Saturday, March 13, 2010

Cheese Tart - Lyn, Cyberjaya


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan semalam (12.03.2010-Jumaat) daripada Lyn yang tinggal di Putra Perdana tapi bekerja di Cyberjaya. Selalu kalau nak ke tempat kerjanya, memang dia akan melalui jalan besar dekat rumah saya ni...

Masa Lyn sampai, betul2 loyang saya baru keluar dari oven. Aduiii kalutlah kalau buat kerja, orang tengah menunggu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Minta maaf banyak2 pada Lyn sebab terpaksa menunggu dengan keadaan rumah yang wallah tu... heheheee jangan serik ye...

Begitu juga lepas Lyn, order daripada seseorang yang tidak berkesempatan saya nak bertanyakan namenya. Dari petang kelmarin (Khamis), beliau menghubungi saya melalui telefon. Kata nak order tart secepat mungkin. Saya kata kalau esoknya, bolehlah. Kebetulan shell tart pun ade lebih 50pcs. Bolehlah...

Kami berjanji nak jumpe di Petronas tepi LDP. Lebih 1/2 jam juga menunggu. Kasihan dia tersangkut jem di Kinrara daripada Bukit Jalil. Dah dapat tartnye terkocoh2 pula nak balik ke Shah Alam. Alahai, harap2 lepas ni tak seriklah nak order lagi...

Tak sampai beberapa minit melepaskan tart ke tangannya, dapat sms daripada pengorder tu, "sedap kak, tq"... alhamdulillah...

No comments: