Wednesday, September 29, 2010

Tempahan Di TUTUP SEMENTARA...

<<>>
... untuk n3 selanjutnya sila skroll ke bawah ...

Salam dan selamat sejahtera...


Perhatian kepada pengunjung fiza-on9booth bahawa saya akan menutup/tidak menerima tempahan bagi tempoh masa.....

Sabtu (2.10.2010)
sehingga
Selasa (5.10.2010)


Tempahan dibuka semula pada Rabu (6.10.2010)

Namun begitu, saya masih boleh dihubungi melalui hp @ 017-3113 226 untuk tempahan bagi tarikh selepas yg dinyatakan di atas. Terus call adalah digalakkan berbanding sms & email. Kecuali anda sabar menunggu email anda dibalas.

Kepada yg nak sms juga adalah diminta berikan details tempahan anda seperti, nama anda, tarikh & waktu dikehendaki, apa menu yg hendak ditempah dan pick up/meet point. Tolonglah jgn hantar 1 sms dgn 1 pertanyaan/berulang kali. Harap maklum.


Insya Allah, saya akan berpindah daripada Bandar Bukit Puchong ke Taman Desaria (Tmn Medan, Petaling Jaya). Orang2 Tmn Desaria, Tmn Medan, Tmn Dato' Harun dan tmn2 lain sekitarnya, lepas ni boleh tempah terus dari saya tanpa kos penghantaran/minima ye...

Jumpa lagi...

Homemade Coklat - Wan Hamidah @ Medan Pejasa, PJ


Salam dan selamat sejahtera...

100pcs homemade coklat daripada bekas rakan sekolah rendah, Wan Hamidah. Beliau mengadakan rumah terbuka tetapi disebabkan bz, saya tak dapat menghadiri rumah terbuka Wan Hamidah itu.

A'way Wan, thanks a lot atas jemputan dan tempahan. Puding roti marble untuk Wan sebagai tanda ingatan dan persahabatan.

Tuesday, September 28, 2010

Kek Kukus Lapis Asam Manis & Kek Kukus Lapis Prune - Nona @ Segambut


Salam dan selamat sejahtera...

1/1 buku kek kukus lapis asam manis dan kek kukus lapis prune.

Meet point di Hentian Duta, Kuala Lumpur.

Terima kasih menempah dari saya. Moga puas hati dan menempah lagi di lain kali :D

Cream Puff & Puding Roti Marble - Lily @ Puchong Prima



Salam dan selamat sejahtera...

1 set (35pcs + extra) Cream Puff fillin kastad & 1 bekas Puding Roti Marble.


Meet point di stesen minyak Petronas Meranti Jaya.

Terima kasih sudi menempah, Lily :D

Monday, September 27, 2010

Apam Blossom, Puding Roti Marble & Birthday Cake - Eiza @ Tmn Kosas, Ampang



Salam dan selamat sejahtera.

4 set (200pcs + extra) Apam Blossom, 1 bekas Puding Roti Marble dan 1 adunan Choc Moist Cake + Buttercream dengan edible image.


Meet point di Hentian Duta, Kuala Lumpur.



Terima kasih sudi menempah :D

Cream Puff & Blueberi Cheese Tart - Ida @ Subang Bistari


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 3 set (105pcs + extra) Cream Puff & 2 set (100pcs) Blueberi Cheese Tart. Meet point di Sekolah Rendah Assunta, Petaling Jaya.

Terima kasih atas tempahan. Semoga berpuas hati :D

Saturday, September 25, 2010

Apam Blossom - Liza @ Puchong Indah



Salam dan selamat sejahtera...

150pcs apam blossom corak dot dot tempahan daripada Liza @ Puchong Indah. Terima kasih. Ini merupakan tempahan kali kedua Liza dalam kurang 1 minggu. Kali ni order untuk bawa balik kampung pula. Minggu lepas order untuk open house di rumahnya.

Friday, September 24, 2010

Pop Cake, Apam Blossom & Eclairs - Reen @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Reen @ Shah Alam. Menempah 50pcs Pop Cake Stick, 250pcs apam blossom & 70pcs (2 sets) eclairs puff. Temanya..... no coklat. Jadinya, yang mane sepatutnya dan kebiasaannya saya buat coklat, Reen minta saya tukarkan 'to something else...'.

Untuk pop cake stick, selalunya sy buat bahagian keknya dr coklat moist, sebab 'no coklat', saya guna kek butter vanila. Coating luar yg selalunya sy coating dengan coklat, sy gunakan coklat putih. Alphabet 'A' atas pop cake adalah kehendak Reen dan Reen mahukan warna biru. Corak sekeliling, Reen biarkan saya buat pilihan. Jadi saya just taburkan thousand colours aje...

isi dalam pop cake...

harga adalah siap individual packing & riben - RM1.60 per stick

Untuk eclairs, bahagian atas yg selalunya sy paipkan dengan coklat ganache, sy gantikan dengan coklat putih yg diwarnakan dengan perwarna oren. Tapi warna oren sy kurang menyerlah. Dah nampak macam warna peach pulak. Untuk kastadnya sy buat orange kastad.


Untuk apam blossom takde ape2 ubah suai. Biase aje... cuma Reen minta daripada total 250pcs apam tu, 75pcs corak dot dot dan 175pcs lagi gabungan 3 warna - kuning, hijau & biru.


Meet point di Seksyen 13, Shah Alam - Giant Stadium, depan Perodua. Reen tak mai, tapi pemandu beliau yang mai pick-up.

Terima kasih atas tempahan Reen. Moga puas hati dan silelah order lagi.

Cotton Soft Japanese Cheesecake - Kamal @ Kedah


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada orang jauh untuk buah hati. Dari Kamal untuk Yani di Agensi Nuklear, Jalan Dengkil. Oleh kerana ini merupakan tempahan kali kedua daripada Kamal untuk tunangnya, Yani, saya tiada masalah menuju ke tempat kerja Yani tu.

Kamal tempah untuk meraikan rasa cintanya atas hubungan cinta mereka yang pertama. Yani ni penggemar cheese cake... kali pertama Kamal tempah haritu pun cheesecake. Kali kedua ni pun cheesecake juga.

Tidak dilupakan untuk rakan seperjuangan dalam bidang ini - Syima sebab merekomenkan Kamal kepada saya. Terima kasih banyak2, Syima.

Thursday, September 23, 2010

Almond Cluster - Anne @ Bandar Putera, Klang


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada seorang kawan lama - Anne @ Bandar Putera, Klang. 1 bekas (50pcs) almond cluster.


Thanks :D

Monday, September 20, 2010

Mix Cheese Tart - Ummie Anisa @ Sri Kembangan


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 100pcs mix cheese tat daripada Ummie Anisa - cikgu coklat saya. Terima kasih dan selamat hari raya ummi. Meet point di stesen petronas, Meranti Jaya. Ummi tak datang, tapi suami ummi yg datang selepas habis tarawih.

Choc Chip Mini Muffin, Choc Brownies & Puding Roti Marble - Hafiza @ Puchong




Salam dan selamat sejahtera...

Sepatutnya Hafiza order 100pcs apam blossom, 70pcs (2 set) cream puff dan 2 bekas puding roti marble. Tapi yg dapat saya tunaikan hanyalah 2 bekas puding roti. Apam blossom dan cream puff terpaksa saya gantikan dengan choc chip mini muffin dan 2 bekas choc brownies. Maafkan saya...

Subuh2 hari tu saya sms Hafiza. Taknaklah terus call aje. Entah2kan dia sedang nyenyak tidur. Bila Hafiza reply & kata boleh call, barulah saya call dan beritahu apa yg terjadi. Alhamdulillah Hafiza terima. Harap Hafiza tak serik nak order lagi lain kali.

Apam Blossom & Puding Roti Marble - Liza @ Puchong Indah


Salam dan selamat sejahtera...

Rasa ralat sangat dengan tempahan daripada Liza ni. Beliau dah tempah lebih kurang sebulan sebelum ni. Saya dah berusaha sedaya mungkin. Ini ajelah dapat diusahakan. Harap Liza tak berkecil hati dan memaafkan saya. Sepatutnya Liza order 200pcs apam blossom. Tapi saya cuma dapat buatkan 144pcs aje... selebihnya sy gantikan dengan choc chip mini muffin.

Saya bangun seawal jam 5 pagi. Dalam kepala dah set, kena buat 5 adunan sebab ada juga tempahan apam blossom daripada orang lain. Mula2 sy sediakan 2 adunan. Masa tu sy perasan juga mixer sy berputar perlahan. Tapi sy tak fikir ape2 pun. Lepas dah siap mix, sy sediakan 3 adunan lagi dalam mangkuk berlainan. Bila sy nak mix up, mesin mixer sy diam je... Hah!!! Berderau darah... puaslah lepas tu sy tukar ke plug lain tapi mesin mixer sy tetap jugak diam... uwaaaaa sah2lah dah rosak tu... mesin mixer backup pun takde....

Dalam kalut2 tu kenalah fikir resipi ape yg tak gunakan mixer. Teringat resipi choc chip muffin, terus je buat.

Harap Liza puas hati. Saya minta maaf banyak2...

Sunday, September 19, 2010

Fresh Fruit Tart & Mix Cheese Tart - Syuhada @ Gasing Indah


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Syudaha @ Gasing Indah. Meet point di depan Tesco, Puchong. Syuhada tempah 1 set fresh fruit tart & 1 set mix cheese tart. Thanks :D

Choc Cheese Tart, Cream Puff, Mix Cheese Tart & Egg Tart - Nadiah @ Putrajaya


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Nadiah @ Putrajaya untuk dibawa pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya. Thanks atas tempahan :D

1 set mix cheese tart, 2 set choc cheese tart, 1 set cream puff & 1 set egg tart.

Saturday, September 18, 2010

Kurma Bersalut Coklat & Kek Lapis Asam Manis - ???


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan dari seseorang yg dah berkali2 menempah daripada saya. Beliau menempah 50pcs kurma bersalut coklat dan 1 loyang 9 x 9 inc kek lapis asam manis. Terima kasih :D

Choc Cheese Marble Brownies - Liza @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Liza @ Shah Alam. Meet point pada mulanya di Tesco, Puchong. Tapi masa tu saya ada janji dengan pengorder lain di Stesen Petronas Meranti Jaya which is lebih dekat dgn umah, sajelah tanye dgn Liza dia tahu ke tidak dengan tempat ni. Alhamdulillah dia familiar jugak dgn area Puchong.

Liza order 1 loyang Choc Cheese Marble Brownies. Thanks sudi menempah :D

Choc Cheese Tart, Apam Blossom & Eclairs Puff


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Kak Ira @ Shah Alam. Meet point @ Giant, Seksyen 13. Actually Kak Ira order 25pcs choc cheese tart & 25pcs choc de choco tart. Tapi ade kesilapan dr aku. P buat 50pcs choc cheese tart. Maaf ye kak.. & thanks.

Monday, September 13, 2010

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN

Salam Lebaran untuk semua...

Dah balik dari kampung... & Sedia Menerima Tempahan

Fiza Nordin
017-3113 226
sofie2_za@yahoo.com

Saturday, September 11, 2010

UCAPAN UNTUK SEMUA...


Salam dan selamat sejahtera...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua pengunjung blog fiza-on9booth & fizanordin.

Di kesempatan ini, saya memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa dan secara tidak sedar menyinggung perasaan anda. Minta dihalalkan segala urusan jual beli yang telah berlansung kepada pelanggan2 yang telah berurusan melalui fiza-on9booth ini. Minta dimaafkan seandainya saya mungkin telah menyusahkan anda dari apa segi pun jua. Saya susun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang tidak lepas melakukan kesilapan. Yang buruk datang dari kita dan segala yang baik datang dariNYA jua.


Berhati2 memandu ketika pulang ke kampung halaman & ketika bergerak mengunjungi sanak-saudara dan sahabat handai... Jangan juga dilupa kepada yang telah tiada dan terlebih dahulu pergi menghadap yang Maha Esa.

Moga bersua lagi di sini...
Insya Allah!

Wednesday, September 8, 2010

Carrot Walnut Cake & Marble Cake - Kak Jue @ Bangi


Salam dan selamat sejahtera... Tempahan kali kedua pada hari Isnin (6/9/2010) oleh Kak Jue @ Bangi. Kak Jue tempah sebiji kek carrot walnut dan kek marble untuk dibawa pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya.

Terima kasih atas tempahan... maaf atas kesulitan.


Coklat Raya




Salam dan selamat sejahtera...

Promosi Coklat Raya sudah berakhir. Alhamdulillah dapat siapkan dlm masa yang singkat since tempahan pun tak banyak diterima.
Kepada yang menempah, saya ucapkan terima kasih banyak2... moga nnt boleh menempah lagi ye :D

Sunday, September 5, 2010

PROMOSI Coklat Syawal...


Salam dan selamat sejahtera... Selamat berpuasa untuk semua yang beragama Islam.

Promosi Coklat Syawal kini bermula...

30.8.2010 (Isnin) sehingga 5.9.2010 (Ahad)

Pengambilan coklat2 tempahan hanya boleh dibuat bermula
6.9.2010 (Isnin) - 8.9.2010 (Rabu).


Setiap tempahan semestinya disertakan dengan deposit. Boleh bank-in ke akaun maybank atau cimb saya. No. akaun hanya akan diberi melalui sms - 017-3113 226. Sebarang pertanyaan juga digalakkan terus menghubungi sy di no. talian di atas. Atau boleh juga SMS dan email sy di sofie2_za@yahoo.com

filling praline yg disediakan :
- oren
-mint
-strawberi
-blueberi
-yam

inti kekacang yang disediakan :-
- badam
-hazelnut
-walnut
-kismis

bentuk coklat yang disediakan :-
-rose
-4 segi berlorek
-bujur berlorek
-bunga
-ketupat
-kipas
-love
-strawberi
-daun
-epal

v
v
v

loose order
min order 50pcs
bentuk campur-campur (bentuk yg dinyatakan di atas)

RM0.70 per pieces

v
v
v

Coklat Oreo
min order 25pcs

aneka corak
(plain, love, bunga, bola & edible image)

RM1.20 per pieces

*edible image - gambar berkaitan hari raya

v
v
v

Coklat Stick
min order 25 sticks (set)

corak bunga

RM0.90 per stick

v
v
v

Kurma Bersalut Coklat
min order 30pcs

RM0.30 per pieces

* semua tempahan akan diletakkan di dalam kotak @ bekas jernih.
* untuk perbandingan harga boleh berkunjung KE SINI

Meet Point :-

Untuk pengambilan coklat nanti, boleh jumpa saya di....

datang terus ke rumah - Pangsapuri Angsana, Bandar Bukit Puchong 2
(sms - 017-3113 226 utk dptkan alamat penuh & direction)

atau

Sekolah Rendah La Salle, Jalan Gasing, Petaling Jaya
hari persekolahan - 12.00 - 12.30tgahri
(tolong jgn lewat sbb klu budak2 sekolah dah keluar, jalan sesak)

atau

Stesen Petronas Batu 14, Puchong LDP
(menghala ke Putrajaya)

Thursday, September 2, 2010

Coklat 9 cavities - Ija @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 30 kotak 9 cavities daripada Ija @ Shah Alam. Alhamdulillah dapat siapkan dan dah selamat delivery pada Ija semalam. Ija tempah untuk bagi pada kawan2 sebagai ganti kad raya. Bagusnya Ija ni...

Dah banyak kali Ija tempah daripada saya. Terima kasih banyak2 Ija. Setiap kali memang tak sempatlah nak bersembang beria tapi sembang sekejap2 gitu pun kami rasa dah boleh get in together. Mungkin sebab kami sebaya. Kan, Ija, kan...? Hehehee

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya buat Ija dan keluarga. Maaf andai ada tersilap kata dalam seketika berborak tu. Minta halal yang terlebih dan terkurang.

Wednesday, September 1, 2010

Jomlah order TART...



Salam dan selamat sejahtera...

Semalam (31 Ogos, 2010 - Selasa) merupakan hari merdeka untuk Malaysia. Maknenye...? Coti!!! Eheheee... jadinya semalam saya mengambil kesempatan membuat kulit tat dengan bantuan suami. Terima kasih kerana sudi membantu, ;D

Jadinya, untuk sesiapa yang nak order cheese tart, fruit tart, fresh fruit dan sebagainya yang berkaitan dengan kulit tart adalah amat dialu2kan. Stok tengah banyak tu. I'allah tak akan menghampakan permintaan anda...


Choc Cheese Tart
1 set - 50pcs - RM38

Choc de' Choco Tart
1 set - 50pcs - RM38

* 2 item di atas boleh mix 1/2 (means 25pcs choc de choco & 25pcs choc cheese tart)

Fresh Fruit Tart
(Stawberi, Anggur, Kiwi, Blueberi - 3 jenis buah mengikut stok di pasaran)
1 set - 36pcs - RM50

Cocktail Tart
1 set - 50pcs - RM35
Mix Cheese Tart
(fillin strawberi & blueberi)
1 set - 50pcs - RM35