Wednesday, June 30, 2010

Cream Puff - Syara Izad @ Tesco, Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 2 set (70pcs) cream puff dengan permintaan bekas berasingan - 30pcs, 20pcs & 20pcs oleh Syara Izad dan filing kastad/coklat samarata di setiap bekas. Pertemuan kami di Tesco, Puchong pada Isnin - 28.6.2010 pukul 11pg.

Alkisahnya saya terlupa nak save no hp Syara Izad dalam hp saya. Menggelabah juga dibuatnya. Tunggu 5 minit & dapat idea hubungi suami saya. Minta dia masuk dalam email saya dan cari pengirim email bernama 'Syara Izad'. While saya bercakap dengan suami melalui hp, saya nampak sebuah kereta MyVi berhenti di belakang kereta saya. Hati saya terus berdetik mengatakan, kemungkinan besar, itulah orang yang saya tunggu. Saya terus matikan talian dan keluar dari kereta. Sah, memang betul... alhamdulillah...

Kalau tak silap, Syara tinggal di Cheras. Oleh itu beliau memanglah tak berapa familiar dengan area Puchong. Tu yang lambat sikit beliau sampai. Lambat sikit aje pun... Dan beliau pun ada cuba menghubungi saya sebaik sampai di depan Tesco tapi talian tidak dapat dihubungi. Mane nak dapat talian kalau saya sedang bercakap dengan suami saya, kan... heheheee...

Syara Izad ni ada blog jualan juga. Nak tengok apa yang dijual online oleh beliau, anda boleh KLIK SINI.

No comments: