Saturday, January 30, 2010

Cheese Tart, Fruit Tart & Kek Lapis Asam Manis - Rafidah @ Tmn Puchong Intan


Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah... Pagi Selasa saya dapat sms daripada Rafidah @ Taman Puchong Intan bertanya sama ada saya masih menerima tempahan. Sebab dah last minit. Beliau mahukan tempahannya pada hari Khamis. Saya terima kerana sebagai orang baru, saya memang banyak waktu senggang.


Rafidah tempah 50pcs blueberi cheese tart, 50pcs stoberi cheese tart, 36pcs fruit tart dan 1 biji kek kukus asam manis untuk dibawa ke Johor bagi meraikan perkahwinan anak saudaranya. Wahhh jauh berjalan tarts & kek saya.... alhamdulillah!


Semoga Rafidah berpuas hati dengan tempahannya. Dekat saja kite... next time bolehlah tempah lagi ye...

No comments: