Showing posts with label Misc. Show all posts
Showing posts with label Misc. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Al-Fatihah Ayah Mertuaku...

Salam petang Jumaat kepada semua....

Al-Fatihah atas pemergian ke rahmatullah ayah mertuaku...

Daud Binti Wok

pada tanggal

20.1.2011 bersamaan hari Khamis
jam 7.10minit malam.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan soleh...

Amin...

* jutaan maaf sy pohon kepada beberapa pelanggan yang terpaksa sy batalkan tempahannya. Harap dapat berkerjasama di lain waktu... Insya Allah...

Wednesday, February 3, 2010

Canon MV960


Salam dan selamat sejahtera...

Canon MV960 ni aku berniat nak let go / jual. Kepada yang berminat / sebarang pertanyaan mengenainya boleh hubungi aku melalui email @ sofie2_za@yahoo.com atau terus hubungi aku @ 017-3113226. Harga boleh dirunding, ok...

Keadaannya masih bagus. Aku nak let go bukan kerana dia dah kureng bagus ke hape, tapi sebab aku nak 'tangkap' yang lain & baru. Hehehe... Kalau tak percaya boleh tengok gambar2 dalam blog aku ni, boleh dikatekan semua gambar disnap menggunakan video cam aka camera ini.

Monday, November 2, 2009

2 Orang Itu...


Salam...

Seperti yang telah dijanjikan... Dua orang pertama yang telah berjaya meninggalkan komen mereka di shoutmix akan menerima hadiah daripada saya. InsyaAllah akan saya tunaikan dalam masa terdekat.

Mereka yang bertuah di pagi Isnin ini adalah...

Zie Fauzi

&

Tuya


Terima kasih kepada keduanya. Nanti minta berhubung dengan saya @ email sofie2_za@yahoo.com atau sms/call saya @ 017-3113 226 untuk beritahu saya alamat korang bagi pengurusan hadiah. Kalau dekat2 tu saya hantar by hand aje ye... boleh gather2 sekali. Hehehee...

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada mereka yang lain-lain kerana sudi datang menjengah ke sini. Ucapan itu akan saya abadikan dalam hati saya. Dan semoga doa2 iringan itu diredhai olehNYA... amin...


Ucapan Alu-Aluan...

Salam dan Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah...

Selamat datang ke halaman baru saya. Di halaman ini, sini saya khaskan entry2 tempahan yang saya terima. Juga tempahan2 yang bakal saya terima nanti, InsyaAllah... Halaman yang lagi satu tu (fizanordin) akan tetap berjalan seperti biasa. Tetapi halaman itu akan saya khususkan untuk masakan biasa dan cerita kehidupan saya sehari2.

Sebagai permulaan, saya letakkan gambar makanan untuk tempahan2 yang pernah saya terima dan makanan yang saya buat untuk makan2 sendiri (cuba-cuba resipi). Begitu juga saya sertakan senarai harga untuk rujukan anda juga rujukan saya sendiri.

Semoga halaman ini mendapat berkat dariNYA. Dan semoga mendapat sambutan di kalangan kawan2 lama dan baru. Kepada yang hendak membuat tempahan, jangan segan dan silu. Berhubunglah dengan saya, ok...

Seperti yang anda sedia maklum (dari blog fizanordin), sebagai pembukaan halaman ini, 2 orang pertama yang meninggalkan jejak di shoutmix akan menerima cenderahati daripada saya.

Tetapi ada syaratnya ye... syaratnya adalah seperti berikut :-

1) Sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia.

2) Untuk mereka yang tinggal di luar negara, bila pulang ke tanah air nanti baru saya hantarkan cenderahati tu ye... yang penting alamatnya di dalam Malaysia.

2) Cenderahati adalah berbentuk makanan dan terpulang kepada saya nak bagi makanan apa.

Rasanya itu saja. Kalau ada masalah berbangkit, akan saya editkan kemudian.

Sooooo...enjoy viewing!