pagi2 buta tu... adeh, deh, deh.... ni kes tersilap ambil masa dalam peti es kat kedai bakerilah ni... main capai aje dengan condifentnye kan... tulah dia!!!

Minta maaf ye Lyn. Di sebabkan stok filling sudah tersilap beli dan dah terkena pada Lyn, jadinya tempahan Lyn ni saya buatkan semua filling bluberi ajelah. Minta maaf sekali lagi ye Lyn... dan mujur jugalah Lyn beritahu saya... kalau tidak, memanglah saya ni tak perasan yang saya dah tersilap beli filling dengan jem.

Tuesday, June 8, 2010

Almond Choc Brownies & Marble Cake - Kak Mazney @ Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera...

Daripada Kak Mazney lagi... alhamdulillah dan terima kasih kak... selit2 juga membakingkan 2 tempahan Kak Mazney ni dalam kesibukan bergelumang dengan tempahan cc Ira dan brownies Kak Rafidah (n3 akan datang...) tempahan hari Khamis - 3.6.2010. Kak Mazney tempah 1 loyang almond choc brownies dan 1 buku kek marble.

Kek marble, salah satu produk baru saya. Bersaiz 10" x 10" dan berharga RM30. Kepada yang berminat nak menempah, silekan dan amatlah dialu2kan ye...

Monday, June 7, 2010

Almond Choc Brownies - Kak Mazney @ Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Rabu - 2.6.2010 oleh Kak Mazney @ Putra Perdana. Kalau ikutkan saya memanglah tak terima tempahan sebab bz membaking dan nak mendeko bajet cuppies untuk Ira tapi dipujuk2 oleh Kak Mazney, cairlah saya macam lilin terbakar... heheheee...

Tapi dalam terima tu, risau jugaklah dalam hati ni... takut tak terbuat sedangkan orang dah berharap dengan kita. Alhamdulillah dapat juga curi2 masa bancuh dan baking brownies untuk Kak Mazney ni. Dan alhamdulillah juga bila Kak Mazney sms mengatakan yang brownies itu sedap. Kena dengan tekaknyalah tu...

Terima kasih atas tempahannya ye, kak...

Saturday, June 5, 2010

Bajet Cupcakes - Ira, Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah, rezeki... walaupun inilah yang membuatkan saya busy sepanjang minggu ini... tempahan 1000pcs bajet cc daripada Ira @ Shah Alam. Tempahan kali kedua daripada beliau. Terima kasih diucapkan kerana memberi peluang sekaligus membuka pintu rezeki untuk saya.

Menurut Ira melalui smsnya setelah cc ini diserahkan kepada adiknya, Izi, tempahan cc ini dibuat on behalf kawannya. Dan menurut kata Izi, cc itu akan dibawa balik ke kampung di Johor (kalau tak silap) esok. Kami bertemu di Giant, Seksyen 13 berdekatan dengan Stadium Shah Alam. Maaf kepada Izi kerana saya terlewat sampai...

Saiz cawan kertas : 8"
Kek : Coklat Moist
Topping : Butterkrim
Harga : RM1.00 seketul siap diletakkan di dalam kontainer (seperti dlm gambar)


Amat sesuai untuk dijadikan buah tangan bagi sebarang majlis (pertunangan, khatan, perkahwinan dan lain-lain...)

Friday, June 4, 2010

Birthday Cake & Cupcakes Airis - Sheikin @ Sungai Buloh





Salam dan selamat sejahtera...

Comey tak korang tengok si kecil kat edible tu... comey, kan...? Geram saya tengok... saya ambil edible ini seminggu awalnye daripada tarikh nak buat kek ni... dalam seminggu ni saya asyiklah menenang edible ni... menatap wajah sikecik yg comey ni... sementelah pulak anak kecil saya, Mierza tak de kat saya. Masih berada di Sepang, rumah kakak saya. Agaknya sebab saya rindukan anak saya, jadinya bila tengok edible Airis ni, sejuk hati saya. Walaupun hakikatnya, rindu tu tak terubat pun... rindu kat anakanda saya tu tetap jugak meluap2...

Tempahan daripada Sheikin, anak buah rakan novelist saya, Zaharah Muhammad. Terima kasih kepada Sheikin. Semoga berpuas hati dengan tempahannya. Kalau ada yang terkurang, akak minta halal dan janganlah serik2 order lagi next time ye...

Kek yang besar, paling besar saya pernah buat - square 13x13inc. Siap saya beli loyang baru lagi untuk merealisasikan kehendak Sheikin. Harap lepas ni adalah tempahan kek besar ni lagi... jadinya berbaloilah saya beli loyang tu... hahaha!!!

Thursday, June 3, 2010

Cupcakes Botol Susu - Anne @ Klang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan Jumaat lepas (28.5.2010) oleh sahabatku, Anne @ Bandar Putera, Klang. Kami ni dah berkawan sejak zaman kanak-kanak ribena lagi. Alhamdulillah hubungan tak terputus. Walaupun tinggal agak berjauhan dan masing2 sibuk dengan kehidupan dan rumahtangga sendiri, tapi hubungan persabahatan ini tetap terjalin baik.

220pcs cuppies untuk majlis naik buaian anak kecilnya. Inilah baru nak merasa anak lelaki. Sebelum ni anak2 Anne 2/2 perempuan - Dania & Sabrina. Anne minta lukiskan gambar botol susu untuk semua cuppiesnya. Nak 1 design je sebab nak nampak seragam je...

Thanks, Anne...

Wednesday, June 2, 2010

Fresh Fruit Tart - Zurena Malik @ Tmn Medan


Salam dan selamat sejahtera...

update laju2 ni... banyak kerje lagi yang menanti... namun blog ini tak boleh juga dibiarkan sepi, kan... kalau takmo order pun jadilah buat pengunjung blog cuci2 mate ye... klu nak cuci tekak kenalah order hahahaaa!!!

Order minggu lepas daripada x rakan sekolah saya - Zurena Malik @ Ena. Actually Ena ade butik andaman - Edina Collextion - sendiri kat Taman Medan. Orang2 Taman Medan taulah tempatnya - atas Pasaraya 99 Speed Mart dekat Pasaraya Karnival, dekat Farmasi Zora, dekat Kedai Saaka Nilai... haaaa bukan main banyak clue tu... mustahil tak tau lagi... sesape yg nak kawin tu bolehlah p Edina Collection tu... tgk ape2 yang boleh dibuat dan digodek oleh mak andam ni yek...

Ok, terima kasih atas tempahannya ye Ena... moga lepas ni kita boleh terus berkerjasama lagi...