Saturday, June 5, 2010

Bajet Cupcakes - Ira, Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah, rezeki... walaupun inilah yang membuatkan saya busy sepanjang minggu ini... tempahan 1000pcs bajet cc daripada Ira @ Shah Alam. Tempahan kali kedua daripada beliau. Terima kasih diucapkan kerana memberi peluang sekaligus membuka pintu rezeki untuk saya.

Menurut Ira melalui smsnya setelah cc ini diserahkan kepada adiknya, Izi, tempahan cc ini dibuat on behalf kawannya. Dan menurut kata Izi, cc itu akan dibawa balik ke kampung di Johor (kalau tak silap) esok. Kami bertemu di Giant, Seksyen 13 berdekatan dengan Stadium Shah Alam. Maaf kepada Izi kerana saya terlewat sampai...

Saiz cawan kertas : 8"
Kek : Coklat Moist
Topping : Butterkrim
Harga : RM1.00 seketul siap diletakkan di dalam kontainer (seperti dlm gambar)


Amat sesuai untuk dijadikan buah tangan bagi sebarang majlis (pertunangan, khatan, perkahwinan dan lain-lain...)

No comments: