Saturday, November 28, 2009

Cc - Order dari Teacher Nini


Salam dan selamat hari raya aidil adha...

Tempahan yang diterima pada hari Khamis lepas oleh Teacher Nini. Semasa blog ini belum wujud lagi, saya pernah menerima tempahan cc daripada Teacher Nini. So maknanya ini tempahan dari beliau untuk kali yang kedualah. Thanks Teacher Nini. Semoga adalah tempahan yang ketiga dan seterusnya, ya...

Teacher Nini ni actually adalah cikgu anak sulong saya - BOY semasa Boy di sekolah tadika ketika berusia 5 tahun. Even now Teacher Nini ni dah tak jadi cikgu pun, anak2 dan saya sendiri lebih senang memanggilnya dengan gelaran itu...


Teacher Nini buat tempahan untuk meraikan rakan sepejabatnya Michelle yang akan berhenti kerja nanti.


Wednesday, November 25, 2009

Biskut Raya.....

Salam...

Jom layan biskut raya yg dah dibuat ni ha... separuhnya untuk memenuhi tempahan. Dan separuhnya untuk makan anak2... sesape rase nak dapatkan 1, 2 botol (1 botol - 55pcs), boleh call / sms aku. Stok terhad. 1st come, 1st serve....

Crunchy Choc Cornflakes
RM15.00

55 pcs


Almond London
RM20.00

55 pcs


Hazelnut Love Ball
RM20.00
55 pcs


Sarang Semut
RM15.00
55 pcs


:: NOTA ::

Tempahan TIDAK hanya dibuka pada musim perayaan.
Hari-hari biasa pun boleh order kalau rasa-rasa teringin nak makan okey....

Tuesday, November 24, 2009

Choc Indulgent Cake - Order Dari Nik


Salam dan selamat sejahtera...

Hari Khamis lepas, dapat call dari Nik (geng Mak Hayam). Dia nak order kek indulgent untuk meraikan kejayaan adik lelakinya yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR - 5A. Tahniah! Saya hantarkan keknya ke Wangsa Maju hari Sabtu pukul 3 petang. Tunggu di Pizza Hut sebelah Carrefour Wangsa Maju tu. Mujurlah tempat tu dah pernah pergi, jadi tahulah jalannya sikit2...

Terlebih sudah posing keknye...layan ajelah yek :D

Monday, November 23, 2009

Choc Indulgent Cake - Order Dari Rose, Negeri Sembilan

Salam...

Pagi Jumaat tu, tgh lepak2 atas katil dapat sms daripada Rose dari Negeri Sembilan. Katanya nak order kek choc indulgent dan dia hendakkan kek tu malam pada hari yg sama juga. Bukan tak sempat nak buat. InsyaAllah sempat... cuma mungkin kena tergesa-gesa jugalah. Kebetulan Jumaat itu merupakan hari terakhir persekolahan. Paginya nak ke sekolah Baby. Tengaharinya pula ke sekolah Boy untuk ambil report kad dan jumpa cikgu bagi mengetahui perkembangan pelajaran Boy. Tapi alhamdulillah saya dapat menyusun waktu dengan baik semuanya berjalan dengan lancar.

Kami berjanji nak jumpa di Petronas, dekat Hicom pukul 9 malam gitu. Tapi aku sampai lewat. Maaf ye Rose... Rose minta kek kosong saje tanpa deko. Terima kasih Rose. Moga Rose puas hati dengan rasanya. Mohon maaf andai ada kekurangan.

Friday, November 20, 2009

Tempahan Aidil Adha...

Salam...

Saya nak mengumumkan bahawa saya sudah sedia membuka tempahan untuk Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang. Tarikh tutup tempahan adalah pada 20/11/2009 (Jumaat). Kepada yang hendak membuat sebarang tempahan, bolehlah berhubung dengan saya di:-

sofie2_za@yahoo.com

atau

sms/call
017-3113 226

Thursday, November 19, 2009

CMC - Ila, Komplek Kerajaan Jalan Duta


Salam dan selamat sejahtera...

Setelah seminggu berlalu... dapat tempahan daripada Ila yang bekerja di Pejabat Kerajaan Jalan Duta. Saya pergi menghantarnya ke sana tengahari semalam. Alhamdulillah tak sesat. Cuma terlajak sikit dari pintu pagar yang sepatutnya. Kenalah buat pusingan tapi tak jauh mana... Terima kasih kepada Ila kerana membuat tempahan.
:: Nota ::

Pagi2 tadi sebaik saja saya on9, Ila tegur saya di YM mengatakan yang beliau berpuas hati dengan kek itu. Next time untuk bday anak2 HARUS beliau tempah dari saya. No secret recipe lagi dah... eheheee... Alhamdulillah...

:: Ila pun ada tinggalkan pesanan kat shoutmix ::

ila fiza,thanx sbb buatkan kek bday yg sgt sedap utk hubby.rich with coklat.sgt2 sedap.2 thumbs up utk fiza

So you all tak nak rase ke?
Meh la order!
:D

Wednesday, November 11, 2009

Coklat Brownies - Pipah M.Com

Salam...

Tempahan daripada Pipah M.Com... Terima kasih... 1st time jumpe Pipah. Tapi itu pun tak dapat nak bersembang sangat sebab Pipah baru habis pantang. Ada anak kecil dan hari pula hujan (rintik-rintik). Di sebabkan Pipah tak tahu di mana rumah saya exactly, saya taknaklah dia tersesat larat plak. Sian... Jadi kami berjanji nak jumpa di Stesen Minyak Petronas, Taman Medan. Takpelah Pipah... len kali kita gather2 and sembanglah puas2 yek, insyaAllah...

Pipah tempah coklat brownies ni untuk bawa ke rumah kawannya yang ada buat makan2. Nak tolong promote kat kawan2 katenye, alahaiiii terima kasih dik...! Sangat menghargainya...

Saturday, November 7, 2009

Choc Indulgent Cake - Order Dari Faiz


Salam...

Hepy belated bday tu Mak Hayam Sya...


Faiz buat tempahan untuk mengadakan surprise calebration untuk Sya di Red Box. Kek Choc Indulgent Ala2 SR menjadi pilihan. Text atas kek tu adalah pilihan Faiz sendiri sementara gambar tu atas imaginasi senteng saya.

Hehehee... ampun Sya...

Thursday, November 5, 2009

Kek Lapis Hawflakes (Kukus) - Kak Aidah, Kuantan


Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah... kek lapis hawflakes versi kukus saya ni dapat tempahan dari Kuantan. Jadi untuk kesekian kalinya saya menggunakan khidmat pos laju untuk penghantaran. Sudah berbiji2 kek lapis hawflakes ni saya hantar ke luar dari Kuala Lumpur melalui pos laju. Alhamdulillah selamat tiba kepada tuannya. Mungkinlah dalam keadaan elok kerana saya tak terima feedback dari pengorder melainkan sms bgtau yg kek tu sedap & kate akan order lagi nanti.

Cuma ada 1 komplin saja iaitu penghantaran ke Johor Bahru seminggu sebelum hari raya aidil fitri yang lalu. Katanya kek tu hancur separuh. Tapi masih boleh dimakan. Itulah satu2nya komplin yang saya terima.


Untuk kali ini, yang mengorder adalah Kak Aidah. Harap2 Kak Aidah terima kek itu dalam keadaan baik. Pelekat 'Mudah Pecah' pun sudah dilekatkan di kotak semasa di pejabat pos tadi.

Terima kasih, kak... Kalau kena dengan tekak, next time boleh order lagi.
Gambar kek yg saya buatkan untuk Kak Aidah tadi saya lupa nak snap. Dah siap wrap baru teringat. Jadi pinjam gambar order dr Atie lah ye... :D

** Abang ipar saya duduk Felda Chini. Nanti saya ke sane, bolehlah singgah rumah akak ye... hehehee... **

Wednesday, November 4, 2009

Cheese Tart - Faizah, PJ - Banting


Salam & Selamat sejahtera...

Semalam petang dapat sms dari Faezah (geng mak hayam). Dia nak order 50 pcs aneka filling cheese tart bagi pihak kakaknya. Okey, rezeki... alhamdulillah.


Pagi tadi pula dapat sms dari Faez lagi. Katanya nak tambah lagi 20 pcs cheese tart. Nak buat makan-makan sendiri. Hehehe... tapi saya sms Faez balik. Kalau boleh ambil 25 pcs teruslah. Senang kira, kan...? Faez pun ok je... Petangnya saya pergilah hantar ke opis dia macam biasa.

Alhamdulillah, terima kasih Faez... :D

Tuesday, November 3, 2009

Cheese Tart - Liza, Putrajaya

Salam & Selamat Sejahtera...

Penempahnya, Liza dari Putrajaya. Meeting point kami di Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. Kebetulan saya memang nak ke rumah Puchong dan Liza pula nak ke Shah Alam.

Liza order 100 pcs aneka filling cheese tart. Awal-awal dah bank-in payment. Senang betul berurusan dengan Liza ni. Terima kasih Liza...

Kalau sedap, lain kali boleh order lagi. Atau boleh cuba order yang lain pula ye...

Monday, November 2, 2009

Order - AtieChumel

Salam & Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah...


Sejak dari minggu lepas dah berurusan dengan Atie berkaitan tempahan ni. Saling email-mengemail. Terima kasih atas kepercayaan Atie pada akak yang masih baru dalam bidang niaga on9 ni. Kalau ada kesilapan dan kekurangan, harap diberikan teguran supaya dapat dijadikan pengajaran dan panduan di hari muka.


Atie buat tempahan ni untuk meraikan perkahwinan kakaknya. Atie tempah 1 biji kek lapis hawflakes, 1 biji coklat brownies dan 50 pcs aneka filling cheese tart. Dek kerana saya perlu menghantar semua tempahan ke dewan tempat keluarga Atie akan mengadakan majlis perkahwinan itu di Segambut, saya charge penghantaran sekali. Mujurlah saya tak sesat sebab tempat tu saya dah pernah pergi (rumah mama Yies-geng mak hayam). Moga ianya tidak membebankan Atie dan harga yang saya berikan tu munasabah.

Terima kasih sekali lagi...

2 Orang Itu...


Salam...

Seperti yang telah dijanjikan... Dua orang pertama yang telah berjaya meninggalkan komen mereka di shoutmix akan menerima hadiah daripada saya. InsyaAllah akan saya tunaikan dalam masa terdekat.

Mereka yang bertuah di pagi Isnin ini adalah...

Zie Fauzi

&

Tuya


Terima kasih kepada keduanya. Nanti minta berhubung dengan saya @ email sofie2_za@yahoo.com atau sms/call saya @ 017-3113 226 untuk beritahu saya alamat korang bagi pengurusan hadiah. Kalau dekat2 tu saya hantar by hand aje ye... boleh gather2 sekali. Hehehee...

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada mereka yang lain-lain kerana sudi datang menjengah ke sini. Ucapan itu akan saya abadikan dalam hati saya. Dan semoga doa2 iringan itu diredhai olehNYA... amin...


Ucapan Alu-Aluan...

Salam dan Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah...

Selamat datang ke halaman baru saya. Di halaman ini, sini saya khaskan entry2 tempahan yang saya terima. Juga tempahan2 yang bakal saya terima nanti, InsyaAllah... Halaman yang lagi satu tu (fizanordin) akan tetap berjalan seperti biasa. Tetapi halaman itu akan saya khususkan untuk masakan biasa dan cerita kehidupan saya sehari2.

Sebagai permulaan, saya letakkan gambar makanan untuk tempahan2 yang pernah saya terima dan makanan yang saya buat untuk makan2 sendiri (cuba-cuba resipi). Begitu juga saya sertakan senarai harga untuk rujukan anda juga rujukan saya sendiri.

Semoga halaman ini mendapat berkat dariNYA. Dan semoga mendapat sambutan di kalangan kawan2 lama dan baru. Kepada yang hendak membuat tempahan, jangan segan dan silu. Berhubunglah dengan saya, ok...

Seperti yang anda sedia maklum (dari blog fizanordin), sebagai pembukaan halaman ini, 2 orang pertama yang meninggalkan jejak di shoutmix akan menerima cenderahati daripada saya.

Tetapi ada syaratnya ye... syaratnya adalah seperti berikut :-

1) Sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia.

2) Untuk mereka yang tinggal di luar negara, bila pulang ke tanah air nanti baru saya hantarkan cenderahati tu ye... yang penting alamatnya di dalam Malaysia.

2) Cenderahati adalah berbentuk makanan dan terpulang kepada saya nak bagi makanan apa.

Rasanya itu saja. Kalau ada masalah berbangkit, akan saya editkan kemudian.

Sooooo...enjoy viewing!

Sunday, November 1, 2009

Tart Buah2an - Syura

Alhamdulillah...

Hari Sabtu semalam saya menerima tempahan 50pcs tart buah2an daripada Syura untuk majlis pertunangannya.

Gandingan 3 jenis buah - strawberi, kiwi dan anggur -. Mujurlah buah2an tu ada stok.

Terima kasih kepada Syura dan abangnya. Kepada Syura, selamat bertunang. Semoga ikatan nan suci murni itu diberkati olehNYA, amin...