Sunday, May 30, 2010

Choc Moist Cake & Vanilla Sponge Cake - Kak Mazney @ Putra Perdana



Salam dan selamat sejahtera semua...

Tempahan kali kedua juga... kali ni daripada Kak Mazney @ Putra Perdana pada hari Khamis (27.5.2010). Kali ni pun Kak Mazney minta hantarkan ke KAFA Nur Addin di Putra Perdana tu untuk sambutan Hari Guru. Tema permintaan daripada Kak Mazney sendiri, choc moist - merah/hitam dan sponge cake - hijau/putih. Moga Kak Mazney berpuas hati bila tengok gambar ni...

Terima kasih kepada Kak Mazney... lepas ni ade even ape2, order2lah lagi daripada saya ye kak... heheheee InsyaAllah kalau takde hal dan tak bz, saya terima tempahan akak tu....

Saturday, May 29, 2010

Carrot Walnut Cake & Cream Puff - Nora @ Bangunan SUK, Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan kali kedua juga daripada Nora yang bekerja di Bangunan SUK, Shah Alam pada Khamis (27.5.2010). Terima kasih Nora...

Belum reda lagi dengan sambutan Hari Guru. Nora tempah sebiji carrot walnut cake dan 2 set cream puff filling kastad untuk diberikan kepada Taska Aspirasi.

Gambar cream puff blur lah pulak... segan nak enterfram... heheheee

Friday, May 28, 2010

CC Choc Moist - Chelsea - Farahida @ Putra Heights


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan kedua daripada Farahida @ Putra Heights untuk sambutan hari lahir suami terchenta...
Edible image pasukan Chelsea menjadi pilihan Farahida. Choc Moist Cake, choc ganache dan butterkrim sebagai topping.

Terima kasih kepada Farahida... moga selepas ni ade lagi tempahan daripada Farahida.



Thursday, May 27, 2010

Cheese Tart - Yam @ Subang Jaya


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan daripada Mummy Akasya - Yam. Salah seorang geng mak hayam yang cantik molek. Terima kasih atas tempahannya Yam... Yam order 1 set (50pcs) cheese tart - mix strawberi & blueberi.

Meet point kami di belakang Subang Parade dekat pintu masuk Digital One.

Wednesday, May 26, 2010

Cream Puff - Farahida @ Putra Heights


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Sabtu (22.5.2010) oleh Farahida @ Putra Heights. Order 2 set cream puff - 1 set filling kastad & 1 set filling choc ganache. Moga Farahida berpuas hati dengan tempahan.


Meet point @ stesen minyak Shell susur keluar Putra Heights sebelum traffic light ke USJ...

Tuesday, May 25, 2010

Cream & Eclairs Puff - Kak Lyn @ Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera...

Sibuk sangat lately sampai tak sempat nak update blog pun... nasib baiklah ada tulis semua tempahan dan bakal tempahan dalam planner pemberian en hb.


So, ini tempahan hari Jumaat (21.5.2010) yang lalu. Diterima daripada Kak Lyn @ Putra Perdana. Tempah 1 set (35pcs) cream puff dan 1 set (35pcs) eclairs puff untuk dibawa ke sekolah oleh anaknya bagi sambutan hari guru.

Terima kasih Kak Lyn dan minta maaf sebab kelewatan menyiapkan tempahan akak... moga akak tak serik nak order lagi ye...

Sunday, May 23, 2010

Almond Choc Brownies - Haizan @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Khamis (20.5.2010) daripada bekas teman sekolah - Haizan @ Taman Medan. Kalau tak silap, masa sekolah tadika dulu pun, kami 1 sekolah tadika. Cuma sesi persekolahannya saja tak sama. Bila masuk sekolah rendah pun begitu juga. Tapi bila masuk sekolah menengah, sesi persekolahan kami sama tapi kelas pula tak sama. Jadinya tak berapa rapatlah kami ni. Selisih2 jalan tu takat senyum2 saje. Namun kalau sebut nama dan lihat orangnya, memang kenal. Sebab tinggal 1 taman...

Haizan tempah 2 set Almond Choc Brownies untuk sambut hari lahir anakanda sulongnya di sekolah. 1 set untuk dibawa ke sekolah agama dan 1 set lagi untuk dibawa ke sekolah kebangsaan.


Pukul 10.30mlm, bos Haizan yang tinggal di Puchong datang rumah saya tolong ambilkan brownies tu untuk bagikan pada Haizan esoknya. Wahhh, baiknya bos Haizan... A'way thanks ye Haizan... next time kite berurusan lagi k...


Saturday, May 22, 2010

Puding Roti & Mix Cheese Tart - Rafidah @ Puchong Intan


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan (Khamis - 20.5.2010) yang entah ke berapa kali daripada Kak Rafidah @ Puchong Intan. Terima kasih banyak2... dan walaupun sudah berkali-kali menempah, belum pernah sekali pun kami bersua muka. Tak pe... kalau ada umur, tentu bersua muka juga akhirnya nanti...

Selalunya saya hantar tempahan Kak Rafidah ni di saloon miliknya saja. Yang menerimanya, pekerjanya - Kak Sakinah (kalau tak silap namenyelah...) Kak Rafidah memang tak de di saloon sebab beliau bekerja.

Kali ni Kak Rafidah tempah mix cheese tart (blueberi & stoberi) bersama 1 bekas puding roti. Saya buatkan perisa stoberi dan coklat. Semoga Kak Rafidah berpuas hati dengan tempahannya.

Terima kasih kak...

Puding roti - RM14.00
Jom order!

Friday, May 21, 2010

Choc Moist Cake BEN10 - Wani @ Taman Medan Cahaya


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan pagi semalam (Khamis - 20.5.2010) daripada bekas kawan sekolah (dr sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah) - Wani untuk sambutan hari lahir anak lelakinya, Aiman berusia 5 tahun... buat sambutan di sekolah tadikanya saja. Aiman sibuk minta dari mamanya nak kek BEN10... Nak ada gambar BEN10... heheheee budak2kan... begitulah...

Masa zaman sekolah dulu, kami ni agak rapat juga. Pergi sekolah sama-sama... makan sama-sama... pergi tuition pun same2... huh, seronoknya zaman persekolahan... rindu dengan zaman yang dah ditinggalkan tu... huhuhuuuu...

Thanks Wani... sebab buat tempahan daripada kita... tak ketinggalan terima kasih pada en hubby yang tolong bawakkan kek ni ke office dan Wani pergi ambil kek ni kat office hb.

Next time, silelah order lagi ye...

:: sms dr Wani ::

salam fiza cantik kek ben10 sampai melompat anak kita suka..kwn2nya pun teruja tgk kek tu..mmg puas hati..lain kali boleh order lg..


Alhamdulillah...

Thursday, May 20, 2010

Choc Cheese Tart & Choc De Coco Tart - Khaty @ Taman Medan


Salam dan selamat sejahtera... Tempahan semalam (Rabu - 19.5.2010) daripada Khaty @ Taman Medan. Khaty dah beberapa kali order macam2 daripada saya. Terima kasih Khaty... moga puas hati dengan tempahannya ye...

Kali ni Khaty order mix & match antara Choc Cheese Tart dan Choc De Coco Tart. 25pcs/25pcs, total 50pcs, masih dengan harga RM38. Pada yang baru nak merasa2, bolehlah order mix & match macam Khaty ni. Yang penting total harganya masih RM38... senang nak kira...

gambar file... gambar Khaty punya terlupa nak snap...

Wednesday, May 19, 2010

Barbie Doll Cake & Kek Padang Bola - Ema @ Tmn Desaria, PJ




Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan semalam - Selasa (18.5.2010) daripada Ema @ Taman Desaria. Ema merupakan bekas jiran saya semasa saya tinggal di Blok N, Taman Desaria tu. Saya tinggal di tingkat 2 sementara Ema di tinggal 1.

Ema tempah 2 biji kek ni untuk sambut birthday anak2nya yang tarikh lahir mereka dekat. Jadinya sambut sekali sajelah... Terima kasih, Ema...

Monday, May 17, 2010

Pop Cake Ball


Salam dan selamat sejahtera...

PRODUK BARU


Sedapnye pop cake...!
Sempena dengan kehadiran produk baru ini, saya menawarkan harga pengenalan yang hebat....

RM52 - 50pcs

Pop Cake Ball ini juga boleh didapati dalam bentuk lolipop atau juga dipanggil pop cake pahar. Sempena dengan promosi produk baru ini, saya menawarkan harga secucuk pop cake pahar dengan harga....


RM1.60 secucuk

contoh gambar 'pop cake pahar'
search @ googles

Cepat-cepat call / sms saya - Fiza Nordin @ 017-3113226 atau boleh email saya @ sofie2_za@yahoo.com untuk tempahan mahupun sebarang pertanyaan.

~ PROMOSI HARGA ISTIMEWA ini akan berlanjutan hingga diberitahu kelak ~





Sunday, May 16, 2010

Eclairs Puff & Mix Cheese Tart - Mastura @ Nilam Puri Condo



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 20 pcs eclairs puff dan 50 pcs Mix Cheese Tart untuk dibawa ke kindi anakandanya di Bandar Puteri, Puchong oleh Mastura yang tinggal di Nilam Puri Condo. Kawasan perumahan berdekatan dengan kawasan rumah saya ni.

Disebabkan Mastura tak dapat turun kerana ada anak kecil, saya naik ke atas dan masuk pula ke dalam rumah. Argggh teruja tengok rumah orang apalagi bahagian dapur. Owh, saya memang suka lihat bahagian dapur rumah apalagi kalau yang siap berkabinet dan berhud. Memang cepat teruja... dan menyimpan angan2 serta berinspirasi untuk buat di rumah sendiri pula nanti... moga hasrat dan hajat saya dimakbulkan olehNYA... amin!

Thanks Mastura atas tempahannya... tak jauh sangat kita ni... next time bolehlah order lagi kalau kena dengan tekaknya, ye...

Saturday, May 15, 2010

Mix Cheese Tart - Leen @ Putra Perdana

gambar file

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Selasa (11.5.2010) oleh Leen @ Putra Perdana. Leen datang ambil pagi Selasa, otw nak p kerja kat Putrajaya.

Thanks atas tempahan ye Leen. Dah berkali2 Leen tempah cheese tart daripada saya...

Friday, May 14, 2010

Choc Moist Cake & Choc Indulgent - Aisyah Usman





Salam dan selamat sejahtera...

Sepatutnya 2 kek coklat ni di n3kan same dengan kek butterfly tu... tapi ade kesilapan teknikal membuatkan kek butterfly terpaksa n3 dulu, sensorang je enterframe. Hehehee...

Tempahan daripada Aisyah Usman, kawan bekas sekolah menengah dulu untuk sambutan hari ibu 9.5.2010. Terima kasih Aisyah... Moga berpuas hati.

Pukul 7.30malam, adik Aisyah, Shikin sampai di Tesco, Puchong - tempat perjumpaan kami.

Thursday, May 13, 2010

Marble Cheese Brownies, Eclairs Puff, Kek Kukus Lapis Asam Manis & Mix Cheese Tart - Ira @ Shah Alam


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan 4 jenis menu daripada Ira @ Shah Alam pada hari Sabtu - 8.5.2010. Kami berjumpa di Giant, Shah Alam, pukul 6 petang. Minta maaf banyak2 daripada Kak Ira sebab saya sampai lambat dari waktu yang dijanjikan.

Dan... minta maaf juga sebab... sepatutnya Kak Ira tempah 40pcs eclairs puff tapi dapat 35pcs je.

Terima kasih Kak Ira. Jangan serik2 order lagi lain kali ye...

Wednesday, May 12, 2010

Choc Cheese Tart & Choc De Coco Tart - ??? @ Sri Kembangan


Salam dan selamat sejahtera...

Ya Allah... saya betul2 lupa dengan penempah ni... 1st time lupe! Padahal masa saya serahkan tempahannya ni, saya siap tanya lagi tu, siapa namenye... argggghhh, udah tua saya ni!!! Hehehee...

Minta maaflah pada penempah ni ye... beliau menempaj 25pcs choc de coco tart dan 25pcs choc cheese tart. Kami berjumpa di Mc' Donalds, Taman Equin, Sri Kembangan pada Sabtu - 8.5.2010 pukul 1tghari. Minta maaf, saya terlambat sampai...

Terima kasih...

Tuesday, May 11, 2010

Perubahan Harga & Kuantiti - CREAM PUFF & ECLAIRS PUFF

Salam dan selamat sejahtera...


Ingin saya maklumkan... berkuatkuasa hari ini - SELASA (11.05.2010), terdapat PERUBAHAN HARGA & KUANTITI untuk 2 menu ini iaitu... CREAM PUFF & ECLAIRS PUFF

:: Harga & Kuantiti Sebelum Ini ::

Cream Puff @ 20 pcs - RM10
Eclairs Puff @ 20 pcs - RM12

v
v
v

:: Harga & Kuantiti Baru ::

Cream Puff @ 35 pcs - RM18
Eclairs Puff @ 35 pcs - RM20


Minimum order. Tempahan kurang dari kuantiti di atas, harap maaf, tidak dapat ditunaikan.
Harap maklum...

Kek Kukus Lapis Asam Manis & Prune - Yuzlinawati @ Sri Kembangan


Salam dan selamat sejahtera...

Hari Sabtu (8.5.2010), saya terima tempahan daripada Yuzlinawati yang tinggal di Sri Kembangan. Yuzlinawati minta dihantarkan terus ke rumahnya. Alhamdulillah walaupun tak familiar dengan Sri Kembangan, tapi berpandukan pada sign board dan direction daripada Yuzlinawati, saya sampai ke depan rumahnya tanpa tersesat.

Terima kasih atas tempahan. Semoga Yuzlinawati puas hati dengan tempahannya dan dapatlah makan puas2 sebelum bersalin. Yuzlinawati sedang menunggu hari untuk melahirkan...

Monday, May 10, 2010

Butterfly (Carrot Walnut) Cake - Aisyah Usman




Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan ketiga daripada bekas rakan sekolah - Aisyah Usman. Kami dipertemukan semula di Facebook.

Sebelum ni Aisyah tempah kek birthday untuk anak lelakinya. Kek kereta, saya buatkan sport car untuknya. Kali ni Aisyah tempah kek untuk anak perempuannya pula yang menjangkau usia 1 tahun. Happy birthday, Sofea! Moga membesar jadi anak yang soleh, amin!

And moga Aisyah puas hati dengan tempahannya...

Friday, May 7, 2010

Kek Birthday Nik Nur Afiqah - Kak Mazney @ Putra Perdana

Choc Moist Cake
Buttercream + coklat ganache topping



Carrot Walnut Cake
Buttercream + choc ganache topping
(atas permintaan Kak Mazney sendiri...)

Salam dan selamat sejahtera...

2 ketul kek birthday tempahan daripada Kak Mazney untuk sambutan hari lahir anak perempuannya, Nik Nur Afiqah di Kafa Nur Addin. Saya menghantar kek2 ke sekolah agama itu seperti yang diminta oleh Kak Mazney.

Alhamdulillah saya tahu lokasi dan perasan kewujudan sekolah tu sbb berdekatan dengan sekolah itu ada restoran tempat saya selalu makan dengan hubby dan anak-anak.

Selamat hari lahir untuk anak perempuan Kak Mazney. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jadi anak yang soleh, amin!

First time buat basketwave ni. Mulanya rasa macam remeh tapi lame2 syiok pulak...

Thursday, May 6, 2010

Kek Kukus Lapis Asam Manis wif Simple Deko - Kak Mazney @ Putra Perdana


Salam dan selamat sejahtera semua...
moga sihat dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni...


Kali ni saya dapat tempahan daripada orang sebelah taman perumahan saya ni aje, Kak Mazney. Mulanya Kak Mazney nak tempah kek untuk sambut hari lahir anak perempuannya. Tapi selepas deal untuk kek anaknya Kak Mazney tempah kek kukus asam manis ini pula. Untuk kek anak Kak Mazney kite tunggu q n3lah ye...

Saya buat simple2 deko saje sbb kek lapis ni dah manis. Kalau disalut dengan krim takut tak termakan pula. Tapi apa2 pun terpulang pada yang punya tekak. Kalau Kak Mazney rasa tak terlalu manis, bolehlah order next time dengan disaluti keseluruhan kek dengan krim ye...

Monday, May 3, 2010

Cream & Eclairs Puff - Fara UKM


Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Jumaat (30/04/2010) oleh Fara dari UKM, Bangi. Actually ini tempahan kali kedua daripada Fara. Kali pertama hari tu tak kesampaian sebab oven saya yang 'main gurau-gurau' dengan saya. Kali pertama tu sempat siapkan cheese tart saja.

Kali ini Fara dan kawan2nya tempah 40pcs cream puff (individual pack) dan 60pcs eclairs puff (individual pack) juga. Tapi saya ada lebih 20pcs cream puff. Jadi saya minta Fara tanyakan pada kawan2nya kalau2 ade yg nak. Anak2 saya memang dah jemu. Bila Fara datang dia kata, kawan2nya mungkin sedang tidur. Fara yang ambil xtra pack tu. Terima kasih ye, Fara.

Senang berurusan dengan Fara. Dia datang sendiri ke rumah saya untuk ambil tempahannya. Kali pertama dia terlepas simpang. Kenalah memusing jauh, ye Fara. Kali kedua ni senanglah agaknya. Terus tuju ajelah ye...

Sunday, May 2, 2010

Choc Cheese Tart, Choc De Coco Tart, Cream & Eclairs Puff - Mas @ Shah Alam



Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan hari Khamis juga daripada Mas di Shah Alam. Lepas sampaikan tempahan daripada Nora (n3 sebelum ini), terus lanjutkan tempahan daripada Mas pula. Mas sampai lebih kurang pukul 1.15 tghari. Tapi sebab saya dapat parking baikkk punye, dengan amanlah saya menunggu Mas sampai...

Mas tempah 25pcs choc de coco tart, 25pcs choc cheese tart, 20pcs eclairs puff, 10pcs cream puff (filling kastad) dan 10pcs cream puff (filling coklat ganache). Nak bawa balik kampung di Melaka, katenya.

Ok, Mas... moga berpuas hati dengan tempahan.

Terima kasih...

Saturday, May 1, 2010

Cream & Eclairs Puff - Nora @ Shah Alam

(gambar file)

Salam dan selamat sejahtera...

Tempahan di terima daripada Nora yang berada di Shah Alam pada hari Khamis 29/4/2010. Meet point kami di tempat parking kereta antara Plaza Masalam dan DEMC. Janjinya pukul 2 petang tapi lepas saya selesai hantar anak2, tak tahu pulak nak ke mana. Kalau nak balik rumah, alang2 saja. Jadinya saya teruskan perjalanan ke Shah Alam. Sampai pukul 12 lebih gitu.

Sebelumnya, saya dapat sms ingatan daripada Nora. Thanks Nora, sebab ingatkan saya. Saya pun beritahulah yang saya memang sedang otw ke Shah Alam. Then Nora kate, kalau sampai awal beritahu saje, dia boleh saja datang ambil awal. Hehehee... senangnya berurusan dengan orang macam ini yek...

Alhamdulillah saya dapat parking betul2 kat depan 7e, di kawasan yang boleh dikatekan sesak jugaklah tu... Bolehlah menanti dengan aman...

Terima kasih kepada Nora yang sudi menempah daripada saya - 40pcs cream puff & 40pcs eclairs puff. Malamnya saya terima sms daripada Nora yang antara lain maksud smsnye berpuas hati dengan cream & eclairs tempahannya. Anak2 buahnya makan sampai licin apelagi biler ade coklat... i'Allah bulan depan Nora akan bersalin. Moga selamat dan dipermudahkan semuanya ye...