Wednesday, June 30, 2010

Choc Moist Cake - Ros @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan mendadak daripada Ros @ Shah Alam pada hari Isnin (28.6.2010). Call menjelang tengahari, nak keknya lewat petang. Saya terima tempahan Ros kerana saya fikir2kan saya memang free. Tak apalah terkejar2 sikit.

Hampir pukul 7 malam, kawan Ros datang terus ke rumah saya untuk mengambil kek tempahannya. Kawan Ros ni tinggal di Puchong Intan, makanya dia tahulah agaknye ceruk rantau sekitar Puchong ni. Sebabnya tetiba saja dia call kate dah sampai ada depan pintu rumah saya. Hehehee...

Terima kasih kepada Ros yang sudi menempah. Segala kekurangan, saya minta maaf dan halalkan.

No comments: