Monday, November 8, 2010

Choc Moist Cake - Mira @ Tgkat 2


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 1/2 adunan daripada Mira - kawan Baby (anak saya). Sekadar untuk makan2 saja. Terima kasih Mira & Kak Ani (mama Mira).

Sarang Semut & Semprit - Norhasliza @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 1 balang biskut sarang semut dan 1 balang biskut semprit untuk makan-makan oleh Norhasliza di UMW, Shah Alam. Penghantaran terus ke pejabatnya tetapi Norhasliza tiada di pejabat. Jadi tinggalkan di receptionist.

Terima kasih, Norhasliza, atas tempahannya ye...


Terima sms daripada Norhasliza yang mengatakan rasa puas hatinya dengan biskut2 yang ditempah. Terima kasih...

Sunday, November 7, 2010

Choc Chip Muffin - Ida Saida @ Tmn Medan


Salam dan selamat sejahtera...

100pcs choc chip muffin tempahan daripada Ida.

Ida tempah siap packing dalam plastik bunga tapi bila dah siap, terlupa pula saya nak snap gambar.

Terima kasih Ida...

Thursday, November 4, 2010

Apam Blossam - Liza @ Puchong Indah


Salam dan selamat sejahtera...

Banyak pula bubble kat apam blossam untuk Liza @ Puchong Indah kali ni. Tapi i'Allah rasanya tetap sama...

Tempahan 100pcs (2 set) apam blossam daripada beliau. Terima kasih... tiap2 minggu makan apam ye Liza... tapi badan tu tetap maintain slim gitu. Hehehee...

Apam Blossom - Salina @ Klang


Salam dan selamat sejahtera...

3 set (150pcs) apam blossam untuk dibawa ke rumah kenduri ibu saudaranya di Taman Medan. Tempahan daripada Salina @ Klang. Terima kasih...

Wednesday, November 3, 2010

Bajet Cc - Ida @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...

600pcs bajet cc tempahan daripada Ida @ Taman Medan untuk majlis perkahwinan beliau. Janji mulanya nak ambil tengahari Sabtu tapi sudahnya malam baru ambil... tapi tak apalah ye... moga selamat dah semuanya...

Selamat pengantin baru... kakak iparnya yang datang ambilkan. Pengantin tentu2lah bznye tu...



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada seseorang yang.......... anakanda sendiri - my Boy. Tempah aje, bayarnye tidak.

My Boy request kek coklat moist dengan designnye sendiri untuk bawa ke sekolah sempena sambutan hari kanak-kanak di sekolahnya Jumaat lepas. But actually, dia suruh tulis name 'rooney' kat t-shirt tu... sy yang pandai2 tulis name dia (Syahmie) kat situ. Tarik mukalah dia sekejap... kalau diikutkan imaginasi dia, rasa macam mama salah tema aje... nnt ape plak cikgu2 dia fikir... so terpaksa ikut idea sendiri di samping tak ketepikan design anakanda tu....

Sorry ye Boy... next time utk celebrate di rumah, mama buatkan exactly design dari Boy punye.... promise!!!

Tuesday, November 2, 2010

Cream Puff - Mek Zaila @ Tmn Indah Jaya


Salam dan selamat sejahtera...

Mek Zaila, rakan dekat2 rumah dan sekaligus anak2nya - Aiman (sebaya my Boy) dan Adam (sebaya my Baby) satu sekolah dengan my Boy. Tempah 2 set cream puff fillin kastad untuk anak2 bawa ke sekolah sebagai buah tangan bagi meraikan hari kanak2 di sekolah.

Terima kasih...

Mix Cheese Tart & Cream Puff - Salmah @ Tasik Prima, Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Salina @ Tasik Prima, Puchong - dekat dengan rumah Puchong kami. Kalau masih tinggal di sana, tak payahlah Salmah susah payah & datang jauh2 ye... tapi tak apelah... sambil2 tu jalan2 ambil angin ye...

1 set mix cheese tart dan 2 set cream puff. Terima kasih...

Monday, November 1, 2010

Apam Blossom - Zila @ Muzium Negara, Kuala Lumpur.


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 3 set (150 pcs) apam blossom daripada Zila @ Muzium Negara. Terima kasih Zila. 1 set daripadanya, ada special request sikit dan corak pun nak corak biasa saja. 2 set lagi nak corak biasa dan satu lagi corak dot2..

Sebab Zila ada seminar hari tu, sy berurusan dengan rakan sepejabatnya, Safia. Terima kasih & maaf buat u pusing2...

Cream Puff & Apam Blossom - Nuri @ Kepong


Salam dan selamat sejahtera...

Kerana tak begitu familiar dengan sekitar Jalan Klang Lama, Nuri menggunakan perkhidmatan komuter dari kawasan tempat tinggalnya dan berhenti di hentian komuter berdekatan dengan rumah saya. Meet point kami di stesen komuter Kg. Dato' Harun.

Terima kasih Nuri. 2 set (70pcs) cream puff fillin kastad & 1 set (50pcs) apam blossom.

Sunday, October 31, 2010

Choc Chip Muffin - Natrah @ Flat Desaria


Salam dan selamat sejahtera...

Minimum order (25pcs + extra 1pc) choc chip muffin daripada jiran dekat rumah saya. Natrah tempah untuk makan2 di rumahnya. Terima kasih...

I'allah kami akan berurus niaga bersama nanti... moga diperkenankan olehNYA...

Choc Moist Cake - Florence @ OUG


Salam dan selamat sejahtera...

Choc Moist Cake tempahan daripada Florence untuk dibawa anaknya ke sekolah bagi meraikan hari kanak-kanak.

Terima kasih. Florence datang terus ke rumah saya. Kebetulan beliau agak familiar dengan jalan di sekitar Old Klang Road.

Tart Shell - Musalmah @ LRT, Asia Jaya


Salam dan selamat sejahtera...

Stok ada... Musalmah sms je nakkan tart shell di pagi hari, tengahari dah dapat.

Thanks Musalmah dan minta maaf buat awak menunggu. Meet point @ hentian bas depan Armada Hotel, Petaling Jaya.

Thursday, October 28, 2010

Apam Blossam - Kak Darsila @ Tmn Medan Pejasa


Salam dan selamat sejahtera...

100pcs (2 set) apam blossam tempahan daripada Kak Darsila @ Tmn Medan Pejasa.

Alhamdulillah sekarang ni banyak betul dapat tempahan apam blossam. Terima kasih kepada semua...

Wednesday, October 27, 2010

Apam Blossam - Pn. Zamilah @ Bandar Nusaputra, Puchong


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 100pcs (2 set) daripada Puan Zamilah @ Bandar Nusaputra, Puchong. Puan Zamilah order 1 set corak dot2 dan 1 set lagi corak dwi warna. Tapi apam blossam Puan Zamilah sy terlupa nak snap pic. Gambar kat atas ni sekadar hiasan. Gambar tempahan2 yang lalu.

Terima kasih Puan Zamilah...

Apam Blossam - Liza @ Puchong Indah


Salam dan selamat sejahtera... 100pcs (2 set) apam blossam tempahan berulang-kali daripada Liza. I'allah minggu depan pun Liza nak 100pcs lagi. Thanks Liza & maaflah lambat...

Tuesday, October 26, 2010

Mix Cheese Tart - Zureena @ Tmn Medan


Salam dan selamat sejahtera...

1 set (50pcs) mix cheese tart tempahan daripada Zureena - kwn bekas sekolah dulu. Thanks Ena...

Choc Moist Cake wif Fresh Strawberies - Nisa @ Tmn Puchong Industri



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan kek coklat moist dengan susunan buah strawberi di atasnya untuk surprisekan sang suami di tempat kerja.
Terima kasih, Nisa.

Semoga en suami & kawan2nya puas hati dengan kek yang ditempah...


Blog Baru Khas Untuk Penggemar Novel...


Salam dan selamat sejahtera...

Pengumuman dan perhatian untuk penggemar / peminat / pembaca novel. Saya baru membuka 1 blog baru - ulatnovel khas untuk update novel2 dalam simpanan saya. Saya berhajat untuk menjual novel2 dalam simpanan saya ini. Kepada yang berminat untuk dapat, boleh hubungi sy melalui email sofie2_za@yahoo.com atau terus menghubungi saya @ 017-3113226.

Jemputlah jenguk link yang dinyatakan di atas untuk syarat dan peraturan selain update sinopsis & details novel yang anda mahukan.

Jom, jom, jom!!!

Monday, October 25, 2010

Eclairs Puff & Apam Blossam - Iqkha @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 2 set (100pcs) apam blossam dan 1 set elcairs puff (32pcs) daripada Iqkha @ Shah Alam. Meet point di Giant, Seksyen 13, Shah Alam.

Terima kasih, Iqkha...

Bajet Kek Coklat Moist


~ PRODUK BARU ~

Kek Coklat Moist dalam versi bajet. Sesuai untuk makan2.

* Disiram ganache dan ditabur dengan coklat rice / coklat chip / almond nip / almond flakes (pilihan salah satu).

* Bake / kukus dalam bekas aluminium bersaiz tapak : 6 1/2 inc x 3 inc

* Harga : RM10.00 - minimum tempahan 2 bekas.

Apam Blossam - Adik Sarina @ Tmn Indah Jaya


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan berulangkali dari adik Sarina. Rasanya tempahan on be half kawan di tempat kerjanya. A'way thanks dik...

Friday, October 22, 2010

Apam Blossem & Eclairs Puff - Yuz @ Sri Kembangan



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Yuz @ Sri Kembangan. Mahukan apam blossem 1 set - 50pcs dan Eclairs Puff 1 set.

Thanks :D

Puding Roti Marble & Cream Puff - Mel @ Shah Alam



Salam dan selamat sejahtera...

1 bekas puding roti marble dan 1 set cream puff tempahan Mel @ Shah Alam. Meet point @ Giant Seksyen 13 depan showroom perodua & proton.

Thanks atas tempahan dan maaf sebab terpaksa cepatkan time jumpa.

Thursday, October 21, 2010

Eclairs Puff & Apam Blossom - Fazlyna @ Cheras


Salam dan selamat sejahtera...

1 set (50pcs) apam blossom dan 1 set (35pcs) eclairs puff untuk Fazlyna @ Cheras bagi meraikan birthday anakandanya.

Thanks atas tempahan. Fazlyna datang sendiri ke rumah saya @ Tmn Desaria (Tmn Medan) mengambil tempahannya.

Mix Cheese Tart - ??? @ Bandar Kinrara


Salam dan selamat sejahtera...

1 set mix cheese tart tempahan seseorang yang tidak ku tahu namanya. Masa jumpa tu pun terlupa pulak nak tanye namanye... maaf sangat2... dan terima kasih atas tempahan.

Wednesday, October 20, 2010

Coowey Goowey Brownies, Choc Cheese Brownies, Popia Goreng & Apam Blossom - Wanie Nur @ Puchong Prima




Salam dan selamat sejahtera...

1 loyang Coowey Goowey Brownies bersama edible image anak2 dan 1 loyang Choc Cheese Brownies untuk birthday atok dan opah. Juga Wanie Nur order 50pcs popia goreng dan 100pcs apam blossom. Tapi disebabkan apam blossom tu tak cukup 100pcs, sy lebihkan popia goreng sebagai ganti.

Thanks Wanie dan semoga Wanie berpuas hati.


Coowey Goowey Brownies wif edible image

Choc Cheese Brownies...


Cupcakes Aneka Design - Cikgu Siti @ Assunta 2, PJ




Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan mendadak daripada Cikgu Siti @ Sekolah Rendah Assunta 2, Petaling Jaya - 40pcs cupcakes berbeza design. A'way terima kasih atas tempahan cikgu...

Tuesday, October 19, 2010

Cocktail Fruit Tart & Puding Roti Marble - Kak Ana Malia @ Bangsar


Salam dan selamat sejahtera...

100pcs (2 set) cocktail fruit tart dan 1 bekas puding roti marble tempahan Kak Ana Malia @ Bangsar.
Meet point @ stesen minyak petronas, Jalan Bangsar.

Terima kasih atas tempahan kak Ana... :D