Sunday, January 31, 2010

Blueberi Cheese Tart - Fauziah @ Sri Sentosa


Salam dan selamat sejahtera...

Fauziah tempah cheese tart ni setelah dengar Nani cakap, sedap. Dua orang ni adalah kawan2 saya di sekolah Boy. Parents kawan2 sekolah Boy...

Actually Fauziah bukanlah peminat cheese tapi rasa sangat teringin bila dengar cerita Nani yang saya berikan beberapa ketul semasa buatkan cheese tart tempahan daripada Hanis @ KLCC. Untuk sekadar merasa, Fauziah tempah 25pcs dulu...

Lebih kurang pukul 6 petang saya terima sms daripada Fauziah....

:: Sedap sangat kueh ni... lain kali bolehlah order lagi... ::

Alhamdulillah... Terima kasih Fauziah dan Nani...

Saturday, January 30, 2010

Cheese Tart, Fruit Tart & Kek Lapis Asam Manis - Rafidah @ Tmn Puchong Intan


Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah... Pagi Selasa saya dapat sms daripada Rafidah @ Taman Puchong Intan bertanya sama ada saya masih menerima tempahan. Sebab dah last minit. Beliau mahukan tempahannya pada hari Khamis. Saya terima kerana sebagai orang baru, saya memang banyak waktu senggang.


Rafidah tempah 50pcs blueberi cheese tart, 50pcs stoberi cheese tart, 36pcs fruit tart dan 1 biji kek kukus asam manis untuk dibawa ke Johor bagi meraikan perkahwinan anak saudaranya. Wahhh jauh berjalan tarts & kek saya.... alhamdulillah!


Semoga Rafidah berpuas hati dengan tempahannya. Dekat saja kite... next time bolehlah tempah lagi ye...

Thursday, January 28, 2010

Cc - Khaty @ Tmn Medan


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan cupcakes daripada Khaty di Taman Medan. Ini merupakan kali ketiga Khaty menempah cupcakes daripada saya. Terima kasih banyak-banyak...



Edible image gambar Barbie tu memang ade 4 keping je. Dari tak digunakan lebih baik saya offerkan pada Khaty. Since Khaty minta saya tuliskan name anak2 buahnye di atas cupcakes tu. Kemudian Khaty minta buatkan kartun Elmo pula untuk anak buah lelakinya - Ahmad Najib. Dan saya pepandai pulak menggatalkan tangan buat bentuk ladybird kat 8 ketul cupcakes tu...


:: dr semalam try to upload pictures into this entry tp tak berjaya... tenet ni mulelah nak buat hal awal2 bulan ni... ::

Tuesday, January 26, 2010

Tarts - Hanis @ KLCC


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan di terima daripada Hanis @ KLCC. Hanis tempah 80pcs cheese tart dan 80pcs fruit tart. Untuk makan2 di office katenye. Kata Hanis lagi office dia memang tiap2 bulan ade buat makan-makan... hish, beshnye cemgitu erk....

A'way thanks a lot ye Hanis. Harap berpuas hati dengan tempahan dan moga next time order lagi...

Thursday, January 21, 2010

CC Bertunang - Ros @ Taman Medan

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan di terima daripada Ros @ Taman Medan untuk pertunangan sepupunya. Tema hitam dan pink. Ros minta buatkan bunga2 dan bentuk love dan tulis 'selamat bertunang' untuk cc yang ditempah.

Terima kasih Ros... moga puas hati dan order2lah lagi ye...

Kepada yang nak order boleh call/sms saya di 017-3113226.

Thursday, January 14, 2010

Spongebob Cake - Intan Suhana, Klang


Salam dan selamat sejahtera...

Kek Spongebob Square Pant - Kartun terkenal ni ditempah oleh Intan Suhana untuk sambutan hari lahir ke 2 tahun anak lelakinya, Asraf hari Sabtu lepas.

Intan Suhana ni bukan orang lain... tapi kawan lame saya juga. Dari zaman bujang2 sampailah sekarang ni. Intan Suhana dah tinggal di Johor, tapi persahabatan kami masih kekal. Alhamdulillah... moga persahabatan ini terus kekal selamanya. InsyaAllah...

Thanks Intan... Malamnya Intan Suhana call beritahu yang keknya sedap. Macam piranha, habis dah keknya. Alhamdulillah, taklah membazir. Dan macam biasalah, kalau sedap lenkali bolehlah tempah lagi ye...

Friday, January 8, 2010

Choc Moist Cake - Lyn, Putra Perdana



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan diterima daripada Lyn @ Putra Perdana pada hari Rabu (6-1-2010).

Terima kasih, Lyn...

Wednesday, January 6, 2010

Perubahan Harga........ Choc Indulgent, Choc Moist & Cheese Tart

Salam dan selamat sejahtera...

Berkuatkuasa daripada 6hb January, 2010, ada perubahan harga pada item2 yang dinyatakan dibawah.

:: Kek Coklat Indulgent ::

Harga akan bermula dari RM55.00

Bulat - Size 9cm
4 segi - Size 7cm x 7cm

:: Kek Coklat Moist ::

Harga bermula dari RM45.00

Bulat - size 8cm
4 segi - size 6cm x 6cm

Harga akan berubah mengikut tema dan permintaan atas hiasan kek.

:: Cheese Tart ::

Filling : Blueberi & Strawberi

50pcs - RM35.00

Harap maklum...

Cheese Tart - Lyn, Putra Perdana


Salam Tahun Baru 2010....

Rasenye belum lambat sangat la erk... Bz dengan macam2 hal. Mood hapdet menghapdet pun jatuh merudum. Ditambah pulak dengan tenet yg kengkadang ok dan selalunye ko ni.... lagilah menyumbang pada tahap kemalasan melampau.

Ok, ini tempahan penutup tahun 2009 daripada Lyn @ Putra Perdana. Dekat je ngan umah baru saya ni. Sebelum ni Lyn pernah order kek lapis asam manis dan tepung readymade Almond London daripada saya. Kali ini Lyn tempah cheese tart pula.
Terima kasih, Lyn...