Sunday, April 18, 2010

Cheese Tart - Syafiqah Ojek


Salam dan selamat sejahtera...

Antara Puchong dengan Shah Alam tidaklah jauh sangat. Alhamdulillah saya dah semakin tahu selok-belok jalan2 di sini sambil mata memang tak lekang membaca dan mencari signboard tepi2 jalan. Dan actually takde sangkut paut pasal jalan dengan tempahan daripada Syafiqah Ojek pada hari yang sama saya menyiap dan menghantarkan tempahan untuk Nora Mokhtar (rujuk n3 sebelumnya).

Tapi ianya terpaksa juga disangkut pautkan bila dalam perjalanan balik dari Shah Alam setelah menghantar tempahan daripada Nora Mokhtar, saya tersangkut dalam kesesakkan hingga tidak bergerak langsung hampir 2 jam!!! Ianya berdekatan dengan tanah perkuburan seksyen 23, susur masuk ke Putra Heights dan USJ. Mula2 ingatkan ada kemalangan. Tapi bila masa terus berlalu, saya pun naik fed up apa lagi mengenangkan saya ni nak balik cepat. Tempahan daripada Syafika perlu disiapkan dan hendak dibawa bersama semasa menghantar anak2 ke sekolah nanti. Mujur jugalah hari Jumaat, jadinya anak2 masuk sekolah lambat sikit daripada hari-hari biasa.

Pemandu2 lain ada yang keluar dari kereta. Meninjau2 jauh ke hadapan, apa yang terjadi. Driver2 lori pula siap panjat atas lori sebab nak tengok dengan lebih jelas apa yang dah terjadi kat depan sane. Nasib baiklah stok minyak kereta saya ok... klu tak... maulah saya matikan enjin dan berpanas pula kat tengah jalan raya tu. Tapi kesianlah dengan anak2...

At last masa dia orang suruh buat u-turn dan masuk susur tanah perkuburan Islam USJ 23 (tempat arwah mak), barulah bergerak. Melepasi jambatan dan mendekati tol, jalan dah okey. Saya pun tak tahu ape halnye yang membuatkan 'melekat' tadinya. Aku agak2 ade kemalangan kat atas jambatan, atas jalanraya ada kaca pecah dan berterabur.

Ahhh, biarlah. Yang penting saya dapat sampai rumah. Dan walaupun dalam keadaan kelam-kabut, saya dapat juga siapkan tempahan dari 2 minggu lepas lagi oleh Syafika untuk bakal mak mertuanya di Sri Sentosa.

Terima kasih kepada Syafika. Terima kasih juga kepada bfnya yang memberikan penerangan terpeinci macam mana nak ke rumah tu tadi. Agak payah juga mencari sebab blok rumahnya takde nombor. Sebenarnya depan mata aje... huhuhuuuu!!!

No comments: