Wednesday, July 28, 2010

Kek Lapis Coklat Vanilla - Rizal @ IOI Mall, Puchong



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada rakan sepejabat hubby untuk reunion yang diadakan di IOI Mall, Puchong pada hari Ahad (25.7.2010). Terima kasih Rizal.

Saya rasa teruji untuk menyiapkan kek ni. Dari proses membaking tiada masalah, alhamdulillah. Tapi bila dah sampai bab nak membahagikan kek, melepa dengan butterkrim dan seterusnya membuatkan saya sedikit stress. Mungkin juga kerana saya tidak cukup tidur dan rehat demi menyiapkan tempahan yang sebelum2nya.

Kek di dalamnya dilapis dengan 2 jenis kek - coklat moist 3 layer dan vanila sponge cake 3 layer - berselang-seli. Menjadikan kek tinggi dan berat. Size kek adalah 13 x 13 inc.

Tuesday, July 27, 2010

Apam Blossom, Cream Puff, Eclairs & Choc Cheese Tart - Nurul @ Kinrara



Salam dan selamat sejahtera...

1 set - 35pcs cream puff, 2 set - 70pcs eclairs, 1 set - 50pcs apam blossom dan 1 set - 50pcs - choc cheese tart tempahan daripada Nurul @ Kinrara pada hari Sabtu 24.7.2010. Terima kasih atas tempahan.

Ni kali ketiga Nurul hendak menempah daripada saya dan barulah terlaksana. Pertama kali cancel daripada Nurul. Kali kedua yang terpaksa cancel last minit sebab time kami tak match. Alhamdulillah yang ketiga ni barulah...

Nurul baru saja lepas pantang (ke, penghujung???) sebab suaminya kata Baby baru 2 bulan. Babynya tu, walaupun saya tgk dari cermin kereta saja tapi nampak semangat sungguh.


Selamat menimang cahaya mata Nurul dan suami... :D

Talam Suji & Seri Muka - Kak Nor @ Bandar Aman Putra, Puchong



Salam dan selamat sejahtera...

2 loyang kuih talam tempahan daripada Kak Nor @ Bandar Aman Putra pada hari Sabtu (24.72010). Taman perumahan yang boleh dikatakan dekat jugalah dengan taman perumahan saya. Kak Nor tempah untuk dibawa ke rumah adiknya bagi majlis pertunangan anak buah Kak Nor.

Terima kasih atas tempahan. Moga berpuas hati. Lama dah tak buat kuih talam. Celaru jugak kepala heheheee. Tapi permukaan talam suji tu buruk banyak (maaf ye Kak Nor...). Tertuang bancuhan coklat kuat sangat membuatkan kanji suji ternaik ke atas....

Aneka talam dibuka untuk tempahan :

10 x 10 inc - RM24

tambahan RM5
Kuih Talam yang memerlukan lapis2 (cth: talam lapis merah putih, pelangi, lapis suji dsb...)


Monday, July 26, 2010

Almond Choc Brownies, Cream Puff & Eclairs - Ila @ Kompleks Kerajaan, Jalan Duta


Salam dan selamat sejahtera...

1 loyang brownies, 1 set - 35pcs Cream Puff, 1 set - 35pcs Eclairs tempahan daripada Ila @ Kompleks Kerajaan, Jalan Duta pada hari Jumaat (23.7.2010) yang lalu.

Ini merupakan tempahan kali kedua daripada Ila. First sebelumnya Ila tempah kek coklat moist untuk sambutan birthday suaminya. Thanks Ila :D

Blueberi Cheese Brownies & Kek Kukus Lapis Prune - Ija @ Shah Alam


Blueberi Cheese Brownies - RM45 - 10x10 inc

4 lapis prune dan 1 biji lagi dah siap dipotong empat. Tiada dalam gambar...

Salam dan selamat sejahtera...

5 biji kek kukus lapis prune dan blueberi cheese brownies tempahan daripada Ija @ Shah Alam. Terima kasih atas tempahannya Ija. Terima sms daripada Ija mengatakan kepuasan hatinya dengan tempahan. Alhamdulillah... next time bolehlah menempah lagi kalau ada apa-apa keraian untuk disambut.

Ija tempah untuk makan-makan kenduri di kampung suaminya. Senang sangat berurusan dengan Ija... alhamdulillah. Meet point kami di kawasan letak kereta berdekatan Plaza Masalam.

Sunday, July 25, 2010

Jem Nenas Untuk Jualan


Salam dan selamat sejahtera semua...

Kepada yang berminat nak beli jem nenas untuk buat kuih tart sendiri untuk lebaran yang bakal datang ni, bolehlah beli jem nenas ni daripada saya.

1 kilo - RM12
(tidak termasuk kos penghantaran - jika perlu)

InsyaAllah sedap... terasa kenenasannya (ade ke perkataan ni??? belasah ajelah asalkan u alls faham ye... heheheee...) berkualiti dan yang paling penting halal...

Actually bukan saya yang buat jem nenas ni... tapi kakak saya yang duduk di Bagan Dato', Perak. Kalau nak terus berurusan dengan beliau, bolehlah terus menghubungi beliau melalui talian 017-223 9561 (Lina). Untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan sebagainya, boleh hubungi/sms saya di talian 017-3113 226 (Fiza) @ email sofie2_za@yahoo.com

Saturday, July 24, 2010

Cornflakes Choc & Koko Krunch Choc - Kak Hanie, Bandar Bukit Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Rabu (21.7.2010) oleh Kak Hanie @ Bandar Bukit Puchong. Tak jauh dr rumah saya. Kalau dari kawasan rumah Kak Hanie ni, boleh nampak jelas rumah saya. Tapi bila dah ikut jalan raya, terasa pulak jauhnya.

Ini merupakan kali kedua Kak Hanie order daripada saya. Tapi belum sempat bersua muka. Selalu berurusan dengan emak Kak Hanie yang ramah tu aje.

Terima kasih atas tempahan.


Mix Cheese Tart - Aisyah @ Shin Etsu, Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Sekalian order daripada Kak Ima (n3 bawah) oleh Aisyah. Satu tempat kerja. Tengok gambar dalam blog ni membuatkan dia teringin nak rasa cheese tart saya. Semoga tidak menghampakan dan terima kasih.

Friday, July 23, 2010

Mix Cheese Tart, Puding Roti & Almond Choc Brownies - Kak Ima @ Shin Etsu, Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Sebenarnya Kak Ima dah nak order dari 2 minggu lepas lagi. Tapi last minit terpaksa aku batalkan tempahannya bila dapat call dari kampung yang mengatakan fil sakit dan dimasukkan ke hospital. Memang minta maaf banyak...

Tup-tup Kak Ima call semula dan nak buat tempahan balik. Dan kali ni ada tambahan dan pertukaran tempahan daripada yg pertama tu. Kak Ima tempah 1 set mix cheese tat - 50pcs, puding roti marble - 1 adunan dan minimum brownies in gold case.

Actually minimum brownies in gold case tu 30 bekas tapi aku dah salah potong. Jadinya dapatlah 25 bekas je... sowy selori ye Kak Ima... tapi yang penting tak charge lebih. Heheheee... kasik diskaun lagi tu..

Thanks order dan semoga berpuas hati. Jemput2lah order lagik ye...

Mix Cheese Tart - Kak Izan @ Klang


Salam dan selamat sejahtera...

Kalut, kalut... minta maaf sangat2 pada Kak Izan @ Klang yang menempah 1 set - 50pcs mix cheese tart ni. Lama beliau menunggu. Alkisahnya, tengah2 siap nak keluar untuk p hantarkan tempahan Fara & Kak Izan ni, dapat pula call dari kampung suruh balik. Sebenarnya ikut plan, kami memang nak balik kampung minggu ni tapi hari Ahadnya (esoknya). Sebab jarak kampung taklah begitu jauh (Puchong - Tanjung Malim/Slim River), kami ingat nak balik hari aje. Tapi sebab dah dapat call tu, masuk balik dalam rumah dan kemas baju2, sumbatkan dalam beg. Main capai saja. Takde pilih melilih dah...


Bila jumpa Kak Izan, sembang2 lebih kurang, tup-tup rupernye Kak Izan ni dekat2 pula kampungnya dengan kampung en hb saya. Hehehe...

Moga Kak Izan puas hati dengan tempahan dan tak serik2lah order lain kali.

Thursday, July 22, 2010

Fresh Fruit Tart & Cream Puff - Farah @ Bandar Nusaputra, Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan orang dekat :D. Terima kasih Farah @ Bandar Nusaputra, Puchong. Agak dekat jugaklah dengan rumah saya ni...


Dek kerana nak masuk rumah Farah ni kena ambil pas segala kat pondok pengawal, saya minta Fara tunggu @ kami berjumpa kat depan guard house aje... Moga tidak menyusahkan Fara dengan anak kecilnya yang comel tu yea...

Farah tempat 1 set - 36pcs fresh fruit tart dan 1 set - 35pcs cream puff filling kastad.

Cream Puff - Syira @ UIA, Petaling Jaya

.: gambar fail, lupe nak snap pic :.

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan Jumaat (16.7.2010) juga. Tempahan 1 set cream puff filling kastad daripada Syira, pelajar UIA Petaling Jaya.


Terima kasih atas tempahannya, Syira.

Wednesday, July 21, 2010

Choc Chip Muffin - Zetty @ Kajang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan minggu lepas - Jumaat (16.7.2010) oleh Zetty @ Kajang. Cantik manis orangnya. Lembut tutur katanya. Terima kasih sudi menempah dari saya.

Tempahan 150pcs choc chip muffin dan dipack kan dalam plastik corak bunga sebiji/sebiji untuk majlis pertunangannya pada hari Sabtu (17.7.2010). Selamat bertunang. Moga ikatan suci termetrai hingga ke jinjang pelamin hendaknya. Meet point kami di Pasaraya Giant, Bandar Puteri Puchong.

Align Center.: terlupa nak snap pic semua muffin tu. tapi inilah rupenye...huhuuu posing sengsoranglah... :.

Tuesday, July 20, 2010

Mix Cheese Tat -Jaa Azlina @ Temerloh, Pahang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan - Jumaat (16.7.2010) daripada Jaa Azlina @ Temerloh. Terima kasih sudi menempah daripada saya. Alhamdulillah dah selamat di pos pada pagi Jumaat lebih kurang pukul 10pg. Semoga ketika n3 ini selamat dipublishkan (auto-publish n3), Jaa sudah pun menikmati cheese tart yang diinginkan.




Belajar dari kesilapan yang lalu. Saya bungkuskan cheese tart berlapik dan dikelilingi air bubble. Dengan penuh harapan, cheese tart itu akan selamat sampai ke tangan orang yang mengorder dalam keadaan baik.

Monday, July 19, 2010

Mix Cheese Tart - Haiza @ NSTP, Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

250pcs mix cheese tart tempahan daripada Kak Haiza @ NSTP, Bangsar. Terima kasih atas tempahannya, kak...

Jenuh jugak nak menggentel kulit tat tu. Tapi alhamdulillah siap jugak. Malam Rabu tu siap 200pcs kulit. Mata memang dah tak boleh bukak. Mengantuk sangat dah... Tidur dulu... pukul 4 pagi bangun dan sambung buat kulitnya. Terus bancuh adunan cheese dan siapkan ape2 yang patut dibuat tu... alhamdulillah selesai tepat pukul 11pg.

Janji dengan Kak Haiza jumpa kat sekolah Boy pukul 12.30tghari. Kalau boleh tu tak naklah buat orang menunggu. Elok2 saya sampai dan sms Kak Haiza, baru saya nak menyandar badan, tengok Kak Haiza keluar dari keretanya yang dipakingkan depan kereta saya. Hehehe...

Sunday, July 18, 2010

Tat Nenas - Kak Ba'yah @ Tmn Desaria


Salam dan selamat sejahtera...

Belum raya lagi dah tempah kuih raya yek... ish, takdelah raye saje baru boleh tempah dan makan, kan...? Kak Ba'yah, jiran lama saya masa tinggal di Tmn Desaria menempah 1 bekas tat nenas sekadar untuk makan2.


Terima kasih kak...

Saturday, July 17, 2010

Choc Tat, Choco De Coco, Cream Puff & Eclairs Puff Coklat - Huda @ CIMB, Wisma O'Connor, PJ


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Rabu (14.7.2010) oleh Huda dan kawannya yang bekerja di Wisma O'Connor, PJ. Terima kasih atas tempahannya, ye Huda & kawannya tu. Sebelum hantar anak2 ke sekolah, saya hantarkan dulu tempahan Huda ni.

Dulu2 masa zaman saya baru lepas sekolah pernahlah bekerja di kawasan sekitar ni, jadinya taklah susah payah menggagau nak cari tempat ni. Cuma mula2 tu tanye jugak dengan Huda di masa bangunan tempat kerjanya ni untuk kepastian. Maklumlah lame dah tu tinggalkan kawasan2 ni...

Terima sms daripada Huda mengatakan kepuasan hatinya dengan tempahan2 itu. Alhamdulillah, kata huda nanti nak order lagi. Dialu2kan Huda. Silakanlah ye...

Friday, July 16, 2010

Mix Cheese Tat - Shima @ Kuala Lipis, Pahang

gambar fail, terlupa nak snap gambar...

Salam dan selamat sejahtera...

Satu lagi tempahan yang memaksa saya menggunakan pos laju. Sebenarnya saya agak keberatan nak menerima tempahan ni sebab saya takut keadaan tat itu apabila sampai ke tangan penempah nanti bagaimana rupanya. Mungkin masih boleh dimakan, tapi pastinya sudah tergolek2.

Tapi melihatkan kesungguhan Shima @ Kuala Lipis, Pahang ini, saya terima jugalah. Shima tempah untuk jamuan di tempatnya belajar. Petang Rabu lebih kurang pukul 4 petang, saya terima sms daripada Shima mengatakan yang dia sudah menerima cheese tatnya itu. Hancur... Adui... itulah yang tak mahu dan keberatan menerima tempahannya. Tapi tak apalah ya Shima. Nanti kalau turun KL, bolehlah call/sms akak dan buat tempahan lain. A'way terima kasih ye dik...

Thursday, July 15, 2010

Coklat - Nisa @ Selekoh, Perak


Salam dan selamat sejahtera...

Terima tempahan 100 pcs coklat daripada Nisa @ Selekoh, Perak. Terima kasih Nisa. Menggunakan pos laju untuk penghantaran ke Perak. Semoga Nisa berpuas hati dengan tempahannya.

Nisa tempah untuk sambutan birthday pada hari Sabtu. Kalau boleh Nisa dan coklat itu sampai ke tangannya sebelum Jumaat, tapi saya risau kalau ada hal lain, jadinya sementara free saya buatkan coklat untuk Nisa dan terus poskan kepadanya. Rasanya semasa n3 ini keluar, coklat itu sudah selamat sampai ke tangannya...

Wednesday, July 14, 2010

MU Ball Cake, Apam Blossom & Cream Puff - Jue @ USJ





Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan mengejut daripada Jue @ USJ. Order hari ni, nak esok. Tapi hari Sabtu & Ahad tu saya free, jadinya bolehlah saya terima tempahan tu dengan senang hatinya.

Kami berjumpa di stesen Minyak BHPetrol, Bt 14, Puchong pada hari Ahad pukul 12.30 tengahari.
Terima kasih atas tempahannya. Tapi saya minta maaf atas apa yang terjadi pada cream puff tu. A'way masalah dah settle. Harap2 Jue tak serik order lagi lain kali dengan saya. Sesungguhnya saya pun hairan, kenapa jadi camtu...

Tuesday, July 13, 2010

Thomas Train Fondant Cake - Kak Noor @ Bandar Nusaputra, Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

My first ever fondant cake... Tempahan daripada Kak Noor @ Bandar Nusaputra, adik pada Kak Tun (n3 bawah). Deal dengan Kak Tun melalui sms. Saya suka juga berurusan dengan Kak Tun. Kali pertama saya buat Barbie Doll Cake pun adalah tempahan daripada Kak Tun untuk adiknya, Kak Rafidah @ Sungai Buluh. Saya anggap ini sebagai cabaran untuk diri saya sendiri sekaligus menguji + pengalaman buat saya. Terima kasih Kak Tun.


Harap lepas ni ade tempahan fondant lagi... hehehee...

Monday, July 12, 2010

FIFA 2010 Ball Cake - Kak Tun @ Sentul / Bandar Nusaputra, Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

Terima tempahan daripada Kak Tun @ Sentul pada Jumaat - 9.7.2010. Tapi kek ni diambil oleh adik Kak Tun, Kak Noor yang tinggal di Bandar Nusaputra, Puchong. Dekat dengan rumah saya...

Terima kasih atas tempahannya, Kak Tun. Moga berpuas hati dan terus order dari saya...

Sunday, July 11, 2010

Birthday & Anniversary Cake - Kak Zie @ Tingkat 2, Pangsapuri Angsana


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan jiran dekat rumah untuk sambutan birthdaynya dan ulangtahun perkahwinan ke 7 beliau dan suami. Terima kasih Kak Zie...

Kek ni nak dibawa ke Port Dickson hari Jumaat - 9.7.2010, untuk diraikan bersama adik-beradik dan anak2 buah beliau di sana. Selamat bergembira dan menjamu selera.


Percubaan kali kedua buat teknik steam buttercream. Alhamdulillah semakin ok...

Mix Cheese Tart - Haiza @ NSTP, Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan semalam (Jumaat - 9.7.2010) oleh Haiza @ NSTP, Bangsar. Terima kasih atas tempahannya. Moga berpuas hati.


Haiza tempah 100pcs tart (agaknye berkongsi2 dengan kawan2 office) tapi minta asing2kan bekas. Ok, bisa diatur... :D

Friday, July 9, 2010

Barbie Doll Cake - Kak Linda @ Taman Medan, Petaling Jaya


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan semalam (Khamis - 8.7.2010) oleh Kak Linda @ Taman Medan untuk birthday anakandanya - Dania berusia 6 tahun. Minta gandingan warna merah jambu (pink) dan biru.

Terima kasih kepada Kak Linda kerana sudi order. Moga puas hati dan silelah order lagi yek...

Thursday, July 8, 2010

Cream Puff - Natasha @ Putrajaya


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 3 set cream puff hari ini (Khamis - 8.7.2010) sebenarnya tapi dah siapkan tempahannya semalam (Rabu - 7.7.2010). Natasya @ Putrajaya minta tolong rakan sepejabat (agaknye...) Kak Nor yang tinggal di Aman Putra yang ambilkan dan bawa ke tempat kerja hari ni.

Pada mulanya saya dan Kak Nor berjanji nak jumpa di pintu gerbang Bandar Bukit Puchong tapi anak Kak Nor tak sihat pula. Jadinya saya usahalah juga mencari rumah Kak Nor. Mujurlah tak jauh mana Aman Putra dengan rumah saya. 1st time juga saya masuk terus ke dalam Putra Perdana tu.... hehehe...

Terima kasih Natasha atas tempahannya. Terima kasih juga Kak Nor kerana sudi jadi orang perantaraan kami.

Wednesday, July 7, 2010

Cc Anniversary & Cream Puff - Nora @ SUK Shah Alam



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan cc dan cream puff untuk sambutan 3rd Anniversary daripada Nora @ Shah Alam. Terima kasih atas tempahannya, Nora.

Saya letak buah strawberi dan blueberi atas sebahagian cc sebab nak habiskan stok. Dari simpan je dalam peti ais buat busuk dan nanti buang aje. Membazir,kan...

Choc Moist Cake - Milah @ Blok N, Tmn Desaria


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Milah, jiran lama masa saya tinggal di Tmn Desaria. Kek Coklat Moist untuk sambutan hari lahir anaknya yang kecil sekali - Alesya. Tapi saya terlupa birthday cake ni untuk siapa. Jadinya tulislah 'happy birthday' aje...

Terima kasih, Milah.

Tuesday, July 6, 2010

Choc Cheese Tat & Choc De Choco Tat - Nabila @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan semalam (Isnin - 5.7.2010) oleh Nabila @ Shah Alam. Meet point kami di hentian bas dekat Masjid Terapung Puchong Perdana. Sebelum hantar anak2 p sekolah, kami jumpalah kejap. Minta maaf pada Nabila sebab buat tertunggu-tunggu ye. Moga puas hati dengan tempahannya.

Sunday, July 4, 2010

Mix Cheese Tart & Fresh Fruit Tart - Ujie @ Kota Damansara



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan Jumaat - 2.7.2010 daripada Ujie @ Kota Damansara. Meet Point kami di Ikea.

Pertama kali gunakan blueberi sebagai salah satu buah dalam shel tart tu. Sebelum ni pakai grape. Sajelah nak cari kelainan sesekali. Lagipun tengok elok je blueberi tu. Beli kat Tesco, Puchong.

Terima kasih atas tempahannya, Ujie...

Saturday, July 3, 2010

Cornflakes Choc, Apam Blossom & Cheese Tart - Zila @ Muzium Negara


Salam dan selamat sejahtera...

Juga tempahan berulang kali daripada Zila @ Muzium Negara (Jumaat - 2.7.2010). Terima kasih banyak2 Zila.

Zila tempah apam blossom dan minta buatkan corak dot dot. Zila juga minta packingkan satu plastik 3 biji untuk mengiringi goodies bag bg majlis hari lahir anaknya.


Setelah saya bergerak meninggalkan Muzium, saya dapat sms daripada Zila yg mengatakan dia hanya mahukan blueberi cis tat. Bukan mix seperti yang saya buat. Aduiiii, maaf ye Zila. Jangan serik2 order lagi lain kali. Tapi Cheese tat tu sebenarnya order dari kawan Zila. Kata Zila dalam smsnya, kalau kawan dia tak nak, dia sendiri yang akan ambil buat makan2. Hehehee terima kasih ye Zila.