Thursday, March 11, 2010

CC Makan2 - Anne @ Bandar Putera, Klang

Salam...

Tempahan daripada seorang sahabat. Pemberian ikhlas daripada sahabatnya pula... Bukan nak publisiti tapi kalau nak ambil duit rase macam tak sedap hati. Kerana dia terlalu banyak membantu saya dan selalu tidak berkira dengan saya.

Dialah sahabat saya - Anne. Sudah berumahtangga dengan seorang lelaki yang begitu menyayanginya. Dikurniakan 2 orang cahayamata perempuan (Dania & Sabrina) dan sekarang ini sedang menunggu dan menghitung hari menanti kelahiran anak lelakinya, InsyaAllah... moga dipermudahkan segalanya...


Setiap 1 cuppies ni saya designkan berlainan atas permintaan Anne.

Percubaan buat 'boothies'

botol susu...

Ais krim...

Clown

Love & Small Swirl Flowers

Rainbow

Rose

Blueberi Cheese Cake - Cikgu Azlina, Sekolah Jalan 10, PJ


Salam & selamat sejahtera... Tempahan Jumaat (5/2/2010), minggu lepas. Sebelum hantar anak2 ke sekolah, hantar dulu kek ni pada Cikgu Azlina. Mujurlah sekolah Cikgu Azlina dekat je dengan sekolah Baby. Bolehlah terus lajak je... Terima kasih atas tempahan. Minta maaf, sebab memang nampak sangat kekurangan pada hiasan kek tu... masa terlalu suntuk...

Wednesday, March 10, 2010

Blueberi Cheese Tart & Choc Cheese Tart - Zila @ Muzium Negara


Salam dan selamat sejahtera...

Repeat order daripada Zila @ Muzium Negara, Kuala Lumpur. Hari Sabtu & Ahad (6 & 7/3/2010). Thanks...

Zila order choc cheese tart, 50pcs & blueberi cheese tart, 50pcs.

Monday, March 8, 2010

Choc Chip Muffin & Cheese Tart - Irma @ Sandakan, Sabah

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Khamis minggu lepas daripada Mak Hayam Irma @ Sandakan, Sabah. Terbang naik belon, cheese tart & muffin coklat saya. Thanks Irma kerana begitu confident tidak akan hancur tart tu... muffin tu, boleh tahan lagi...

Usaha...
abaikan anakanda tu... hiks!

Alhamdulillah petang Jumaat Irma sms saya... katenye dah merasa air tangan saya. Tart tu memang ada tertonggeng2 & penyek2 sikit tapi tidaklah sampai hancur. Kategori masih boleh dimakan...

20pcs choc chip muffin
25pcs blueberi cheese tart
&
25pcs blueberi cheese tart untuk kakak Irma @ Subang Bistari

Thanks....

Saturday, March 6, 2010

Cheese Tart - Milah @ Taman Desaria


Salam dan selamat sejahtera...

Milah adalah jiran lama saya semasa tinggal di Blok N, Tmn Desaria. Beliau tempahkan cheese tart ini untuk sepupu suaminya yang sebenarnya tinggal di Sri Kembangan saja. Dekat sangat dengan rumah saya ni... tapi sepupu suaminya ni tak dapat nak ambil sendiri di rumah saya sebab mase kerja yang tidak menentu.

50pcs cheese tart... seperti biasa 25pcs filling strawberi dan 25pcs filling blueberi...

Semoga berpuas hati & terima kasih atas tempahan.

Friday, March 5, 2010

Choc Chip Muffin - Cg Noriah @ Tadika KEMAS Taman Desaria


Salam dan selamat sejahtera...

30 pcs Choc Chip Muffin tempahan daripada Cikgu Noriah sempena mesyuarat agung sekolah tadika Kemas. Dan sekali lagi saya membuat demo. Kali ini di sekolah KEMAS Cikgu Noriah pula.

Terima kasih Cikgu Noriah... sebab bagi saya peluang berkongsi resipi & tips dengan ibu2 pelajar2 sekolah tadika itu.

Thursday, March 4, 2010

Choc Indulgent Cake - Rosmawati @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...

Choc Indulgent Cake tempahan daripada sedare, Rosmawati. Thanks... tempahan kek untuk anak saudaranya, Nabila.

Wednesday, March 3, 2010

Cheese Tarts & Fresh Fruit Tart - Zila @ Muzium Negara

Gambar diambil dari tempahan Kak Ngah Ayu beberapa minggu lepas. Gambar untuk tempahan Zila terlupa nak snap. Kalut....

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Sabtu (27/02/2010) juga. Tempahan di terima melalui sms daripada Zila @ Muzium Negara pada hari Khamis.

Zila tempah 2 set Fresh Fruit Tart, 50pcs blueberi cheese tart dan 50pcs strawberi cheese tart untuk makan-makan di jualan Puspanita di Muzium Negara. Masa hantar tempahan tu saya sempatlah bertanya dengan Zila. Katenya ada jualan pinggan mangkuk lame & deko Inggeris yang sedang popular sekarang ni. So, pada yang tahu dan suke nak tengok2 cuci2 mate atau berhajat nak dapatkan, bolehlah ke Muzium Negara hujung2 minggu ni ye. Sambil2 boleh gak melawat Muzium Negara yang sudah pastinya menjadi satu tempat yang jarang2 kite pergi untuk berjalan-jalan.

Tuesday, March 2, 2010

Choc Chip Muffin - Cg Farizah @ Tadika KEMAS Mentari Court


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan dari Cikgu Farizah @ Tadika KEMAS, Mentari Court Bandar Sunway. Actually pada hari Sabtu (27/02/2010) yang lepas, saya dijemput oleh Cikgu Farizah melalui Cikgu Noriah untuk mengadakan demo membuat choc chip muffin ini kepada ibu2 kanak2 tadika KEMAS itu. Buat demo 1 adunan saja. Jadi sebelumnya Cigu Farizah tempah 60 pcs choc chip muffin itu.

Monday, March 1, 2010

3D Cake (Bola atas rumput) & Choc Indulgent - Rosmaniza @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...


2 biji kek tempahan dari kawan lama sejak zaman sekolah dulu - Rosmaniza (Ijah). Ijah tempah kek 3D bola atas rumput untuk anak buahnya, Rayyan yang menjangkau usia 1 tahun. Choc Indulgent pulak untuk ayahnya yang menyambut ulangtahun ke 58 tahun (kalau tak silap).


Terima kasih Ijah...

Thursday, February 25, 2010

Cheese Tart - Rafidah @ Taman Puchong Intan

Salam dan selamat sejahtera...

Order daripada Rafidah on be half untuk kawan officenya. Terima kasih ye Rafidah... sanggup jadi orang tengah... sangat menghargainya...

Kali ni Rafidah order 100pcs cheese tart campuran filling stoberi dan bluberi. Kawannya nak bawa ke Port Dickson. Bercuti ke, balik kampung ke... tak tahu pulak saya...

A'way terima kasih banyak-banyak atas tempahan...

Wednesday, February 24, 2010

Cheese Tart - Rafidah @ Taman Puchong Intan

Salam dan selamat sejahtera...

Repeat order daripada Rafidah @ Taman Puchong Intan lagi. Katenye tempah yang baru lepas ni beliau bawa ke pejabat. Kawan2nye puji sedap. Jadi Rafidah tempah 50 pcs (25pcs stoberi/blueberi) nak bawa ke office lagi untuk dijamukan kepada kawan2nye. Terima kasih Rafidah...

Macam biasa... saya hantar ke salun Rafidah yang terletak di Taman Puchong Intan. Yang menyambut tarts tu adalah pembantu salun Rafidah, Sakinah.

Tuesday, February 23, 2010

Birthday Cake - Mak Uda @ Tingkat 11, Blok N, Tmn Desaria



Salam dan selamat sejahtera...

2 biji kek ni tempahan dari jiran lama masa saya duduk di Taman Desaria (Tmn Medan) sebelum ni... - Mak Uda (Kak Ah).

Mak Uda tempah 2 biji kek untuk menyambut hari lahir anak bongsunya, Putera yang telah menganjak usia 11 tahun pada 8hb, Februari yang lalu. Tapi baru hari ni (21/02/2010-Ahad) buat sambutannya sebab buat bacaan Yassin sekali di rumah. Itulah yang seronoknya duduk dan tinggal di Blok N, Tmn Desaria tu.... banyak aktiviti kemasyarakatan semangat kejiranan yang tinggi. Rumah baru ni, kureng sesangat. Sume buat hal senirik jek...

Ish, luahan perasaan secara tak sengaja pulak... heheheee...


Putera ni memang suka main bola. Bila Mak Uda minta buatkan kek birthday anak bongsunya ni, saya terus teringat nak buat kek bola terbenam ni ha... heheheee...alhamdulillah nampaknye Mak Uda & anak2 daranya puas hati dengan penghasilannya.


Terima kasih kepada Mak Uda. Actually dari tahun lepas pun (masa usia Putera 10 tahun) Mak Uda order kek daripada saya jugak... tapi masa tu saya masih baru dan betul2 baru nak menjinak2kan diri dalam bidang ni... jadi dekonya ala2 ajelah kan... (elleh... macam le sekarang ni vouge the vassseeee sangat erk....) ekekekeee!!!

Monday, February 22, 2010

Muffin Coklat Chip - Wan Hamidah @ Taman Sri Manja


Salam dan selamat sejahtera...

Yang mengorder kali ini adalah kawan lama saya - Wan Hamidah. Betul2 lama... sejak dari zaman sekolah rendah lagi kami dah berkawan. Lepas reunion bulan lalu, kami bersua kembali setelah agak lama juga tak bertemu dan bersua muka. Padahal masa saya tinggal di Taman Medan, Wan Hamidah tinggal di Taman Sri Manja yang mana bukanlah jauh sangat pun jaraknya. Tapi tak pernah pulak terserempak...

Wan Hamidah order 100 pcs muffin coklat untuk majlis naik buai anak adiknya (anak saudara) yang diadakan di rumah emaknya yang kini dah berpindah ke Subang Bistari. Dedulu duduk Taman Indah Jaya, tapi sekarang rumah tu dah dijual (menurut kata Wan Hamidah).

Terima kasih ye, Wan... next time bolehlah order lagi kalau puas hati dengan tempahannya tu...

Sunday, February 21, 2010

Cheese Tart & Kek Lapis Asam Manis (Kukus) - Rafidah @ Tmn Puchong Intan



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Khamis - 18/02/2010 juga.


Repeat order daripada Rafidah @ Taman Puchong Intan. Sebelum ni Rafidah order cheese tart, fruit tart dan kek lapis asam manis untuk dibawa ke Johor bagi meraikan majlis perkahwinan anak saudaranya. Kali ini Rafidah order untuk function di officenya.


Terima kasih banyak-banyak. Ini merupakan kali kedua saya hantar tempahan ke salun Rafidah yang terletak di Taman Puchong Intan, 2x itulah saya tak dapat jumpa dengan Rafidah. Menurut pembantu kedainya, Rafidah bekerja. Ermmmm.... patutlah...!


Tak pe... kalau ada jodoh, panjang umur, jumpelah nanti, kan...

Saturday, February 20, 2010

Cheese Tart - Izan, Putrajaya


Salam dan selamat sejahtera...

50 pcs cheese tart tempahan daripada Izan @ Putrajaya pada hari Khamis - 18/02/2010. Izan adalah kawan Len yang duduk di Putra Perdana, taman perumahan dekat rumah saya ni. Juga taman di mana rumah yang saya dan suami beli dan terbengkalai. Huhuhuu...

Di sebabkan saya tak familiar dengan area Putrajaya, saya tunggu Izan di hadapan balai bomba berdekatan simpang ke Hospital Putrajaya. Lebih kurang 10 minit menanti, akhirnya Izan muncul bersama 2 orang rakannya dengan menaiki kereta kancil hitamnya.

Terima kasih Izan... atas tempahannya...

Friday, February 19, 2010

Cream Puff & Eclairs Puff - Miss Eda @ Menara TM


Salam dan selamat sejahtera...


Tempahan hari Rabu, 17/02/2010. Terima kasih... Miss Eda order 20 pcs cream puff yang mana 10 pcs filling kastad dan 10 pcs filling coklat ganache. Juga menempah eclairs puff sebanyak 20 pcs.

Moga puas hati dan silelah tempah lagi...


Wednesday, February 17, 2010

Kek Lapis Hawflakes (Kukus) - Pipah @ Taman Pinggiran USJ

Salam dan selamat sejahtera...

Terima kasih kepada Pipah kerana menampah 2 biji kek lapis asam manis (kukus) daripada saya. Tempahan ini adalah pada hari Sabtu (13-2-2010) yang lalu. Tapi kene ikut turn nak buat n3 supaya blog saya ni nampak hari2 berupdate (tapi sebenarnya saya menggunakan uto-publish yek)...

Actually dari rumah saya (Puchong) ke Taman Pinggiran USJ taklah begitu jauh melalui Shah Alam. Tapi disebabkan kami (saya & hb) masih belum fasih dengan liku2 perjalanan area sini, kami memusing jauh sampai ke Federal Highway (melalui tol Batu 3 dan naik ke susur menghala ke kilang gula CSR). Tapi tak apalah... yang penting tempahan sudah sampai ke tangan tuannye dan kami pun tidaklah tersesat larat sangat. Perjalanan kami boleh dikatakan dipermudahkan juga walau memusing jauh. Alhamdulillah...

Pipah tempah 2 biji kek lapis asam manis yang mana satu darinya hendak dijadikan buah tangan untuk menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya di Taman Puchong Prima. Kalau ikutkan malamnya (Sabtu) kami bolehlah jumpa somewhere area Puchong tapi saya pula hendak meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman suami di Slim River.


Buah tangan untuk abang iparnya, Pipah minta tuliskan "Selamat Pengantin Baru" & nama pengantin. Alang2 saya dekolah simple2 kat situ...

Tuesday, February 16, 2010

CC Bertunang, Cheese Tart - Diana @ Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera...

CC bertunang - carrot walnut cupcake dengan cream cheese... juga 25pcs cheese tart filling strawberi dan 25pcs filling blueberi order daripada Diana @ Putra Perdana. Terima kasih ye... Diana ni ramah orangnya. Rasa macam dah kenal lame pulak kami bersembang. Tapi minta maaf le Diana, akak tak ajak masuk umah pun. Pasai pa??? Pasai umah akak bukan macam tongkang pecah sudeyh... tapi macam ntah hape2 ntah... wekekeeeee!!!

Monday, February 15, 2010

Blueberi Cheese Tart & Fresh Fruit Tart - Kak Ngah Ayu @ Menara TM


Salam dan selamat sejahtera...

Yang menempah ni actually bukanlah orang lain dengan saya - kakak ipar saya ni - Kak Ngah Ayu. Tapi namenye aje kak ipar, jumpenye ya amat le jarang. Rasanye kali terakhir jumpe beberapa tahun lepas le... hehehe... almaklum le memasing bz bebenor... masa mak meninggal Kak Ngah tak datang sebab sedang sarat mengandung. Tapi Angah dan keluarga yang lain ade datang menjenguk dari masa arwah mak masih di hospital sehinggalah pada hari pengkebumian mak. Terima kasih...


Kak Ngah Ayu tempah blueberi cheese tart - 100pcs dan fresh fruit tart - 2 set (72pcs). Malamnya Kak Ngah Ayu sms kate berebut2 makan, tak puas. Next time nak order lagi. Alhamdulillah...!


Good job sis!
Thanks you so much!!!



Sunday, February 14, 2010

Cheese Tart - Len, Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Len @ Putra Perdana on be half kawan seofisnye. Nak bawak balik Johor, kalau tak silap katenye...

Terima kasih Len & kawannye yang menempah tu... 25pcs filling stoberi dan 25pcs filling bluberi...

Saturday, February 13, 2010

CC, Kek Lapis Asam Manis (Kukus) & Puding Roti Marble - Wawa, SUK Shah Alam


Salam...


Tempahan diterima daripada Wawa @ SUK Shah Alam. Hari Jumaat lepas hantar anak2 ke sekolah saya zoom ke Shah Alam. Saya kena sampai di sane sebelum pukul 3 petang sebab Wawa half day aritu. Sampai sana pukul 2.25 petang. Jalan agak sesak jugak sebab orang2 lelaki baru keluar masjid setelah menunaikan solat Jumaat.
Saya tunggu Wawa kat pintu pagar no.3. Tak masuk dalam pun... lagi pun itulah satu2nye pintu bangunan SUK tu yang saya tahu... eheheheee... kalau Wawa suruh p tunggu kat tempat lain, memang saya tak tau... Terima kasih Wawa... atas tempahan. Moga puas hati dan jangan serik2 untuk order lagi next time yek...

CC "Selamat Pengantin Baru"
Aqim & Ain
Wawa minta lukiskan gambar pengantin lelaki & pengantin perempuan...


Kek Lapis Asam Manis (Kukus)


Puding Roti Marble
Perisa oren + coklat

Thursday, February 11, 2010

Sandwich Telur & Cream Puff - Kak Ham @ Bandar Sunway

Salam & Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah... baru je inform produk baru - Cream Puff, dah ada yang order. Terima kasih kepada Kak Ham. Kak Ham order untuk majlis makan-makan di pejabatnya yang terletak di Bandar Sunway. Kak Ham order 100pcs cream puff dan 100 paket sandwich telur.


Buat pertama kalinya saya terima tempahan sandwich telur ni. Kelam kabut juga dibuatnya. Terus call hb minta belikan roti, telur dan mayonis sebelum dia pulang dari kerja. Sementara saya terus keluar untuk ke Bake With Yen untuk beli bekas plastik untuk roti sandwich tu. Masa tu dah pukul 5.30 petang. Kedai bakeri tu tutup pukul 6 petang. Di pertengahan jalan, jem pulak... adush tak sempat sampai. Sms Kak Ham cakap saya letak dalam plastik ajelah. Terpaksa....

Minta maaf juga pada Kak Ham. Sepatutnya memang Kak Ham order 100 paket sandwich telur tapi last minit dapat 85 peket je... Nak pergi beli roti lagi, maklum sajelah rumah ni jauh dari kedai. Mujurlah Kak Ham yang suka senyum dan ramah tu okey aje... terima kasih banyak2 Kak Ham...

Wednesday, February 10, 2010

Tart Buah2an Cocktail - Ayu @ Taman Medan

Salam dan selamat sejahtera...

Terima kasih Ayu kerana membuat tempahan tart buah2an cocktail ni. Ayu tempah 50 pcs tart buah2an cocktail ni untuk bawa ke rumah kawannya sebagai buah tangan.

Ayu adalah anak Kak Ham yang tinggal 1 blok semasa saya tinggal di Blok N, Taman Medan. Kak Ham ni selalu tolong saya jagakan Mierza kalau saya ada hal. Kalau saya tak ada hal pun, Kak Ham rajin ambil Mierza bawa ke rumah dia. Tapi sekarang ni saya dah pindah dari Blok N, ke mana pergi pun kena juga angkut Mierza. Kenalah tanggung kelasakkan anakanda tu... adush!!

Tuesday, February 9, 2010

Tart Buah2an Cocktail - Zueda @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...

Terima tempahan daripada Zueda lagi. Alhamdulillah dan terima kasih Zue...

Actually tempahan ini adalah pada minggu lepas (Jumaat). Zue tempah tart buah cocktail ni untuk makan-makan bagi meraikan majlis perkahwinan adiknya. Tart buah cocktail ni merupakan produk baru saya. Produk bajet untuk yang nak merasa makan tart buah. Tak mahal... 50pcs - RM30.00 saja.

Pada yang teringin nak tempah produk terbaru mahu pun sebarang tempahan lain, sila email saya @ sofie2_za@yahoo.com atau boleh terus telefon / sms saya di 017-3113226.