Wednesday, February 10, 2010

Tart Buah2an Cocktail - Ayu @ Taman Medan

Salam dan selamat sejahtera...

Terima kasih Ayu kerana membuat tempahan tart buah2an cocktail ni. Ayu tempah 50 pcs tart buah2an cocktail ni untuk bawa ke rumah kawannya sebagai buah tangan.

Ayu adalah anak Kak Ham yang tinggal 1 blok semasa saya tinggal di Blok N, Taman Medan. Kak Ham ni selalu tolong saya jagakan Mierza kalau saya ada hal. Kalau saya tak ada hal pun, Kak Ham rajin ambil Mierza bawa ke rumah dia. Tapi sekarang ni saya dah pindah dari Blok N, ke mana pergi pun kena juga angkut Mierza. Kenalah tanggung kelasakkan anakanda tu... adush!!

No comments: