Tuesday, August 31, 2010

Merdeka - 53 Tahun


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia ke 53 tahun.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...

1 Malaysia!
1 Malaysia!
1 Malaysia!

Saturday, August 28, 2010

Tempahan Biskut Raya DI TUTUP

Salam dan selamat sejahtera...

Sekadar hendak mengumumkan bahawa TEMPAHAN BISKUT RAYA sudah DITUTUP.

Terima kasih kepada yang menempah. Mungkin kerana ini merupakan tahun pertama saya mengambil tempahan biskut raya, jadi sambutannya kurang menggalakkan. Tak apa... tetap syukur alhamdulillah.

Walaupun begitu nantikan PROMOSI COKLAT SYAWAL yang akan bermula hari Isnin (30.8.2010) nanti. Tapi untuk warming up, n3 nya akan sy publishkan esok - Ahad (29.8.2010). Pada yang berminat. Tak perlu tunggu hari Isnin baru nak call/sms/email saya, k...

Selamat berpuasa :D

TEMPAHAN BISKUT RAYA

~ STICKY MODE N3 ~

Salam dan selamat sejahtera...


TEMPAHAN BISKUT RAYA KINI DIBUKA

Sebab buat seorang, tak beranilah nak buat banyak2 jenis. Cukuplah setakat 6 jenis ni.
1) Tat Nenas
2) Almond London
3) Green Pea Cookies
4) Hazelnut Ball
5) Cornflakes Choc
6) Koko Crunch Choc (Tiada gambar tapi lebih kurang sama dgn cornflakes choc)


Kepada yang berminat nak buat tempahan, boleh call/sms saya, Fiza @ 017-3113 226 atau email saya @ sofie2_za@yahoo.com (subject : cookies). Pengesahan tempahan mestilah disertakan dengan sekurang-kurangnya deposit 50% dari total tempahan.


Tempahan dibuka hingga 2 minggu sebelum Ramadhan. Selepas dari tu, bolehlah tanye2 dulu kalau2 ade kekosongan ruang nak terima tempahan lagi ke tidak ye...

** TEMPAHAN BAKING LAIN2 DIBUKA SEPERTI BIASA SEPANJANG RAMADHAN **


Jem Nenas untuk di jual

1kg - RM12

(tidak termasuk kos penghantaran @ boleh datang ambil sendiri)


Friday, August 27, 2010

Fresh Fruit Tart - Rudy @ UM, Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

1 set - 36pcs - Fresh Fruit Tart (Strawberi, Anggur & Kiwi) tempahan daripada Rudy @ UM, Bangsar pada hari Khamis (26.8.2010).

Terima kasih atas tempahan :D

Puding Roti - Shafiza @ IPD, PJ


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 2 bekas puding roti marble oleh Shafiza @ IPD, Petaling Jaya pada 25.8.2010 - Rabu. Terima kasih atas tempahan.

Janjinya jumpa di Sekolah Rendah Assunta tapi suami Shafiza kena kerja luar pula, katanya. Mujurlah dekat saja & tak lari dari jalan sy nak balik. Bolehlah hantarkan....

Moga berpuas hati dengan tempahan :D

Thursday, August 26, 2010

Cheese Tart - Kak Aiza - NSTP, Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 200pcs mix cheese tart daripada Kak Aiza @ NSTP, Bangsar. Terima kasih kak... Meet point - depan Sekolah Rendah La Salle, Petaling Jaya - sekolah anak lelaki saya.

Sesiapa yang tinggal/bekerja berdekatan atau sekitar Petaling Jaya, nak order bolehlah datang ambil sendiri di Sekolah Rendah La Salle @ Sekolah Rendah Assunta Petaling Jaya untuk hari-hari biasa/hari persekolahan (Isnin - Jumaat). Waktu sekitar 12 - 12.30 tengahari.

Hari Sabtu dan Ahad (kene confirmkan dulu melalui sms/call) pagi sehingga pukul 10.30pg.

Mix Cheese Tart - Lyn, Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Lyn @ Putra Perdana. 50pcs mix cheese tart.

Terima kasih Lyn...

Monday, August 23, 2010

Pop Cake Ball - Juan @ Seksyen 19, PJ


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Juan @ Seksyen 19, Petaling Jaya. Terima kasih :D

Jumpa di Pasar Pagi Taman Medan walaupun janji awalnya nak jumpa di sekolah Boy. Anakanda tu tak hingat Sabtu tu ade sekolah ganti. Sampai2 kat sekolah konon2nya nak hantar dia untuk kelas taekwando tapi tengok2 murid2 sessi pagi ade kat sekolah. Kalau ada sekolah pagi, tentulah ade sekolah petang juga. Dan selalunya kalau hari Sabtu ade persekolahan atau aktiviti sekolah, kelas taekwando akan diadakan pada hari Ahad. Geram ajelah....

A'way thanks Juan dan moga puas hati dengan tempahan.

Saturday, August 21, 2010

Tart Nenas Ke Ipoh....


Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah... akhirnya siap juga 30 botol tat nenas ke Ipoh... Ucapan terima kasih kepada abang iparku yang datang mengambil tat nenas ini dan di hantar ke Ipoh nanti. And terima kasih juga kepada kakakku - Mak Ina sebab jadi dealer tidak berkomisen. Adik-beradik tolong menolong. Hikhikhikkk... Samelah saya tolong jualkan jem nenas dia.

Tempahan untuk kawasan sekitar Lembah Kelang masih dibuka . Sila tempah, bayar deposit dan datang ambil sendiri... heheheee

sebelum digulung...

fresh from oven...

dibotolkan...

Jom order!!!

Thursday, August 19, 2010

Choc Moist Cake wif Fresh Strawberies - Kak Dah @ Kemaman


Salam dan selamat sejahtera...

Dari orang Kemaman untuk orang Kuala Lumpur. Terima kasih atas kepercayaan, Kak Dah. Terima kasih juga untuk tempahan ini.

Kak Dah tempah Choc Moist Cake dengan hiasan strawberi ini untuk sambutan birthday kakaknya. Suami kakaknya yang ambilkan. Kiranya Kak Dah dan suami kakaknya ni nak buat surprise untuk kakaknya ni... So sweet......

Wednesday, August 18, 2010

Mix Cheese Tart - Kak Aiza @ NSTP Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 100 pcs mix cheese tart oleh Kak Aiza @ NSTP, Bangsar. Terima kasih atas tempahan. Kami berjumpa di sekolah anak lelaki saya di Petaling Jaya. Bulan puasa ni saya amatlah kesuntukan masa. Tak boleh nak buat delivery...

Tuesday, August 17, 2010

Mencari "Tart Shell Press"


Salam dan selamat sejahtera...

Untuk memudahkan kerja & memaksimumkan penghasilan tart shell, saya berhajat untuk memiliki gadget ini - Tart Shell Press. Gambar di atas saya dapatkan dari carian google dan ianya di luar negara.

Kepada teman2 & pengunjung blog ini, seandainya anda mempunyai info mengenainya, haraplah dapat dikongsikan di sini. Atau boleh email saya @ sofie2_za@yahoo.com


Ribuan terima kasih didahulukan...

Monday, August 16, 2010

Kurma Bersalut Coklat


Salam dan selamat sejahtera...

Bersempena dengan Ramadhan ini, ada menu baru untuk ditempah - bagi yang berminat... KURMA BERSALUT COKLAT.

Min order - 30pcs - RM17.00

hubungi saya @ 017-3113 226 @ email sofie2_za@yahoo.com

Friday, August 13, 2010

Kek Bola Atas Padang - Ivy @ Kota Kemuning



Salam dan selamat sejahtera... Tempahan daripada Ivy @ Kota Kemuning untuk sambutan birthday anaknya- Ibrahim yang ke tiga tahun. Selamat hari lahir sayang...! Ivy tempah 2 biji kek bola atas padang ni. Sebiji nak di hantar ke sekolah dan sebiji lagi untuk sambutan di rumah. Dua2 nak kek bola. Untuk itu saya designkan berlainan tapi tetap tema bola atas padang.

Walaupun sedang sibuk menyiapkan biskut tart nenas, alhamdulillah
dapat juga siapkan kek bola ni untuk Ivy. Terima kasih atas tempahannya, Ivy. Moga berpuas hati ya... moga Ibrahim juga gembira dengan kek ulang tahunnya.

Thursday, August 12, 2010

Pop Cake, Pop Cake Stick & Kek Kukus Lapis Asam Manis - Ija @ Shah Alam


.:: loose pop cake ::.

.:: pop cake stick ::.

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Isnin (9.8.2010) oleh Ija @ Shah Alam. Ini merupakan tempahan kali kedua oleh Ija. Terima kasih Ija... Kali ini Ija tempah 75pcs pop cake stick, 1 set - 50pcs pop cake dan 2 biji kek kukus lapis asam manis. 1 daripada kek kukus tu Ija minta potong bahagi 2. Sedia menurut perintah, heheheee....

Senang berurusan dengan Ija... alhamdulillah :D

Wednesday, August 11, 2010

Jem Nenas & Mix Cheese Tart - Nura @ Taman Tasik Prima


Salam dan selamat sejahtera...

1 set - 50 pcs mix cheese tart & 1 kg jem nenas oleh Nura @ Taman Tasik Prima. Taman perumahan yang agak dekat juga dengan kawasan perumahan saya.

Terima kasih kerana sudi menempah dan menjenguk ke blog. Dapat sms daripada Nura antara lain mengatakan tart sedap dan tak sempat simpan dalam peti sejuk dan ngap dulu... terima kasih. Next time silelah order lagi ye :D

Apam Blossom - Kak Zie @ Pangsapuri Angsana


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 150pcs apam blossom oleh jiran terdekat di rumah saya ni - Kak Zie. Terima kasih kak... Kak Zie tempah untuk bawa ke rumah kenduri sebagai buah tangan.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Salam dan selamat sejahtera...

InsyaAllah andai diizinkan Allah S.W.T., esok kita akan menyambut hadirnya Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ramadhan kali ini kita sama-sama mendapat berkat dan keredhaan dariNYA. Dan semoga segala amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa. Amin...

Di kesempatan ini, saya memohon maaf kepada pengunjung, pelanggan dan semua yang sudi singgah di blog saya ini. Mohon halalkan segala urusan yang terlebih dan terkurang.

Selamat berpuasa semua...

SEMUA TEMPAHAN DIBUKA SEPERTI BIASA - INSYA ALLAH...

Birthday Cake Dora - Rosmaniza @ Taman Medan



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan kek birthday oleh Rosmaniza - kawan zaman persekolah untuk meraikan hari jadi anak saudaranya. Minat dengan Dora. Bergegas ke BWY cari edible image tapi takde... nak lukis, banyak order lain pulak menunggu & masa pun dah suntuk. Hendak tak hendak kenalah order edible image. Menyiapkan hingga awal pagi dan alhamdulillah agak gembira juga dengan hasilnya.

Terima kasih Ija...

kek coklat moist + toping butterkrim + figurine fondant + edible image

Mix Cheese Tart - Su @ Dataran Maybank, Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

100pcs mic cheese tart tempahan hari Jumaat (6.8.2010) oleh Su @ Dataran Maybank, Bangsar. Lepas hantar anak2 ke sekolah saya terus ke Bangsar menghantarkan tempahan Su ni. Mujurlah jalan tak jem tapi sampai2 saja di tempat menunggu yang dijanjijan, hujan pula turun. Terkandaslah dalam kereta sehingga Su sampai - yang kebetulannya Su tiada di pejabat ketika itu dan meminta kawannya yang mengambilkan tempahan itu.

Apa2pun semoga Su berpuas hati dan terima kasih atas tempahan :D

Monday, August 9, 2010

Choc Chip Muffin & Brownies Gold Case - Liza @ Desa Panda



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Jumaat - 6.8.2010 oleh Liza @ Desa Pandan. Liza tempah on behalf sepupu suaminya untuk majlis cukur jambul. Oleh kerana suami Liza bekerja dekat2 dengan kawasan rumah saya, suaminya yang datang ambil tempahan ni.
Sebenarnya Liza order 50pcs muffin tapi sy bagi 43pcs saje... nak bancuh adunan lagi tak sempat dah... jadinya saya lebihkan pada brownies. Minta maaf ye Liza...

Terima kasih atas tempahan.

Cream Puff - Yanti @ Putra Perdana

.:: gambar fail ::.

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Khamis - 5.8.2010 oleh Yanti @ Putra Perdana. 1 set - 35pcs cream puff untuk makan-makan. Tergoda ketika tgk gambar di blog kata Yanti. heheheee... terima kasih sudi jenguk2 blog yg tak seberapa ni & terima kasih juga sudi order... :D

Sunday, August 8, 2010

Cc Birthday - Ila @ UPM, Serdang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan Khamis (5.8.2010) oleh Ila @ UPM, Serdang untuk meraikan hari lahir kawannya - Shaz. Ila minta tema kaler putih dan merah. Logo Superman itu pun atas permintaan Ila berserta deko lain2 yang berkaitan dengan orang perempuan.

Kek coklat moist + topping krim cheese + buttercream + fondant


Terima kasih atas tempahannya, Ila.

Tart Nenas, Cream Puff & Eclairs - Kak Lin @ Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 3.8.2010 (Selasa) oleh Kak Lin yang bekerja di Cyberjaya dan tinggal di Putra Perdana. Tak perlu tunggu dekat2 raya pun boleh saje nak tempah tart nenas... tak de masalah kalau dah tekak terasa nak makan. Untuk anak-anaknya, Kak Lin tempah 1 set - 35pcs cream puff dan 1 set - 35pcs eclairs puff.

Terima kasih Kak Lin...

Friday, August 6, 2010

Jem Nenas & Mix Cheese Tat - Lyn @ Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera...

1 kg Jem Nenas dan 1 set - 50pcs - Mix Cheese Tart tempahan daripada Lyn @ Putra Perdana.

Order berulang kali daripada Lyn. Thanks Lyn...

Birthday Cake - Sponge Cake & Coklat Moist & Apam Blossom 3pcs pack - Wani @ Puncak Alam



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 2 biji kek daripada Wani dan 100 paket apam blossom 3pcs siap packing dalam plastik bunga. Apam blossom adalah untuk kenduri cukur jambul anak Wani yang ketiga. Gambar apam blossom terlupa nak snap, jadinya sy gunakan gambar fail. Untuk Wani sebenarnya sy buat plain saja atas permintaannya.

Wani juga tempah 2 biji kek untuk sambutan birthday. 1 biji sponge cake + barbie untuk anak perempuannya. Kalau ikutkan Wani suruh lukis pic Barbie. Tapi tak menyempat pulak dah... itu pun semalaman tak tidur. Start pun dah lambat sebab sebelumnya dah sibuk menyiapkan tempahan lainnya. 1 biji kek lagi adalah kek coklat moist 3D kereta dan sebagainya untuk anak2 kakak ipar Wani. 100 paket apam blossom untuk majlis cukur jambul & naik buai anak kecil Wani yang ke tiga. Alhamdulillah semua tempahan dapat disiapkan on time...


Semoga berpuas hati dan silalah order lagi... :D

Thursday, August 5, 2010

Cupcakes Reunion SMTM - Lyn Debab @ Holiday Villa, Subang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada orang kuat aka organiser our 2nd Reunion SMTM, sekolah & batch saya - Lyn @ debab. 50pcs cc + packaging. Acara diadakan di Holiday Villa, Subang - hari Sabtu jam 1 tghari.

Thanks atas kepercayaan dan peluang bab... :D

Mix Cheese Tart, Cream Puff - Shada @ Jalan Kuching


Salam dan selamat sejahtera...

1 set (50pcs) mix cheese tart & 1 set (35pcs) cream puff tempahan daripada Shada @ Jalan Kuching pada 30.7.2010 - Jumaat (malam). Kasihan saya dengan Shada. Berpusing2 cari rumah. Tapi alhamdulillah kesudahannya sampai jugak. GPS yang digunakan tak boleh trace pulak. Tak update agaknye, kata Shada. Hehehee...

Dalam sms Shada & bfnya pd sy - mujurlah cheese tart & cream puff sedap. Berbaloilah rasanya sesat melarat pergi dan balik. Next time order tunggu kat Tesco aje....

Wednesday, August 4, 2010

Kek Kukus Lapis Asam Manis & Almond Choc Brownies - Kak Rafidah @ Puchong Indah


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 1 biji kek kukus lapis asam manis & 2 biji almond choc brownies daripada Kak Rafidah @ Puchong Indah. Terima kasih kak...

Silalah order lagi, lagi dan lagi ye...

Puding Roti - Liza @ Desa Pandan


Salam dan selamat sejahtera...

2 biji puding roti ( coklat + orange & coklat + strawberi) ditempah oleh Liza @ Desa Pandan. Tapi office suami Liza agak dekat dengan kawasan perumahan saya. Kami berjumpa di Pejabat pos Bandar Bukit Puchong. Minta maaf terlambat sikit sbb kalut nak bawa sekali tempahan orang lain dan buat penghantaran.

I'allah hujung minggu ni kita bekerjasama lagi ye, Liza. Terima kasih :D

Tuesday, August 3, 2010

Choc Chip Muffin, Eclairs & Cream Puff - Kak Ana Malia @ Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Jumaat (30.7.2010). 25pcs choc chip muffin, 1 set (35pcs) eclairs & 1 set (35pcs) cream puff di tempah oleh Kak Ana Malia yang tinggal di Klang (klu tak silap) tapi bekerja di Bangsar . Kami berjumpa di stesen Petronas, Bangsar.

Lebihan pop cake stick tempahan daripada Myra ada lebih, saya berikan pada Kak Ana. Rasa2 kot2lah teringin nak order for next time. Hehehee...

Terima kasih atas tempahan dan sila2lah tempah lagi ye kak...

Monday, August 2, 2010

Pop Cake Stick - Myra @ Wangsa Maju


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 400 stick pop cake ini diterima daripada Myra @ Wangsa Maju melalui seseorang yang bernama Lian. Ada sedikit kekeliruan di awal penempahan tapi alhamdulillah dah settle. Dan saya berharap tiada masalah dengan pop cake tu...


Kakak saudara Myra - Aniey, yang tinggal di USJ yang mengambilkan tempahannya ni. Kami berjumpa di hentian bas berdekatan Masjid Terapung, Putra Perdana.

Sunday, August 1, 2010

Cornflakes Choc & Koko Krunch Choc - Hunny @ Bandar Sunway


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan Ahad minggu lepas yang terlupa nak n3, kan...

Thanks Hunny... saje2 Hunny tempah untuk cemil2an. Kalau sedap nnt dekat2 raya bolehlah tempah lagi ye. Kami berjumpa di Tesco Puchong. Kebetulan saya pun nak cari barang. Tak perlulah Hunny susah2 nak cari rumah...