Monday, November 2, 2009

Ucapan Alu-Aluan...

Salam dan Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah...

Selamat datang ke halaman baru saya. Di halaman ini, sini saya khaskan entry2 tempahan yang saya terima. Juga tempahan2 yang bakal saya terima nanti, InsyaAllah... Halaman yang lagi satu tu (fizanordin) akan tetap berjalan seperti biasa. Tetapi halaman itu akan saya khususkan untuk masakan biasa dan cerita kehidupan saya sehari2.

Sebagai permulaan, saya letakkan gambar makanan untuk tempahan2 yang pernah saya terima dan makanan yang saya buat untuk makan2 sendiri (cuba-cuba resipi). Begitu juga saya sertakan senarai harga untuk rujukan anda juga rujukan saya sendiri.

Semoga halaman ini mendapat berkat dariNYA. Dan semoga mendapat sambutan di kalangan kawan2 lama dan baru. Kepada yang hendak membuat tempahan, jangan segan dan silu. Berhubunglah dengan saya, ok...

Seperti yang anda sedia maklum (dari blog fizanordin), sebagai pembukaan halaman ini, 2 orang pertama yang meninggalkan jejak di shoutmix akan menerima cenderahati daripada saya.

Tetapi ada syaratnya ye... syaratnya adalah seperti berikut :-

1) Sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia.

2) Untuk mereka yang tinggal di luar negara, bila pulang ke tanah air nanti baru saya hantarkan cenderahati tu ye... yang penting alamatnya di dalam Malaysia.

2) Cenderahati adalah berbentuk makanan dan terpulang kepada saya nak bagi makanan apa.

Rasanya itu saja. Kalau ada masalah berbangkit, akan saya editkan kemudian.

Sooooo...enjoy viewing!

No comments: