Friday, October 22, 2010

Puding Roti Marble & Cream Puff - Mel @ Shah Alam



Salam dan selamat sejahtera...

1 bekas puding roti marble dan 1 set cream puff tempahan Mel @ Shah Alam. Meet point @ Giant Seksyen 13 depan showroom perodua & proton.

Thanks atas tempahan dan maaf sebab terpaksa cepatkan time jumpa.

Thursday, October 21, 2010

Eclairs Puff & Apam Blossom - Fazlyna @ Cheras


Salam dan selamat sejahtera...

1 set (50pcs) apam blossom dan 1 set (35pcs) eclairs puff untuk Fazlyna @ Cheras bagi meraikan birthday anakandanya.

Thanks atas tempahan. Fazlyna datang sendiri ke rumah saya @ Tmn Desaria (Tmn Medan) mengambil tempahannya.

Mix Cheese Tart - ??? @ Bandar Kinrara


Salam dan selamat sejahtera...

1 set mix cheese tart tempahan seseorang yang tidak ku tahu namanya. Masa jumpa tu pun terlupa pulak nak tanye namanye... maaf sangat2... dan terima kasih atas tempahan.

Wednesday, October 20, 2010

Coowey Goowey Brownies, Choc Cheese Brownies, Popia Goreng & Apam Blossom - Wanie Nur @ Puchong Prima




Salam dan selamat sejahtera...

1 loyang Coowey Goowey Brownies bersama edible image anak2 dan 1 loyang Choc Cheese Brownies untuk birthday atok dan opah. Juga Wanie Nur order 50pcs popia goreng dan 100pcs apam blossom. Tapi disebabkan apam blossom tu tak cukup 100pcs, sy lebihkan popia goreng sebagai ganti.

Thanks Wanie dan semoga Wanie berpuas hati.


Coowey Goowey Brownies wif edible image

Choc Cheese Brownies...


Cupcakes Aneka Design - Cikgu Siti @ Assunta 2, PJ




Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan mendadak daripada Cikgu Siti @ Sekolah Rendah Assunta 2, Petaling Jaya - 40pcs cupcakes berbeza design. A'way terima kasih atas tempahan cikgu...

Tuesday, October 19, 2010

Cocktail Fruit Tart & Puding Roti Marble - Kak Ana Malia @ Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

100pcs (2 set) cocktail fruit tart dan 1 bekas puding roti marble tempahan Kak Ana Malia @ Bangsar.
Meet point @ stesen minyak petronas, Jalan Bangsar.

Terima kasih atas tempahan kak Ana... :D


Choc Moist Cake wif Strawberries & Snickers - Noorul Izzah @ Putra Heights


Salam dan selamat sejahtera...

Kek Coklat Moist wif strawberi dan snickers tempahan daripada Noorul Izzah untuk meraikan birthday ibunya. Saya tak berpuas hati dengan buah strawberi tu, jadinya sy selitkan snickers bersama. Semoga Noorul Izzah ok...

Alhamdulillah terima email daripada Noorul Izzah mengatakan kepuasan hatinya dengan kek yang ditempah. Thanks Noorul Izzah :D


Monday, October 18, 2010

Mix Cheese Tart - Lily @ SUK, Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

50pcs (1 set) mix cheese tart tempahan Lily @ SUK, Shah Alam.
Delivery ke sane...


Thanks Lily...

Blueberi & Plain Cheese Tart - Kak Arah @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 1 set (50pcs) cheese tart. 25pcs darinya filling bberi dan 25pcs lagi plain saje. Request daripada Kak Arah sendiri sebab anaknya tak suka yang ada filling.

Meet point di Sekolah Rendah La Salle, Jalan Gasing. Anak Kak Arah pun bersekolah di situ...

Thanks atas tempahan kak :D

Sunday, October 17, 2010

PROMOSI - Coklat Praline - Rose

~ STICKY MOOD ENTRY ~

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Homemade Coklat (Praline) In Golden Box

> 2 pcs = RM1.50
>
3 pcs = RM1.70
>
4 pcs = RM2.00


*promosi untuk 1 bentuk saja - rose.

* pilihan untuk plain @ campuran white choc
*min tempahan adalah 150 bekas dan ke atas
.
*tempahan mestilah disertakan dengan sekurang2nya 50% dari jumlah harga tempahan.
*anda boleh menempah secepat mungkin tidak kira bila pun majlis anda itu bakal diadakan. *promosi akan berakhir sehingga diberitahu kelak.

Saturday, October 16, 2010

Apam Blossom - ??? @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 200pcs daripada seseorang yang saya terlupa nak tanya namanya. Maaf sangat2. Actually beliau menempah melalui adik kawan sekolah saya dulu - Sarina. Gambar apamnya pun saya terlupa nak snap sbb beliau punya gandingan pink & putih saje semuanya untuk 200pcs tu. Gambar di atas tu sekadar hiasan sajelah ye...

Terima kasih sudi menempah. Semoga puas hati dan menempah lagi kemudian hari nanti.

Friday, October 15, 2010

Spongebob Cake - Sara @ Shah Alam

actually pic ni tak furnish habis lagi... bulu mata & kolar baju tak buat lagi... tak sabo sangat nak snap pics... heheheee...


Salam dan selamat sejahtera...


Kek birthday 1 tahun untuk Aidan - Spongebob. Ditempah oleh si ibu, Sara. Terima kasih Sara...
Berat kek ni... terlupa nak timbang. Terkejut jugak Sara masa saya hand over the cake.


Kek coklat moist + butterkrim + filling blueberi. Kek yang besar - 13 x 13 inc. Sara juga request 1 biji kek untuk makan2 sendiri. Nak muka spongebob aje....

Apam Blossom - Faizah @ Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

150pcs apam blossom tempahan Faizah @ Puchong. Actually Faizah dan suaminya ni orang Taman Medan tapi dah berpindah ke Puchong. Dan suaminya ni satu sekolah dengan saya dulu. Faizah add saya di facebook.

Terima kasih kerana sudi menempah.

Thursday, October 14, 2010

Cream Puff & Eclairs Puff - Sofrina @ Selayang


Salam dan selamat sejahtera...

1 set cream puff & 1 set eclairs puff tempahan Sofrina & Selayang. Suaminya yang agak familiar dengan kawasan Taman Medan ni yang datang ambil di rumah saya.

Terima kasih sudi menempah...

Apam Blossom, Cream Puff & Choc Almond Brownies - Rosmaniza @ Tmn Medan



Salam dan selamat sejahtera...

200pcs apam blossom, 200pcs cream puff dan 1 loyang choc almond brownies tempahan rakan sekolah untuk majlis rumah terbuka di rumahnya.

Terima kasih sudi menempah Ijah... Maaf sangat2 tak dapat menghadirkan diri. Penat sangat + en hb pun tak sihat. Tak sampai hatilah nak tinggalkan dia di rumah.. a'way thanks juga menjemput.


Wednesday, October 13, 2010

Cheese Tart - Siti Hawa @ Cheras


Salam dan selamat sejahtera...

1 set (50pcs) cheese tart (mix cheese tart - stoberi & bberi) & 1 set (50pcs) choc cheese tart. Siti Hawa datang ambil sendiri di rumah saya.

Thanks Siti Hawa & maaf membuatkan Siti Hawa menunggu.

Apam Blossom - Liza @ Taman Puchong Indah


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan apam blossom daripada Liza lagi... alhamdulillah dan terima kasih, Liza. Kali ini Liza tempah 200pcs apam blossom untuk kenduri di rumahnya.

Gambar adalah rangkuman kotak2 tempahan lain yang duduk posing bersama apam blossom milik Liza. Actually yang Liza punya bukan corak dot-dot. Corak biasa saja. Wish daripada Liza sendiri, tak mau yg dot-dot sbb buat kenduri doa selamat, kan.... Kenalah corak yg sesuai dgn majlis.

Tuesday, October 12, 2010

Cream Puff & Choc Almond Brownies - Syahima @ Tmn Puncak Jalil



Salam dan selamat sejahtera...

3 set (105pcs) cream puff dan 2 loyang choc almond brownies tempahan daripada Syahima @ Tmn Puncak Jalil. Penghantaran terus ke rumahnya. Hadoi, jauhnye... atau sebab itu pertama kali ke kawasan itu membuatkan perjalanan terasa amat jauh.... wallahhualam... Mujur jugalah tak tersesat larat. Cuma pusing2 juga beberapa kali mencari lorong rumahnya tu...


A'way thanks menempah dengan saya, Syahima. Moga berpuas hati.

Talam Cendol & Serimuka - Wan Hamidah @ Tmn Medan Pejasa



Salam dan selamat sejahtera...

1 loyang talam cendol dan serimuka tempahan rakan sekolah dulu. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, hubungan terus terjalin. Dengan adanya alam cyber ini, hubungan yang terputus (lost contact) kembali terjalin.


Wan tempah untuk majlis makan2 di officenya. Thanks Wan... moga puas hati ye...


Monday, October 11, 2010

Apam Blossom - Sarina @ Tmn Indah Jaya


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 1 set (50pcs) daripada rakan bekas sekolah dulu untuk adiknya yang menyambut hari lahir. Kata Sarina, adiknya ni suka makan apam blossom ni.

Terima kasih, Sarina.. dah dekat ni, datang ambil sendiri sajelah ke rumah.

Apam Blossom - Hanisah @ Kelana Jaya


Salam dan selamat sejahtera...

200pcs apam blossom corak dot-dot tempahan daripada Hanisah @ Kelana Jaya. Meet point depan Kastam, Kelana Jaya.

Thanks atas tempahan. SMS daripada Hanisah - "... sume puji apam 2 sedap..."
Alhamdulillah!

Saturday, October 9, 2010

Tart Shell - Zura @ INTAN, Petaling Jaya

Salam dan selamat sejahtera...

150pcs tart shell tempahan Zura @ INTAN sekali lagi. Kali ni tempah untuk bawa ke rumah kakaknya di Serdang bagi majlis cukur jambul.

Terima kasih banyak2 Zura....

Mix Cheese Tart & Cream Puff - Siti @ Berita Harian



Salam dan selamat sejahtera...

1 set (50pcs) strawberi cheese tart, 1 set (50pcs) blueberi cheese tart dan 3 set (105pcs + extra) cream puff fillin kastad.

Siti terus datang ke rumah mengambil tempahannya. Alhamdulillah beliau tak sesat. Agak familiar dengan sekitar Bukit Puchong.

Friday, October 8, 2010

Mini Cupcakes & Mix Cheese Tart - Kak Rafidah @ Puchong Intan




Salam dan selamat sejahtera...

100pcs mini cupcakes size 7.5cm (50pcs coklat kek + choc ganache & 50pcs vanila kek + butterkrim) & 100pcs mix cheese tart.

Terima kasih kak...

Kak Rafidah dah banyak kali order daripada saya... alhamdulillah dan terima kasih banyak2... tapi dah banyak kali tu belum pernah saya bersua muka dengan beliau. Kali ni dipertemukan dan Kak Rafidah beri saya pewangi ni... alahai, terima kasih ya kak... tak ketinggalan Kak Rafidah juga berikan 3 bungkus goodies untuk anak2 saya. Terima kasih sekali lagi ye kak...

Apam Blossom & Cream Puff - Nini @ Puchong Utama 9



Salam dan selamat sejahtera...

3 set (105pcs) cream puff dan 1 set (50pcs) apam blossom tempahan Nini untuk jamuan di pejabatnya @ Puchong Utama 9. Terus hantar ke pejabat Nini sebab masa tu masih tinggal di Bukit Puchong.

Terima kasih atas tempahan :D

Thursday, October 7, 2010

Apam Blossom - Zila @ Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Salam dan selamat sejahtera...

100pcs (2 set) apam blossom tempahan Zila @ Muzium Negara. Hantar terus ke Muzium seperti biasa... thanks Zila & maaf ye tak dapat ikut warna pilihan Zila & kawan tu....

Apa2 pun moga berpuas hati dengan hasil dan rasanya...